Ugly Girl Diary Part 12

316 34 19
                                        

Baru sahaja Marble ingin tinggalkan tempat itu tangannya di tarik oleh seseorang.

"Kak?"

Cross menatap wajah Marble. Cepat Marble menyeka airmatanya.

"Er... Cross. Mana Raisa?"

"Tu..."Cross menunjuk ke arah tidak jauh dari tempat Marble bertemu dengan Valentino tadi.

Kelihatan Raisa sedang berbual dengan Valentino dengan cerianya.

" ..." ( Marble)

"Erm... Cross dah puas tengok ikan? "

"Belum lagi. Ada banyak lagi. Mahu tengok sama kakak.. Hehe .." manja Cross.

Marble cuma tersenyum melihat adiknya.

"Jom lah kita jalan dulu tengok-tengok. Nanti pandailah Raisa chat tu. Dia sedang bercakap dengan crush dia. Bagi diorang masa." Kata Marble dan menarik tangan Cross dari situ.

Excited betul Cross melihat-lihat ikan di kawasan Aquaria itu. Sekali-sekala dia menyuruh Marble mengambil fotonya. Sedang Cross melihat-lihat dan mengambil gambar ikan-ikan disitu tidak sengaja dia terpandang akan wajah Marble yang sedang melihat akuarium ikan Piranha. Dia perasan bahwa ada air jernih yang mengalir di pipi kakaknya.

"Kak..." Cross memanggil Marble.

Cepat Marble menyeka air matanya dan pura-pura tersenyum ke arah Cross.

"Ya?" (senyum buatan)"Kak saya dah bosan la kat sini apa kata kita pergi dekat air pancut tu. Sa nampak tadi time kita datang sini." cadang Cross sambil menarik tangan kakaknya dan keluar dari situ.

"Ehhh? Jap...Cross!" Marble yang tidak sedia itu berlari anak kerna tngannya ditarik oleh Cross.

Mereka pun sampai di depan Fountain. Air pancutnya yang cantik dan berirama mengikut lagu itu membuatkan kolam buatan it indah dan menarik. Cross tanpa berlengah mengeluarkan telefin bimbitnya dan mengambil 'sight' air pancur tersebut dan dihantar ke dalam muka buku.

"Kak!"

Belum sempat Marble membalas, Cross cepat meluru ke arahnya dan memeluk Mabrle.

"Say cheeeeessssee" Kata Cross sambil menekan butang bulat selfie telefonnya.

"Kamu ni. Akak belum sedia." geram Marble.

"Hehehe..."

Kling!

Telefon Marble berdering.

*1 pesanan mesej diterima

> Hi Mabby sa pulang dulu k. Ada urusan mendadak. Jumpa di asrama k. Sorry.<-Raisa

>Ok...<-Marble

Marble merengus perlahan dan duduk di dalam sebuah pondok dekat taman Klcc tersebut.

"Kak? Kenapa? Siapa tadi?"

"Oh... Raisa. Katanya ada hal penting. Dia balik asrama dulu." Kata Marble dengan pandangan kosong.

Dia membuka data dan masuk ke dalam aplikasi wasapnya. Chat dari Kevin, Willie, dan Farul masuk.

> Mabby? Awak kat mana? dah berapa hari tak masuk kelas musik? Awak sakit ke?<- Farul

>YO Mabby~ Cepatlah join kelas musik. Kami semua da rindu awak ne..huhu< - Willie

>Mabby hope can see you soon. Don't gone too long.<-Kevin

Marble hanya tersenyum melihat pesanan-pesanan tersebut tanpa membalasnya.

"Kak?"

Marble melihat ke arah Cross.

"Boleh tak Cross tanya sesuatu?'

"Apa dia?"

"Lelaki tadi tu... boyfriend akak ke?"

Mendengar saja kata-kata hikmat yang satu ne Marble tersedar dari lamunannnya.

"Apa??Heey mana ada!" Kalih Marble. Mukanya bertukar kemerah-merahan.

"Hehehe... kakak tu senang ditebak. Pipinya dah merah. Atau...akak crush dengan dia?" soal Cross lagi/

Tuuk!

Satu ketukan kuat dihinggapkan oleh Marble di atas kepala otak Cross kerna berasa geram.

"Adoi! Sakitlah akak!" sambil mengurut-urut kepalanya.

"Jom la gerak. Skarang dah nak jam 6. Malam ni ko ada rehearsel lagi kan?" Tambah Marble menukar topik, berdiri dan berlalu dari situ. Tiba-tiba telefon Cross berbunyi dan dia pun menjawabnya.

Setelah beberapa minit, Dia pun mematikan telefon bimbit.

"Akak, nampaknya Cross harus pergi sekarang. Coach Cross dah sampai." Kata Cross dengan langkah yang cepat.

Sesampai saja dia di pintu utama KLCC dia pun dengan pantas mencium dahi Marble dan berlalu dari situ sambil melambai-lambaikan tangannya. Marble agak terkejut dengan tindakan Cross tadi. Namun dia tidak berfikir apa-apa yang tidak wajar. Dia tahu yang Cross amat sayangkannya dan menganggapnya kakak meskipun mereka tidak ada talian darah.

Selepas adiknya hilang dari pandangan, Marble pun meneruskan langkahnya ke Lrt untuk pulang ke asrama. Belum pun sempat dia menyeberangi jalan, sebuah kereta hitam berkilat datang menghampiri Marble dan berhenti di hadapannya. Dengan pantas pintu kereta dibuka dan Marble di heret masuk ke dalam dan kereta itu meninggalkan perkarangan kawasan Klcc dengan memandu kereta itu dengan laju.



UGLY GIRL DIARYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang