Perlahan Marble membuka matanya. Dengan kepala yang masih sakit dia duduk di atas katilnya.
" Sa di mana?" kata Marble sambil melihat sekelilingnya.
"Kamu di hospital." Kata satu suara.
Pantas Marble melihat ke arah sisi katilnya.
"Farul? Mana yang lain?"
"Mereka di ruang wad lelaki. Menjenguk Valentino."
"Adakah dia baik-baik saja? Lukanya serius ke??" risau Marble.
"Taklah serius sangat. Cuma ada 6 jahitan sahaja." Kata Farul.
"Maafkan saya.. Ini semua salah saya." Kata Marble menyalahkan dirinya.
"Sudahlah. Kamu jangan fikir yang bukan-bukan. Itu semua hanyalah satu kemalangan."
"Tapi... saya membuatkan Valentino terluka. Saya pembawa masalah dalam team ini."
"Mabby, itu bukan kesalahan kamu. Kata crew pentas semalam, nampaknya tali tersebut telah dilepaskan oleh seseorang. Kerna tidak nampak kesan seperti tali itu terputus." sambung Farul sambil mengusap dagu.
" Dilepaskan??" Dahi Marble berkerut. Sejenak muncul bayangan Fefel dalam fikirannya.
"Ini... mesti gara-gara dia!" Bentak Marble.
"Dia? Siapa?" soal Farul.
"Semalam semasa saya ke tandas. Saya terserempak dengan anak mak cik saya. Ternyata dia juga adalah salah satu pelajar IPT di kuala Lumpur ini. Memang sejak dari kecil... saya dan dia memang tidak serasi. Bukan sebab apa, saya tak pernah berdendam atau bergaduh dengannya, tapi dia..."
Marble memberhentikan kata-katanya lalu melihat Farul yang sedang khusyuk mendengar. Lalu Marble tersenyum.
"Cukup disini sahaja.Sebab ini hal keluarga. Tak baik membuka aib." Kata Marble lalu baring kembali di katil tersebut. Kelihatan di pergelangan tangannya ada jarum saluran untuk ditambah air ke dalam badannya.
"Mabby, tolonglah beritahu. Apa sebenarnya yang berlaku. Saya janji saya tak akan beritahu yang lain. Sekurangnya saya tahu apa sebabnya. Kita ka teman?" rayu Farul.
Marble cuma diam dan menutup seluruh tubuhnya dengan selimut.
"Farul... maaf... saya tak boleh. Bolehkah kamu tinggalkan saya sendirian? Please?" Rayu Marble sambil terdengar nada suaranya yang seperti menahan tangis.
"Erm, kalau begitu... baiklah. Selamat beristirehat." Jawab Farul dengan perasaan hampa dan keluar dari bilik tersebut.
"Maaf... tapi saya tak boleh... beritahu..." monolog Marble sendiri sambil menahan sakit hatinya.
Perlahan air melimpah dari tubirnya lalu jatuh membasahi pipi. Marble menangis.
Setelah beberapa hari, akhirnya Marble dan Valentino keluar dari hospital. Namun Marble keluar lebih awal dari Valentino. Dia juga tidak memberitahu bahwa dia sudah keluar dari hospital itu. Bahkan, Raisa juga tidak tahu bila Marble dibolehkan pulang. Tapi dia ada mengirim pesanan Whatsapp kepada Raisa bahwa dia sudah pulang dan tidak perlu risau akan dirinya. Dia juga menyuruh Raisa menyampaikan kata maaf kepada Valentino.
Semenjak dari kejadian itu, Marble jarang keluar dari biliknya. Dia cuma berkurung. Raisa banyak kali memujuknya untuk keluar tapi dia tidak pedulikan Raisa yang tiap kali mengetuk pintunya untuk menyuruh keluar dari terperap di situ. Telefon Marble juga dia silent kan. Sedang Marble mengelamun sendirian, telefonnya bergetar. Dia menjenguk dan tertulis nama 'Cross' di skrin telefonnya. Wajah Marble yang layu tadi terus segar semula dan menyambutnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY GIRL DIARY
Roman pour AdolescentsIa mengisahkan tentang liku hidup seorang gadis hodoh yang malang. Dia telah dihalau keluar oleh pakcik dan makciknya di hari lahirnya yang ke 16. Marble, seorang anak yatim piatu yg kehilangan kesemua ahli keluarganya. Walau bagaimanapun, Marble ad...