Sains & Al-Quran

139 10 3
                                    




~❄Assalamualaikum❄~

Baca slow slow bagi masuk dan meresap dalam jiwa kita.

Al-Quran mencabar manusia untuk berfikir & mengkaji hal penciptaan langit & bumi. Melalui cara ini, manusia akan terdorong untuk mengenali Penciptanya.

Dalam surah Ghaafir: 57 Allah s.w.t berfirman: "Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Ilmu manusia mengenai langit yang luas hanyalah cetek. For instance, dulu manusia menyatakan bumi tidak bergerak dan menjadi pusat alam semesta. Matahari juga dikatakan statik!

Itu dahulu! Hari ini fakta sains menunjukkan bahawa bumi berputar pada paksinya, mengelilingi matahari. Kelajuan pergerakan bumi di Khatulistiwa kira kira 1670 km sejam. Laju tu!

Sudah pasti kita tahu, segala yang berada di atas bumi, laut, gunung, manusia etc akan bergerak sejajar dengan putaran bumi pada kelajuan yang sangat tinggi. Namun, kita tidak merasai pergerakan itu.

Ok next, saya minta anda fikirkan ayat Al-Quran yang menyebut "Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh setiap sesuatu; Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah an-Naml: 88)

Matahari pula. Adakah ia statik? Jawapannya 'tidak'. Boleh bayangkan bumi berputar sambil mengelilingi matahari yang juga bergerak.

Kaitkan pernyataan diatas dengan ayat ini. Allah s.w.t berfirman: "...dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." (Surah Yasih: 38)

Baiklah, matahari pula merupakan sebuah objek di cakerawala yang membakar dan mengeluarkan cahaya, sementara bulan pula objek yang sejuk, dan memantulkan cahaya daripada matahari.

Terdapat ayat Al-Quran yang menyentuh mengenai bulan: "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia daripada Tuhanmu..." (Surah al-Israa': 12)

Perkataan "...Kami hapuskan tanda malam..."merujuk kepada bulan. Bermaksud Allah menghapuskan cahaya bulan. Juga bermakna bulan pernah mengeluarkan cahaya.

Today, sains membuktikan bahawa bulan suatu ketika dulu membakar dan mengeluarkan cahaya, tetapi kemudiannya jadi sejuk dan cahayanya terpadam. Spesimen batu dari bulan yang dianalisis juga menunjukkan bulan pernah terbakar. Malah dikatakan juga pusat bulan masih terbakar sehingga kini.

Ini adalah beberapa tanda kebesaran Allah s.w.t yang disebut di dalam Al-Quran dan terbukti kebenarannya.

Mukjizat Al-Quran, Subhanallah! Sungguh hebat. Al-Quran menceritakan banyak hal. Mengenai perkara yang sudah terjadi yakni sebelum, semasa dan akan datang.

Namun, apa yang saya sangat tak faham dan geram apabila ada menusia pijak Al-Quran, buat macam macam yang tak senonoh dekat Al-Quran. Kenapa? Apa masalah mereka? Hendak mencabar Allah? Berani ke? Fuh...geram...sabar.

In the nutshell, cintailah Al-Quran. Tadabbur, fahami. Baca terjemahan. Bersyukurlah kepada Allah. Dia telah memberikan petunjuk kepada kita. Say what muslim?Alhamdulillah...

Subhanallah! Ahamdulillah! La ilaha ilallah! Allahuakbar!

Berjuang demi Allah. Hanya untuk meraih redhanya.

~🔭Sekian🔭~

Rujukan: Majalah Iman


✨❄artz_dakwah❄✨

Artz DakwahWhere stories live. Discover now