Prolog

359 29 1
                                        

         Marble Sylvester,18 adalah seorang anak yatim piatu yang kematian ibu bapanya sejak dia berumur 3 tahun. Dia mempunyai wajah yang tersangat hodoh. Wajahnya dipenuhi jerawat dan jeragat yang banyak, alis matanya juga sangat lebat dan tidak terurus. Rambutnya merah menggerbang. Marble mempunyai masalah penglihatan pada jarak jauh yang sangat serius. Sebab itu dia memakai satu cermin mata bulat dilengkapi kanta mata yang sangat tebal sehinggakan menjadikannya Nerd+Ugly sekaligus. Cermin matanya dihadiahkan oleh nenek sebelah ayahnya sebelum neneknya meninggal dunia. Walaupun Marble sangat hodoh, tapi dia berkulit cerah dan bermata biru. Marble adalah anak hasil kacukan ibunya yang berbangsa German dan ayahnya local, Kadazan, Sabah. Actually, ayah dan ibu Marble adalah sangat menawan. Tapi tidak tahu genetik Marble berbeza dengan orang tuanya.

      Manakala, apabila umurnya mencecah 16 tahun, neneknya pula meninggal (sebelah ayahnya. Kedua datuk dan nenek sebelah ibunya sudah lama meninggal). Datuknya telah berpisah dengan neneknya akibat perang Jepun pada masa dulu. Kenangan yang tinggal hanyalah seutas rantai yang diberikan oleh neneknya dan seterusnya diturunkan kepadanya.Rantai emas itu adalah satu-satunya harta peninggalan keluarga Marble kepadanya. Rantai emas itu bukan rantai yang biasa, ia adalah rantai loket emas yang mempunyai gambar arwah datuk dan neneknya semasa masih hidup. Setelah kehilangan kesemua keluarga tersayangnya, Marble dijaga oleh mak cik dan pak cik sebelah ayahnya. Mereka telah tinggal di rumah besar peninggalan orang tua Marble satu-satunya. Mak cik dan pak cik Marble mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan seksi sekaligus suka bersosial. Gadis itu bernama Fefel. Marble dan Fefel sejak dari kecil lagi sudah tidak sehaluan. Asyik bergaduh sahaja. Sehinggalah Marble dan Fefel telah meningkat remaja. Mereka berada di satu kelas yang sama. Marble adalah pelajar yang terpintar di sekolahya, namun tiada satupun hendak berteman dengannya oleh kerana kehodohannya itu , ditambah oleh mulut Fefel yang menyebarkan seluruh sekolah itu tentang memperburuk-burukkan Marble. Yang menjadi teman Marble hanyalah buku diarinya yang dibawanya kemana sahaja dia pergi. Di dalam diarinya itu jugalah dijadikannya sebagai teman curhat dan melepaskan semua ketidak puasan hatinya.
Hal ini telah menimbulkan pergaduhan besar antara Marble dan Fefel. Sehinggakan Fefel sendiri terjatuh kerana terlanggar kerusi yang telah menyebabkan kepalanya berdarah. Atas kejadian ini, pada usia 16 tahun, Marble telah dihalau keluar dari rumahnya oleh mak cik dan pak ciknya begitu saja di hari jadinya. Apakah kesudahan hidup Marble? Apakah dia akan terus menerus diserang dengan kehidupan malang akibat wajahnya dan ketidaksempurnaan yang tidak bisa di gapainya? Di tambah dengan orang sekeliling yang suka menghakimi orang lain tanpa memikirkan perasaanya?? Nak tahu lebih lanjut? Nantikan cerita ini ya ;)



UGLY GIRL DIARYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang