UGLY GIRL DIARY:PART 3

301 41 1
                                        

Part 3 UGLY GIRL DIARY by Miss Azuka

"Aaaahhh! Saya tiada masa mau fikir semua tu! Sa tiada duit ni! Kenapa juga mau skolah tinggi-tinggi?? Sudah tau orang susah! Aish! Kau yang kasi skolah dia. Kaulah yang bagi dia belanja p d sana. Sa tidak mau ambil tau!"
Satu suara garau yang kasar menjerit dengan marahnya memenuhi ruang rumah kecil di sebuah perkampungan yang terletak di Keningau.
"TapI ... ini untuk kebaikan dia juga..kebaikan kita juga. Manatau si Raisa dapat kerja bagus lepas tamat skolah d U. Sayang kalau dia tidak p tu tempat belajar. Dia kena sponsor lagi.

Bukan senang mau dapat tu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bukan senang mau dapat tu. Cuma sedikit duit belanja saja yang kita perlu bagi dia di sana."
Suara kesedihan seorang wanita dalam lingkungan 40an yang menagih simpati kepada suaminya.
"Aaaahh!! Sa mau jalan ne p kerja. Kehidupan kita skarang ne pun macam apa lagi!! Tulah, hari tu sa suruh anak kau tu kahwin dengan anak si Rogui (bos kelapa sawit) tidak mau konon! Jual mahal! Sekarang pikirlah sendiri!"
Wanita itu cuba menahan suaminya keluar dari rumah. Namun, langsung ditolak kasar. Dia jatuh terduduk di atas lantai rumah tersebut. Perlahan-lahan satu remaja perempuan keluar dari biliknya dan membantu wanita itu berdiri.
"Raisa....mama minta maaf..." Sambil memegang tangan anaknya itu. Matanya berkaca menahan air suci itu mengalir dari kelopak matanya.
"Ma... tidak apa juga.. Ma jangan memaksakan diri. Raisa ada simpan sedikit duit untuk p d Kl nnti. Hasil dari kerja cuci pinggan mangkuk di restoran Uncle Ting. Raisa tak perlu duit dari kaki pemabuk tu."

Sekilas muncul satu memori pahit di benak Raisa

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sekilas muncul satu memori pahit di benak Raisa. Dia masih mengingatkan peristiwa itu. Umurnya baru sahaja dalam belasan tahun dan berada di tingkatan dua. Dia baru sahaja sampai di rumahnya dari sekolah. Ibunya sedang tidak ada kerana bekerja sebagai orang gaji di rumah orang kaya Gumili (tauke kilang roti). Ia mempunyai seorang adik lelaki bernama Darly. Darly hanya berumur 2 tahun apabila kejadian itu berlaku dan sedang tengok tv di ruang tamu. Raisa masuk ke dalam biliknya. Dia melemparkan begnya di atas katil dan membuka kasutnya lalu diletakkan di bucu katil. Baru saja dia hendak membuka seragam sekolahnya. Dia berasa bahwa dia sedang diperhatikan. Perasaannya tidak tenang. Dia melihat bahwa almari di tepi katilnya terbuka sedikit. Jantungnya berdegup kencang. Perlahan-lahan dia menghampiri almari tersebut. Baru saja dia hendak menguak pintu almari tersebut. Tangannya direngus dengan kasar oleh seseorang. Dan dia terjatuh di atas katil. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat di depan matanya itu.
"Ap.....appa!! Appa buat apa ni??!! Kasi lepas tangan sa! Sa bagitau si Mama!!" Raisa meronta-ronta untuk dilepaskan.

UGLY GIRL DIARYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang