Marble meronta-ronta minta dilepaskan. Air matanya mengalir kerna ketakutan yang teramat sangat.
"Lepaskan aku!!! Korang siapa?! Tolong!Toloongg!" teriak Marble.
Namun hampa, tiada siapa yang mendengar suara Marble dalam kereta tinted cermin gelap itu. Salah seorang dari lelaki berkot hitam dan bercermin mata hitam itu menekup mulut Marble dengan kain putih. Marble berusaha untuk melepaskan dirinya namun pegangan dari dua orang lelaki itu sungguh kuat. Perlahan-lahan mata Marble terlihat kabur dan kepalanya pening sekali. Matanya tertutup rapat dan dia pengsan di situ.
Perlahan-lahan Marble membuka matanya. Kelihatan sebuah siling yang indah dan mewah ada di depan matanya. Perlahan ia bangun dan memegang kepalanya yang sakit.
"Saya ada di mana..." kata Marble sambil menggosok-gosok matanya yang sakit.
Setelah dia teringat akan kejadian yang berlaku sebentar tadi lantas Marble terjun dari katil itu dan cuba untuk keluar dari situ. Dia memegang dan memeriksa bajunya, masih ada dan dia tidak berasa seperti di ganggu. Marble mengeluh lega. Perlahan-lahan dia menghendap keluar dari rumah yang besar dan ala-ala rumah kebaratan itu dan menuruni tangga. Kelihatan di sekelilingnya tidak ada orang.Di bawah Marble jalan terjengket-jengket sambil matanya melilau ke kiri dan kanan untuk mencari pintu keluar.
"Mana semua orang di sini ni? Sa mesti berhati-hati. Sa harus keluar dari sini! Mesti ini tempat penculikan Mana tau sa mo kena jual. Matilah sa.(risau Marble)
"Ehermmm!"
Marble terkejut dan jatuh terduduk. Kelihatan dalam sebuah bilik yang layaknya seperti gym itu terdapat seorang lelaki yang bertubuh sasa sedang melihat ke arahnya sambil workout.
"Who are you??" kata lelaki tersebut.
Marble tidak membalas pertanyaan lelaki tersebut. Segera dia bangun dan berlari sekuat hati dan menuju ke pintu utama rumah tersebut.
"Budu punya Marbe. Tidak hati-hati! Tengok ketahuan sudah!!" gerutu Marble sendiri dalam hati. Geram dengan dirinya yang tidak berhati-hati sebentar tadi.
Marble membuka pintu besar tersebut. Baru sahaja Marble dengan muka gembiranya ingin berlalu dari situ, tiba-tiba 3 ekor anjing jenis dobberman bangun daripada bertiduran di depan pintu rumah tersebut. Terkejut Marble di buatnya.
YOU ARE READING
UGLY GIRL DIARY
Ficção AdolescenteIa mengisahkan tentang liku hidup seorang gadis hodoh yang malang. Dia telah dihalau keluar oleh pakcik dan makciknya di hari lahirnya yang ke 16. Marble, seorang anak yatim piatu yg kehilangan kesemua ahli keluarganya. Walau bagaimanapun, Marble ad...