UGLY GIRL DIARY PART 1

387 49 13
                                        

 
PART 1: UGLY GIRL DIARY by Miss Azuka

"Mengapa.... mengapa semua ini harus terjadi kepadaku?? (menahan sebak di dada)
Adakah tuhan begitu membenciku? Mengapa dia memberikanku wajah seperti ini dan mengambil semua orang yang aku sayangi?? Apa dosa aku? Apa dosa keluarga aku? Aku sudah putus asa dengan kehidupan ini!! Mustahil bagiku .. tiada gunanya lagi aku hidup!"
Marble meratapi nasibnya sambil jalan perlahan-lahan di dalam suasana keriuhan pasar malam Kampung Air, di Kota Kinabalu. Sambil itu dia memandang hasil jualan makanan kiri dan kanannya. Dia sudah dua hari tidak makan sejak dia dihalau keluar oleh mak cik dan pak ciknya.
" Mari2! Beli sayap ayam bakar! RM10-8ketul! Offer untuk hari ini saja! Bisuk2(esok2) tiada sudah!" Kata Pak cik penjual sayap ayam panggang itu.

"Goreng pisang, goreng pisang! Pisang Cheese ada, coklat ada, madu ada! Rm5-20biji! Masih panas! Beli2 jangan tak beli!" Aunty yang jual goreng pisang juga tidak mahu kalah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Goreng pisang, goreng pisang! Pisang Cheese ada, coklat ada, madu ada! Rm5-20biji! Masih panas! Beli2 jangan tak beli!" Aunty yang jual goreng pisang juga tidak mahu kalah.
Aku yang berada diantara dua tempat jualan ini menelan air liur melihat kelazatan makanan tersebut. Perutku telah banyak kali berkeroncong. Aku berasa sungguh lapar. Aku memasukkan tanganku ke dalam poket celana jikalau ada terselit sedikit wang. Ternyata malang, aku tidak mempunyai sesen pun. Oleh kerana tersangat lapar, aku menghampiri aunty yang menjual goreng pisang itu.
" Ha, amoi beli goreng pisang amoi. Murah2 saja aunty bagi. Jangan risau, goreng pisang anty ne paling sedap di pasar ni!" Kata makcik tu mempromosikan goreng pisangnya kepadaku.
Aku melihat sahaja dan mengukir senyuman kepadanya sambil berkata:
" Tidaklah anty, sa masih kenyang."(Sambil mengukir senyuman tawar)
Aku pun berlalu dari situ. Tidak sengaja aku terdengar aunty itu berkata ,
" Eeww.. hodohnya muka(wajah) gadis itu. Nasib dia cepat-cepat pergi. Banyak lagi jerawat, masak sudah semua tu. Geli sa tengok. Kalau dia tidak pergi, mesti jualan sa kotor kena tempias kotoran jerawat dia. Yuck!" Aunty itu berkata dengn nada kecil sambil menunjukkan reaksi kegelian.
Sungguh sakit hatiku mendengar segala ucapan yang keluar dari mulutnya. Hatiku berasa sungguh sakit mendengar kata pedas dari mulutnya itu. Aku berlalu pergi dari sana dengan perasaan sedih.
" Jijik sangatkah aku? Sehinggakan orang memandang aku seperti sampah?" Bisik hati kecilku sambil menahan air mata. Aku jalan tunduk memandang tanah. Perlahan aku pergi dari kawasan pasar itu. Namun, tiba-tiba seorang budak kecil datang menghampiriku sambil membawa sebuah bungkusan.
"Kakak, ini .. "(Sambil menghulurkan bungkusan tersebut kepadaku lalu berlalu pergi.
Aku melihat isi kandungan bungkusan tersebut. Sebungkus nasi putih dan 3 ketul sayap ayam serta seikat sirap ros ais ada di dalamnya. Aku berasa sungguh gembira dan terharu. Aku melihat ke arah budak yang tadinya memberikan aku bungkusan itu. Kelihatan pak cik tua itu memberikan senyuman kepadaku dan menundukkan sedikit kepalanya. Aku membalas senyumannya dan berlalu pergi dari situ. Aku berasa gembira tak terkira. Aku pun masuk ke dalam sebuah lorong yang tidak jauh dari situ. Aku membuka bungkusan makanan tersebut dan melahapnya. Belum sampai 5 suapan aku dikejutkan dengan suara yang menyakatku dari belakang.

" Hi mandak (gadis), Sorang saja? Nak abang temankn?"(voice 1)Aku berhenti dari menjamah makananku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Hi mandak (gadis), Sorang saja? Nak abang temankn?"(voice 1)
Aku berhenti dari menjamah makananku. Hatiku berdegup dengan kencang. Aku segera mengemas dan membungkus kembali bekas makananku yang belum habis dan coba berlalu dari situ. Namun, tiba-tiba beg galasku di tarik dengan kuat membuatkan aku jatuh terduduk dihadapan mereka.
"Hahahahhahaaa! Ko salah kacau perempuan ni bro! Punyalah pangeet(hodoh) ne muka dia!Hahaha"(Voice 2) apabila saja dia berjaya melihat wajahku.
"Hahahhhaahhaaaa,,,, aduhhhh"(voice 3) sambil ketawa berdekah-dekah
"Diamlah! Bodoh! Ingat sa mau try dia ka? Saja nak bagi dia takut...hahahaa... tengok dia ada benda yang berharga di lehernya.(Loket emas)"(voice 1)
Baru saja mereka hendak menghampiri dan ingin mengambil loket pemberian nenekku. Aku pantas bangun dan menginggit tangan salah seorang daripada mereka dan berlari sekuat hati.
"Kurang ajar punya garabol (berjerawat)!!!!Sial! Kejar dia! Sa mo bagi pengajaran!!(Voice 1)
Aku berlari sekuat hati. Air mata berjatuhan di pipiku.
"Matilah kali ini....!(Sambil berlari dan menangis ketakutan) Ya tuhan, tolonglah aku...~"(Marble)
"Weyhh!!! Perempuan hodoh! Jangan lari!!(serentak)
Sampai di satu persimpangan, aku pun terus berlari bersembunyi di belakang sebuah restoran kecil. Namun hampanya. Mereka telah menemuiku!
" Hahhahha! Mana mau lari??! "(Voice 3)
"Kami dah bagus-bagus minta... mau paksa kami buat kekerasan ah! Sampai berdarah tangan sa kau gigit?! Kurang ajar punya pengemis hodoh! Sudahlah hodoh, bau lagi!"(voice 1)
" Wehh bro! Jangan kasih lama! Ambil tu rantai emas di leher dia. Kita jual bikin beli Siopon(minuman keras)(voice 2)
"Jangan!! Kamu boleh ambil semua yang saya ada. Tapi bukan ini! Ini hadiah dari keluarga sa." kataku meminta belas kasihan.
"AaaHH! Kami tidak mau kau! Tiada selera kami mau tengok muka ko! Kami nak juga rantai tu. Kalau tidak...( Sambil mengeluarkan pisau lipat) (Voice 2)
"To....tolongg!" Aku menjerit sekuat hati.
Namun tiada yang mendengarkan jeritanku
" Diam! Sa kerat lidah kau!!"(Voice 2) sambil mengacukan pisau lipat tersebut di wajahku.
Seorang dari mereka merampas bungkusan makananku, lantas membukanya dan membuangnya ke tanah. Aku berasa sakit hati dengan tindakan mereka. Lantas aku menolak mereka. Namun tubuhku yang kecil dan lemah tidak dapat menumbangkan pengacau itu.
"Berani betul melawan ah!!" (Voice 1) Sambil menarik rambutku dan menolak aku ke dinding restoran yang keras itu.
Kepalaku terhantuk kuat dan berdarah Pemandangan mataku berpinar-pinar. Sepertinya hendak pengsan. Aku sudah mulai lemah, namun tangan aku tak lepas memegang dan mengenggam rantai yang ada di leherku. Aku mencuba untuk memperthankan loket itu dari diambil oleh mereka. Tiba-tiba satu ayunan kayu yang kuat memukul badan salah seorang daripada mereka.Aku mulai lemah. Perlahan-lahan mataku tertutup, dan dunia sekelilingku menjadi gelap gelita.

UGLY GIRL DIARYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang