Ia mengisahkan tentang liku hidup seorang gadis hodoh yang malang. Dia telah dihalau keluar oleh pakcik dan makciknya di hari lahirnya yang ke 16. Marble, seorang anak yatim piatu yg kehilangan kesemua ahli keluarganya. Walau bagaimanapun, Marble ad...
Perlahan-lahan aku membuka mataku. Kepalaku masih terasa sakit. Aku memegang kepalaku. Kepalaku telah dibalut dan darahnya telah berhenti mengalir. "Akhirnya, kamu sedar juga Nak?"( Satu suara menyapaku.) Aku memalingkan wajah ke arah suara tersebut. Sesusuk tubuh lelaki yang sudah berusia separuh umur berada disisi katil sambil memandangku dengan senyuman.
"Ayah! Aku ada membawakan bubur ayam ." Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 10 tahun berlari-lari masuk ke dalam bilik tersebut.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Eh.. akak da bangun ya? Baguslah..hehee.. Ini saya ada bawakan makanan dan air."(Sambil menghulurkan kepadaku. Aku cuba untuk berdiri namun di tahan oleh budak tersebut. "Eh, kak janganlah berdiri dulu. Luka belum sembuh lagi. Akak beristirehat lah." budak itu berkata. "Er.. terima kasih kerna menyelamatkan aku. Rasanya aku sudah ok. Skali lagi terima kasih banyak-banyak. Sorry menyusahkan pakcik dan adik..." Baru saja aku hendak keluar dari bilik tersebut aku trserempak dengan seorang wanita separuh umur juga. Dia memandangku dengan senyuman yang lembut. Aku terpaku. Sekilas aku melIhatnya aku teringatkan nenekku. Dia memegang bahuku. "Nak, tidak apa, kamu berehatlah dulu. Tadi mak cik nampak sekumpulan lelaki mengacau kamu di belakang rumah makcik. Syukur mak cik lalu di sana untuk membuang sampah." Katanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Jadi,... yang tadi menyelamatkan aku itu... makcik... " Kataku perlahan. "Iya kak. Ayah tak dapat berjalan dengan kuat. Tapi ibu walaupun sudah tua tulangnya amat kuat. Hehehee.." Sambil menunjukkan gerakan badan sasa keadaku. Aku tertawa kecil meliha gelagatnya. "Terima kasih mak cik, pak cik dan adik kerana sudah menyelamatkanku. Sekali lagi minta maaf kerna menyusahkan kalian." kataku. "Kamu tidak menyusahkan kami pun. Itu secara kebetulan saja. O ya.. lupa kenalkan nama. Nama mak cik Renni. Ini suami mak cik pak cik Saih dan ini anak mak cik, Cross. "Saya... saya Marble.."balasku pendek. "Kamu nampaknya sedang dalam keresahan. Boleh ceritakan pada mak cik kenapa? " dengan senyuman. "Er.. tiada apa-apa mak cik. Saya okay." Kalihku. "Jangan berbohong pada orang tua. Mak cik tahu kamu lagi ada masalah. Kamu lari dari rumah ya?" Aku berasa terkejut kerana mak cik itu boleh mengetahui apa yang terjadi kepadaku. "Er... bukan Lari.. tapi saya dihalau..." jawabku perlahan dengan wajah tunduk. "Dihalau?? Akak kenapa dihalau? " "Erm.. abangnya.. boleh tak bawa Cross tidur. Ini sudah lewat. Esok kena awal turun sekolah." "Tapi buu..." "Sudah.. jangan campuri urusan orang tua. Pergi tidur sana."( Sambil mengucup dahi budak tersebut) "ok deh.." Jawab Cross dengan hampa lalu keluar dari bilik tersebut dngan ayahnya. "Alangkah bagusnya aku ada keluarga sebegini" bisik hatiku sayu. Mak cik itu mengambil bubur di atas meja dan menyuapkannya kepadaku. Entah mengapa badanku seperti tidak melawan dan menerima suapan mak cik itu dengan senang hati. Tidak semena-mena airmataku jatuh. "Eh? Kamu kenapa?" "Hnsss...isk...kenapa..kenapa mak cik begitu baik padaku.. sedangkan mak cik baru menemui dan mengenaliku hari ini.. Aku teringatkan orang yang aku sayang apabila aku melihat wajah dan kelembutan mak cik. (Sambil menangis) Mak cik itu tersenyum dan menenangkanku. "Nak, kita dilahirkan dalam dunia yang sama. Tuhan mengajarkan kita erti berbaik-bak sesama insan. Semua manusia di dunia ini juga berasal dari satu ibu dan ayah bukan? Adam dan Hawa. Bagi mak cik, remaja yang seperti kalian ini adalah anak mak cik sendiri." Dia tersenyum. Senyuman ikhlas yang ada di wajahnya membuatku tenang dan selesa. Aku mengesat airmataku dan memeluknya. Mak cik tersebut membalas pelukanku. "Nak, kamu boleh tinggal di sini." Tiba-tiba mak cik itu bersuara. Aku melonggarkan pelukanku dan berasa sungguh terkejut. "Er... tak apalah mak cik.. Saya boleh menjaga diri.. saya okay.. saya tidak akan melupakan jasa baik mak cik sekeluarga ke..." Belum aku menghabiskan kata-kata, mak cik itu telah memotong perkataanku. "Tinggalah bersama kami, jadikan keluargamu. Aku tahu kamu tidak punya siapa-siapa. Lagipun, mak cik sudah lama inginkan anak perempuan. Tapi, malangnya... mak cik tidak boleh......" Mak cik Renni memberhentikan kata-katanya dan menundukkan wajahnya. Kulihat genangan air mata mulai membasahi pipinya. "Mak cik..." aku memegang bahunya sambil menenangkannya. " Mak cik tidak bisa punya anak sendiri." (menangis tersedu-sedu) "Jadi.... Cross..." "Cross mak cik dan pak cik temukan dia di tempat pembuangan sampah. Anak itu, dibalut dengan surat khabar dan dicampakkan ke dalam tong sampah. Syukurlah, mak cik dan pak cik sempat menyelamatkannya. Dia bagaikan warna dalam hidup kami berdua." Aku tersenyum mendengar kata-kata mak cik itu. Tidak kusangka di dalam dunia yang fana ini, masih ada juga inan(mak cik) yang baik hati dan caring seperti keluarga itu. Aku berasa bersyukur dengan tuhan kerna masih diberi kesempatan untuk merasakan kasih sayang. Meskipun bukan dengan talian darah, tapi dengan keikhlasan hati nurani seorang manusia. Aku memegang kedua bahu mak cik tersebut dan berkata; "Baiklah mak cik. Saya akan tinggal di sini bersama mak cik sekeluarga." kalihku. Kegembiraan pada wajahnya sangat tidak terkira. Dipeluknya aku dan dikucup dahiku. Aku merasa sebak di dada. Walaupun wajahku seperti ini, masih ada insan yang sudi untuk menerimaku apa adanya. Mak cik itu meninggalkan aku berseorangan dalam kamar tersebut dan masuk tidur. Aku masih memikirkan kejadian yang tidak disangka-sangka sebentar tadi. Dan itulah harta berharga yang tuhan berikn kepadaku. Aku teringat akan buku diariku yang ku simpan didalam beg. Aku mengambil buku diariku dan menulis cerita pada hari itu.
12 Oct 2014 11:45pm " Dear diary, It's been 2 days I din't check and write anything on your sheets. Today I want to write some memoriable and wonderful gift that god sent from me. A TRUE FAMILY. They can accept me with this ugly face creatures and willing to adopt me. It was very precious gift that you give me Lord.. I promise to myself, that I will make them proud on me and I will take care of them like my true family. So thankful, and make my heart pound itchy with this happiness. Thats all for today.. miss mom,dad n my precious grandmother in heaven. Wishing a sweet night.. "Marble"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku menutup diariku dan meletakkannya semula di dalam beg. Buku diari itu adalah pemberian ibu pada usiaku 8 tahun. Ia sangat tebal. Oleh sebab itu, masih bertahan hingga ke saat ini. Selepas itu, akupun tertidur. Hari demi hari, minggu demi minggu,bulan berganti tahun. Aku kini sudah menjadi gadis dewasa yang berumur 18 tahun. Manakala, Cross pula sudah berusia 15 tahun. Dia tumbuh dengan sungguh sasa,menarik dan antara pelajar pintar di sekolahnya. Cross sepertinya anak kacukan cina dan kadazan. Kerna dia memilki susuk tubuh yang tinggi dan berotot, mata coklat sederhana, berkulit cerah, muka tanpa serangan jerawat, dan berambut coklat lurus alami. Lesung pipit besar di kedua pipinya menambahkan lagi kekacakkannya. Soal girlfriend? Entahlah Cross, tapi setiap hari ada saja surat cinta yang akan ditemukan dalam begnya. Hehe .. Sedangkan aku? Masih tetap sama. Namun jerawat dan bisul pada mukaku pada sekarang ini tidak sebanyak dulu. Cermin kanta tebal aku pun sudah ditukar dengan cermin mata biasa. Aku disekolahkan oleh orang tua angkatku dan berhasil mendapat keputusan cemerlang dalam pembelajaranku. Aku ditawarkan belajar ke semenanjung . Aku berasa sungguh gembira, dan pada masa yang sama. Aku turut bersedih kerana meninggalkan orang tuaku dan adikku. Mereka mendukung dan menyokongku untuk belajar. Senyuman mereka tidak pernah aku lupakan. Sebelum aku berlepas ke semenanjung. Ibu,ayah dan adik angkatku menemani aku di airport. Adik memberikan aku pen keberuntungannya supaya aku boleh menjawab kertas exam dengan betul. Ayah pulak memberikan aku beg galas yang sungguh comel dan cantik. Ibu pula memberikan aku jaket buatannya sendiri. Aku terus mengenakan jaket tersebut dan memperagakan depan mereka. Senyuman dan tawa itulah yang terakhir untukku dengar sebelum aku bertolak ke semenanjung. Ibu memberikan aku sedikit wang perbelanjaan. Aku mulanya enggan, kerana aku ada mengumpul sedikit wang poket sendiri selama ini dengan menabung. Tapi ibu memaksakan aku juga untuk mengambilnya. Aku menerimanya dan memeluk mereka sebelum masuk check-in untuk berlepas. Sayu aku melihat mereka. Air mataku jatuh. Begitu juga mereka. Sempat lagi aku berteriak kepada Cross bahwa tolong jaga ayah dan mak sebaik mungkin sambil melambaikan tanganku. Beberapa puluh minit kemudian, kapal terbang pun berlepas. Aku memejam mataku rapat-rapat. Dengan harapan akan pulang dengan kejayaan dan membawakan segulung ijazah kepada mereka. Sekali lagi, aku mengeluarkan diariku dan mencoretnya.
04 Jun 2017 9:35am Dear Diary, I was very sad today for leaving my family and going to study aboard in Semenanjung. I don't want to be far away from my family. But ..I have to go .. I'm going to reach my goal to success in life. I'll try to give a best result to them and make them proud! I will definitely miss my family .. hope that everything will go well. Hope I'll get friends there .. Boyfriend? erm .. I'm not really into it right now, and I dont think about it yet. I realized that ...this kind of face .. it is desirable to be denied. BTW... gambate Marble!! >_<
Aku menyimpan buku diariku dan mendengar lagu. Tidak lama selepas itu aku tertidur. Tanpa aku sedari, ada seseorang memerhatikanku dari jauh.t