"Wahh, saya pun tidak tau plak kau ni campin menyanyi ah. Selama ni ko diam-diam." Kata Raisa sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk.
"Alaa, sorry la... ko tidak pernah tanya pun gia..hehe,.. okok.. sa nyanyi khas untuk my bestfriend satu ne. Hehe..." kalihku.
Akupun berdiri di atas katil dan memegang botol air mineral sebagi mic. Lalu aku menyanyikan lagu 'Arigato bestfriend' by Mirae. Muka Raisa yang terpegun membuatkan ku lucu. Matanya tidak berkelip melihat aku yang menyanyi dengan penuh perasaan untuknya. Setelah selesai aku menyanyi, dengan pantas Raisa memeluk aku dan kami berdua rebah di atas katil.
"Mabby, thank you jadi kawan saya yang terbaik dan tahan dengan sikap saya." Kata Raisa sambil mengeluarkan airmata.
Aku tidak berkata apa-apa. Hanya membalas pelukannya dan membelai rambut besfriend aku yang tengah frust itu. Dalam tidak sedar kami tertidur.
Keesokan harinya, seperti biasa aku pergi ke kelas. Kali ini aku berdua dengn Raisa sambil berpegangan tangan. Aku dapat rasakan yang semua telah jadi seperti dulu lagi. Adanya Raisa di dalam kelas membuat aku senang. Hari ini, sebelum aku pergi ke kelas, Raisa ada mengajarkanku memakai produk kecantikan yang diberinya tempoh hari kepadaku. Dia juga turut menolong memicit jerawat yang ada di wajahku. Baru pertama kali aku rasa wajahku segar bugar dan tidak rasa berminyak. Penampilanku juga ada sedikit lain hari ini. Lebih kemas dari sebelumnya. Selepas habis kelas, aku pun pergi ke kelas musik. Kali ini aku membawa Raisa.
Sesampainya di sana, kelihatan mereka semua sudah menunggu.
"Yo, Mabby!" Kata Willie sambil menghadiahkan senyumannya yang menyerlahkan lagi kecomelannya.
"Yo." balasku pendek.
Mereka semua memandang ke arah Raisa.
"Mabby? Ini siapa?" Kata Fairul pula.
"Hmm.. Dia Raisa kan?" Celah Valerian.
"Ya...bagaimana kamu tahu namaku?" Kata Raisa.
"Oh! Semalam punya fight kan? Jadi dialah perempuannya tu? Hmm... not bad juga." Tambah Farul.
"Er... Ray, perkenalkan ini Valerian, gitaris dan juga leader dalam band ini. Yang pendiam di sana itu Kevin, dia basser, yang itu Farul, kibodis, yang perasaan cute tu Willie, drummer. Dan yang ini...-"
"Valerian!" kata Raisa.
"Ko kenal?"
"Of course la. Gila tidak kenal sama lelaki kegilaan banyak gadis di kawasan U ne." tambah Raisa lagi sambil tidak lekang memandang Valerian.
"Ok, Mabby and all Melody band team, take you place. Kita dah nak start gyming ne. Marble sing Listen by Beyonce ya." Kata Valerian memberi arahan.
"Ha? Beyonce? Err...ok..." kata Marble gagap.
"Gilaaak... dia ne memang mau kasi mati sa ka. Tinggi ini lagu. Kalau sa nokokiok(terkucil) macamna la ne?? Bikin malu. Guna suara Soprano la." Bisik hati kecil Marble.
Raisa melihat Marble dan semuanya gyming. Matanya tidak lekang melihat Valerian. Bersinar-sinar lagi cahaya matanya.
Lalu kami pun mulalah gyming. Sekali sampai chorus, Valerian berhenti bermain gitarnya.
"Apa ne?? Nyanyi boleh tak macam suara manusia, bukan macam suara katak. Tarik je lah lagu tu. Hari tu dapat, hari ni nak control-control plak. Keluarkan suara. Aku tak nak asyik ulang semula main benda ni." Kata Valerian dengan suara lantang.
Aku begitu terkejut. Ternyata Valerian adalah orang yang sangat serius dalam teamnya.
"Baiklah. Aku juga harus serius." Bisik hati kecil Marble.
Lalu mereka pun bermula gyming dari awal lagu. Kali ini Marble menyanyi dengan penuh perasaan dan keluarkan segalanya. Di luar kelas kelihatan sedikit demi sedikit pelajar dan guru yang datang menghampiri kelas musik tersebut. Mereka semua terpesona dengan suara Marble. Apabila sahaja Marble reach not yang tinggi. Semua pelajar dan guru bertepuk tangan dan bersorak. Sehinggalah Marble menghabiskan lagunya. Alangkah terkejutnya Marble apabila dia membuka matanya, begitu banyak sekali orang memenuhi ruangan tersebut sambil bertepuk tangan. Dari kejauhan kelihatan miss Rita berlari anak menuju ke kelas tersebut.
"Bravooo! Bravo!! Angel voice!" (teriakan dan sorakan pelajar)
"Ok class! Kamu semua boleh pergi dari sini. Ada sesuatu yang saya nak meeting dengan Melody Band. Show is over!" kata Miss Rita kepada semua pelajar tadi. Lalu mereka semua pun beredar.
"Nice aura Marble. Dari jauh saya dengar suara kamu dengan jelas tanpa not voice yang false." kata miss Rita sambil tersenyum.
"Thank you miss." Sambil tersipu malu.
"Ini siapa?" kata miss Rita apabila dia melihat Raisa dalam ruangan tersebut.
"Oh, ini teman saya Miss. Raisa."
"Hi."
"Hi miss."
(sambil berjabat tangan.)
"Ok all, malam ni saya nak kamu buat performance kat pentas padang terbuka kat pekan berdekatan kampus ini." tambah Miss Rita.
"What??" teriak Marble.
Semua yang ada di sana melihat ke arahnya.
Marble menarik lengan baju Raisa dan berbisik dengannya di sudut kelas.
"Ray... saya tidak mahu. Sa takut. Sa manada pakaian yang bagus." Tambahku sambil berbisik.
"Its ok." balas Raisa sambil tersenyum.
"Marble ok miss." Kata Raisa sambil mengangkat tangannya dan tersenyum.
"Aik...Ray! Ko ne--- umpp..." Raisa menekup mulutku dengan tangannya.
"Ok all. Then malam ni kita semua jumpa di pekan ya."
"Okay" mereka semua jawab serentak kecuali Marble.
Dalam perjalanan pulang menuju ke asrama, kepala Marble masih serabut lagi. Walaupun Raisa sudah cakap yang dia akan membantu dan mencantikkan Marble. Namun bukan itu yang menjadi masalah bagi Marble. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Yang membuatkannya trauma dengan hal yang bernama 'pentas' dan 'orang ramai' itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
UGLY GIRL DIARY
Dla nastolatkówIa mengisahkan tentang liku hidup seorang gadis hodoh yang malang. Dia telah dihalau keluar oleh pakcik dan makciknya di hari lahirnya yang ke 16. Marble, seorang anak yatim piatu yg kehilangan kesemua ahli keluarganya. Walau bagaimanapun, Marble ad...