"S-sorry!" Jungkook kelam kabut ambil tualanya dan terus pakai. Apa masalah dia ni pakai spender je?
"Awak dah kenapa pakai seluar dalam je?" aku masuk ke dalam bilik dan terus tutup pintu. Tubuh Jungkook aku pandang.
Cantik juga body dia ni. Bendul-bendul macam ni pun boleh ada sixpack? Cantik pulak tu sixpack dia. Rasa nak gigit pun ada.
"Saya baru habis mandi tadi. Saya tak tahu pula awak balik awal sebab awak cakap awak ada meeting."
"Meeting saya cancel sebab tu saya balik awal." aku meletakkan beg tangan aku ke atas meja dan terus duduk di katil. Muka Jungkook aku pandang.
Dia ni kalau pandang lama-lama seksi pula. Dengan rambutnya yang basah tu betul-betul menggugat iman.
"Awak nak ikut saya tak?"
"Nak!" Jungkook terus teruja sambil tersengih seperti budak-budak baru dapat coklat. "Tapi nak pergi mana?" soalnya kemudian dia turut duduk di sebelah aku.
"Kita pergi cari hadiah untuk ayah. Hari ni hari jadi dia."
"Hari jadi ayah? Bukan ke hari jadi papa bulan 12 nanti?"
Aku terus tayangkan wajah tak ada perasaan. Dia ni kang ada yang makan ikut hidung nanti.
"Itu hari jadi bapak awak. Yang saya cakap ni hari jadi bapak saya. Cuba simpan sikit bendul tu."
"Ooo hehe.." Jungkook menggaru kepalanya dan tersengih lagi hingga menampakkan gigi arnabnya.
Nasib budak ni comel je tau? Kalau tak dah lama muka dia tu aku tonyoh-tonyoh dekat jalan biar bercalar habis.
"Dahlah. Saya nak mandi dulu. Awak bersiaplah. Kejap lagi kita pergi."
"Okey!"
—————
"Cuba awak tengok yang mana lagi cantik." aku tunjukkan dua jam tangan kepada Jungkook untuk suruh dia pilih.
Dua-dua cantik cuma aku nak tahu pendapat Jungkook yang mana lagi menarik hati lelaki. Yelah dia kan lelaki sebab tu aku tanya dia.
"Yang kanan ni nampak cantik." katanya kemudian menunjukkan jam yang ada di tangan kiri aku.
"Ni kirilah, Kook. Kalau kanan yang ini." aku tunjukkan jam di tangan kanan aku.
"Tapi kalau tengok dari pandangan saya, ini belah kanan." Jungkook masih tunjuk jam yang ada di tangan kiri aku.
Aku lupa yang laki aku bendul.
"Yelah-yelah. So, yang ini lah lagi cantik?"
"Mhm." Jungkook mengangguk comel.
"Okey. Kita beli yang ni untuk ayah."
"Yeay!" Jungkook menepuk tangannya kerana teruja. Dia ni benda kecik pun dah boleh buat dia excited.
Comel betul.
"Lepas ni nak pergi mana?" soalnya sambil aku melihat jam-jam yang lain. Kot aku nak berubah fikiran tukar jam lain.
"Awak nak pergi mana? Saya ikut je." kataku.
"Tak naklah."
"Tak nak apanya?" aku pandang Jungkook dengan hairan.
"Saya tak nak awak ikut saya. Saya nak saya yang ikut awak." Jungkook berkata sambil bermain dengan jarinya.
"Ya saya tahu awak ikut saya tapi awak nak pergi mana?"
"Tak nak. Saya nak ikut awak." kata Jungkook lagi.
YOU ARE READING
(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTS
Fiksi PenggemarKahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa..