"Kenapa tengok saya macam tu?" aku pandang Jungkook yang sedang meniarap di atas katil sambil perhatikan aku.
Entah apa yang dia perhati pun aku tak tahulah.
"Saja nak tengok awak. Nampak cantik hari ni." Jungkook berkata dengan senyuman di bibirnya. Pagi-pagi lagi dah comel dia ni.
"Hari ni je cantik? Sebelum ni saya tak cantik ke?"
"Bukan macam tu!" Jungkook terus kelam kabut turun daripada katil. Dengan pantas dia mendekat dan berdiri di sebelah aku.
"Sebelum ni pun awak cantiklah. Cuma hari ni nampak lagi cantik hehe.." katanya lagi kemudian tersengih hingga menampakkan gigi.
"Puji-puji ni nak apa-apa ke?" aku pandang dia.
Bukan boleh percaya sangat budak biskut ni. Puji bukan main melambung ni kadang mesti nakkan apa-apa. Macam budak keciklah.
"Tak nak apa-apa pun. Cuma nak awak selamat pergi dan selamat balik je." jawabnya.
Aku terdiam seketika. Dalam bendulnya pun sweet juga kan budak biskut ni? Rasa nak makan pula tengok dia sweet macam ni. Geram!
"Saya mungkin balik lambat sikit hari ni sebab lepas waktu mengajar saya ada meeting dengan lecturer lain. Kalau mama tanya awak tolong bagitahu ya?"
"Mhm." Jungkook mengangguk.
"Dah. Jom?" aku mengajaknya untuk keluar dari bilik.
"Jom!"
—————
"Amboi sejak dah berkahwin ni makin berseri-seri eh kau?"
Aku terkejut apabila ada seseorang datang menghampiri aku sewaktu aku tengah berjalan untuk masuk ke dalam bilik pensyarah kepunyaan aku.
Dekat kampus ni, bilik pensyarah dibagi setiap sorang satu bilik. Untuk keselesaan dan privasi masing-masing katanya.
Tapi baguslah macam tu sebab kalau nak berehat ke nak baring ke nak bergolek pun rasa senang hati sebab tak ada yang mengganggu.
"Awal betul kau datang hari ni, Jimin." aku memandang Jimin yang menegur aku tadi. Bilik aku sebelah dengan bilik dia je jadi senang untuk kami bertembung.
"Taklah awal mana. Aku datang macam biasa je." katanya.
Aku terus melihat jam di tanganku. Kemudian aku pandang muka dia semula.
"Pukul 9 pagi kau kata macam biasa? Bukan sebelum ni kau biasa datang pukul 10 pagi?" soalku.
"Hehe saja hari ni nak datang awal sikit." Jimin menjawab kemudian tersengih hingga hilang terus kedua belah matanya.
Budak sepet ni memang. Kalau senyum ke gelak ke, memang mata dia hilang terus. Entah dia nampak ke tak kalau dia berlari lepas tu ketawa. Tak pasal-pasal langgar semua benda sebab tak nampak.
"Dahlah. Aku nak masuk dalam ni. Nanti apa-apa kita jumpa eh?"
"Eh, sabarlah dulu." Jimin menghalang aku apabila aku ingin membuka pintu untuk masuk.
"Kau dah breakfast?" soalnya.
"Dah. Aku breakfast dekat rumah tadi. Kenapa?"
"Kau teman aku breakfast boleh? Kita keluar pergi cafe dekat depan kampus tu."
Aku berfikir sejenak sama ada nak ikut dia ataupun tak sebab sekarang ni aku tengah mood malas nak keluar. Lagipun aku dah makan tadi sebab tu jadi malas.
"Jomlah, Yoon. Teman aku sekejap je bukannya lama pun. Aku sunyilah kalau breakfast sorang-sorang."
"Yelah-yelah. Bagi aku letak barang-barang aku ni dulu."
"Okey! Aku tunggu sini." katanya dengan teruja sekali.
Bukan main eh sepet ni excited betul.
—————
"Kook." mama memanggil anak lelakinya yang sedang membuat adunan biskut.
Jungkook sebenarnya tiada kerja. Lepas saja dia habis pelajarannya, dia mengambil keputusan untuk membantu ibunya di rumah membuat biskut. Bukannya ibu ayahnya tak suruh dia cari kerja, dia saja yang tak mahu atas alasan mahu menolong bisnes mama.
"Ya, ma?" Jungkook memandang ibunya kemudian tersenyum sebelum dia kembali mengacau adunan yang dia tengah buat.
"Tak mahu cari kerja ke? Kook memang suka eh tolong mama buat biskut je?" soal mama.
Jungkook mengeluh kecil dan berhenti seketika. Wajah ibunya itu dipandang sebelum dia mulakan bicara.
"Kook bukan tak nak kerja but buat masa sekarang ni Kook nak tolong mama je dulu. Nanti bila Kook dah sedia, Kook akan cari kerja." jawab Jungkook kemudian dia sambung semula kerjanya.
"Tapi sekarang Kook dah ada isteri tau? Kook dah ada tanggungjawab lain. Kook kena kerja cari duit untuk tanggung isteri Kook."
Jungkook hanya diam.
"Dan satu lagi, Kook nak pura-pura bendul sampai bila hm? Kesian tau dekat menantu mama tu."
Betul lah tu, Jungkook sebenarnya tak lurus bendul pun. Dia normal je sebenarnya cuma dia hanya berpura-pura bendul di hadapan Yoonjae.
"Mama sendiri bagitahu dia kan yang mama kahwinkan dia dengan Kook sebab nak dia buat Kook jadi normal balik? So, Kook akan pura-pura sampai Kook normal baliklah."
"Tapi Kook tak kesian dekat dia? Dahlah Kook tipu dia."
"Mama.."
"Ya?"
"Kook nak tengok dia boleh bertahan atau tak dengan perangai Kook."
"Habis kalau dia tak tahan dan minta Kook lepaskan dia, Kook akan lepaskan?"
Jungkook terdiam dan berfikir.
YOU ARE READING
(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTS
FanfictionKahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa..