Ia mengisahkan tentang liku hidup seorang gadis hodoh yang malang. Dia telah dihalau keluar oleh pakcik dan makciknya di hari lahirnya yang ke 16. Marble, seorang anak yatim piatu yg kehilangan kesemua ahli keluarganya. Walau bagaimanapun, Marble ad...
Ada beberapa belas minit lagi acara akan dimulakan. Tiba-tiba Marble rasa hendak buang air kecil. Lalu dia pun meminta kebenaran untuk pergi ke tandas. Kelihatan Marble berlari anak menuju ke bangunan sebelah yang menyediakan tandas awam. Dengan pantas Marble masuk dan keluarkan segalanya. Akhirnya, dia rasa lega. Setelah mencuci tangan, dia keluar dari tandas itu. Pubb! Marble terlanggar seseorang yang hampir sahaja membuatkan dia jatuh terduduk. Perlahan dia melihat ke arah orang tersebut. Alangkah terkejutnya Marble apabila melihat perempuan yang berada di hadapannya. "Fefel??" Begitu terkejut Marble apabila melihat wajah Fefel. Setelah sekian lama. Akhirnya bertemu semula. "Siapa kamu???" kata Fefel dengan nada sombong.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ternyata dari dulu sehingga sekarang, cara berpenampilan Fefel itu masih sama. Suka memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata. "Kau lupa sudah sa ka?" soal Marble. Dalam keadaan bingung dengan kening yang berkerut Fefel menatap wajah Marble. Akhirnya dia ingat sesuatu. "M...Marble???" sentak Fefel. "Yaya... Marble. " Jawab Marble gembira. Fefel lantas menarik tangan Marble untuk pergi jauh sedikit dari teman-temanya. " Kenapa kamu ada di sini??" Kata Fefel meninggikan suara. "Sa ... saya..." "Jangan-jangan kau juga ikut contest ni ya??!" "Contest?" "Kau ne pura-pura tidak tau. Atau bodoh?" Sindir Fefel. "Ini adalah persembahan perfomance pelajar IPT. Sesiapa yang menang akan di bawa ke studio untuk rakaman lagu baru yang dihasilkan oleh M. Nasir. Marble seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Mengapa? Mengapa cuma dia yang tidak tahu akan perkara itu? Dia fikir bahwa menyanyi di tempat tu hanyalah hiburan semata-mata. Namun tebakannya salah. Dada Marble turun naik dengan cepat dan sepertinya ada sesuatu yang bermain di fikirannya. "Hmm(mencebikkan bibir) . Kau bolehkah buat? Jangan saja jadi macam dulu. Hahahahahah" Fefel ketawa terbahak-bahak lalu meninggalkan Marble di sana. (12 tahun yang lalu) Nenek! Marble tepilih masuk peringkat Final menyanyi di sekolah. Besuk malam dia punya pertandingan. Nenek datang ah .." Kata Marble gembira sambil memeluk neneknya. "Waa... yaka? Baguslah tu. Jangan risau nenek pasti datang tengok." kalih neneknya. Namun, di satu sudut terpancar amarah api kebencian. Fefel memandang Marble dengan tajam. Dia juga terpilih dalam pemilihan tersebut. "Sa harus cari cara untuk menjatuhkan perempuan buruk itu!" gumam hati Fefel. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Dewan pelajar Sekolah Rendah Mawar dipenuhi oleh para pelajar dan guru yang menunggu persembahan nyanyian dari pelajar terpilih sekolah tersebut. Sebanyak 10 orang penyanyi kanak-kanak yang mara ke final untuk merebut seribu ringgit, sijil, trofi dan ke peringkat seterusnya mewakili sekolah pun dimulai. Nenek melihat Marble dengan penuh sabar di kerusi audience sambil tersenyum melihat Marble dan menunjukkan buku limanya sebagai tanda semangat atau semoga berjaya. Tiba giliran Marble, dia membawakan lagu untukmu ibu dari Exist pada masa itu. Baru di pertengahan lagu. Marble telah disimbah dengan air cat yng jatuh dari balkoni atas pentas tersebut. Menyebabkan mukanya penuh dengan cat dan dia ditertawakan oleh semua pelajar. Di sudut dia melihat Fefel tersenyum puas. Itulah kenangan terpahit yang Marble alami yang tidak pernah dilupakannya sehingga ke hari kini. Dia tidak tahu mengapa Fefel suka membulinya dan mempermalukan dia. Sedangkan dia anggap Fefel itu sebagai adiknya. Marble kembali ke dunia realiti dan memejamkan mata sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "Sa tidak boleh begini! Sa tidak mau diorang kecewa! Sa mesti buat perasaan ini lari. Marble! Gambte!" Desus Marble di dalam hati. ******************************************* 5 orang grup pelajar IPT telah membuat persembahan yang cukup baik dan kini tiba Fefel yang menyanyi. Semua orang tengah khusyuk melihat kejelitaan dan keseksian Fefel malam itu bersama kostumnya. Dia pun mulai menyanyi. Fefel membawakan lagu diva pada malam itu. Listen by Beyonce. Setiap kali dia mencapai not tinggi, semua orang bersorak kepadanya. Suaranya memang mantap dan bertenaga sekali. Gaya persembahannya juga hebat dan penuh dengan showmanship. Kelihatan teman-temannya bersorak dengan gembira. Marble rasa tercabar dan lemah semangat apabila sahaja mendengar suara pesaingnya itu. Dia dapat rasakan bahwa pentas itu akan runtuh dan menimpanya bila-bila masa sahaja. "Baiklah sekarang kita sudah menyaksikan persembahan sembilan orang peserta kita. Kini kita akan mempersilakan peserta kita yang terakhir iaitu Marble Sylvester!" kata pengacara majlis lelaki pada malam tersebut. Kesemua ahli Melody Band termasuk Marble naik ke atas pentas. Melihat sahaja keriuhan teriakan orang ramai yang memenuhi tempat tersebut, nafas Marble turun naik. Tangannya yang memegang mikrofon juga turut menggeletar. Sorakan orang ramai menambahkan lagi rasa gementar di hati. Marble melihat ke arah Valentino. Valentino melihat ke arahnya dan tersenyum. Mereka pun mula memainkan alat musik masing-masing dengan serius dan sepenuh jiwa. Kedengaran suara-suara teriakan memanggil nama group Melody Band dan ada diantara mereka yang mengangkat banner 'MELODY BAND' sebagai tanda menyokong dan Fans Club. " Saya... saya rasa saya tidak dapat buat..." Kata Marble dalam hati. Dia menutup matanya dan membatukan diri. Drum sudah mula rolling tandanya Marble harus masuk tempo menyanyi, namun Marble masih diam. Di bawah kelihatan Fefel yang sedang tersenyum sumbing. "Aduh! Apa yang ko cuba lakukan Mabby..." kata Raisa perlahan yang dari tadi merekod Marble dan yang lainnya membuat persembahan. Penyokong yang tadinya bersorak gembira sudah mulai diam semuanya. "Ape tunggu lagi?? Nyanyilah!" (salah satu penonton bersuara) lalu diikuti dengan yang lain. "Mabby? Bersemangat. Aku yakin kamu pasti boleh. Please Mabby?" kata Valentino serius namun dalam nada memujuk. "Huhh!! Sa tidak boleh membuat mereka malu. Sa harus kuat walaupun sa rasa macam mau pengsan di depan ni." getus hati Marble memberi semangat pasda dirinya sendiri.
"You're broken down and tired
Of living life on a merry-go-round
And you can't find the fighter But I see it in you so we gonna walk it out (acapella) (with band music) Move mountains We gonna walk it out And move mountains
And I'll rise up I'll rise like the day I'll rise up I'll rise unafraid I'll rise up And I'll do it a thousand times again And I'll rise up High like the waves I'll rise up In spite of the ache I'll rise up And I'll do it a thousand times again For you For you For you For you (blablala)
Semua penonton yang melihat akan persembahan Marble dan suaranya yang merdu serta menawan itu bertepuk tangan dan mula bersorak termasuk Raisa. Marble tersenyum melihat Raisa yang bersorak di bawah sambil merakam. Marble hanya melihat Raisa sahaja sepanjang nyanyiannya kerna dia pasti akan rasa pusing dan mual untuk terus berdiri di atas pentas kalau melihat keriuhan orang ramai di depan pentas itu.. Setelah selesai lagu pertama, dia menyanyikan lagi lagu Warkah untukku by Ara. Tepukan dan sorakan semakin kuat. Orang-orang yang tadinya berjalan-jalan sahaja telah datang berkumpul di situ dan melihat Marble menyanyi. Fefel yang melihat akan kejadian itu rasa tercabar dan memandang Marble dengan tajam. " Saya harus mencari cara untuk menghapuskan Marble!" marah Fefel dalam hati. Dia mula memandang ke kiri dan kanan. Akhirnya dia melihat satu tali yang diikat pada tepi bahagian pentas. Tali itu adalah support untuk satu lampu spotlight yang sederhana besar tepat di atas kepala Marble. Fefel tidak membuang masa dan dia mula berfikir jahat serta ingin mencederakan Marble pada malam itu. Dia meluru ke tempat tali itu di ikat dan memandang ke kiri dan kanannya. Semua sedang sibuk menonton persembahan Marble sehinggakan tiada yang sedar akan perbuatan Fefel di belakang pentas tersebut. Dengan pantas Fefel membuka ikatan tali tersebut dan berlari dari situ. "Marble ! Awas!" Valentino cepat menolak Marble ke tepi. Semua yang ada di sana terkejut dengan kejadian yang secara mengejut itu Lampu spotlight hamir jtuh tertimpa atas kepala Marble. Oleh kerana kepantasan Valentino, Marble cuma jatuh di tepi pentas, kakinya terseliuh. Manakala spotlight tersebut hancur pecah di atas pentas. Nasib mereka berdua tidak apa-apa. Willie, Kevin, mendapatkan Valentino. Sementara Raisa dan Farul menghampiiri Marble yang sedang mengerang kesakitan. "Mabby! Ko tidak apa-apa??" Kata Raisan panik. "Ti...tidak... cuma kaki sa terseliuh." kata Marble sambil mengerang kesakitan. Farul dan Raisa memapah Marble untuk berdiri. "Someone! Tolong panggil ambulans! Tangan Valentino Cedera!" Kata Willie. Mendengar sahaja perkataan cedera Marble pantas meluru ke arah Valentino. Alangkah terkejutnya dia melihat tangan Valentino yang basah dengan darah. Kaca tertusuk ke dalam tapak tangannya sewaktu Spotlight tadi jatuh dan pecah di atas pentas. "Tak apa. Aku Okey." kata Valentino pendek. Marble perlahan-lahan menjauh dari situ sambil mengesot tubuh. Traumanya kini kembali. Dia terasa bahwa kepalanya sakit teramat sangat. Nostalgia pahit menjelma di minda. "Ini... ini semua salah sa! Salah sa!!" Kata Marble perlahan sambil mengeluarkan air mata dan memegang kepalanya. Matanya berpinar-pinar dan perlahan-lahan dia memejamkan mata. Lalu tanpa disedari Marble pengsan di situ.