01📏

13.4K 578 86
                                    

Halo semuanya, nama aku Yoonjae. Kalau nama penuh aku Min Yoonjae. Dengan ini aku nak bagitahu yang aku sebenarnya dah jadi isteri orang. Jadi, tak ada siapa boleh ngorat aku.

Tapi yang jadi masalah aku sekarang ni, aku kahwin dengan lelaki muda. Muda tu taklah muda sangat. Beza umur dia dengan aku hanya 3 tahun je.

Masih dikira mudalah tu kan?

Apa? Untung dapat suami muda? Oh tidak, kawan. Tak ada yang untung pun dapat suami muda ni sebab aku nak lelaki tua dari aku! Aku nak yang daddy-daddy tu. Ini baby bukan daddy.

Dan benda paling yang aku tak suka adalah suami aku,

Lurus bendul.

"Yoonjae, awak buat apa tu?"

"Yoonjae, awak buat apa tu?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Itu dia sudah mari.

Aku memandangnya dan tersenyum paksa. Kalau aku tak senyum nanti dia akan fikir aku tak suka dia datang.

"Tak buat apa pun. Kenapa?" soalku.

Jungkook berjalan secara perlahan mendekati aku.

Oh aku lupa nak bagitahu nama suami aku hehe.

Jeon Jungkook namanya.

Sedap kan nama dia? Macam biskut.

"Saya nak tanya boleh?" Jungkook bersuara setelah dia duduk di sebelah aku. Matanya yang bulat itu memandang tepat ke arah muka aku.

Dia comel tau sebenarnya tapi dia bendul.

"Tanya apa tu?" aku terus pusingkan sedikit badan aku agar menghadapnya. Wajahnya aku perhati sebelum dia mula berbicara.

"Kenapa lepas kita kahwin kan, awak macam tak suka je dengan saya. Awak macam mengelak je bila nak bercakap dengan saya. Awak tak suka saya ke?" soalnya.

Nah, itu kan.

Dia ni ada yang kena gigit kang.

Aku mengeluh kecil dan pandang matanya dalam-dalam. Biar dalam lagi sampai tembus kalau boleh.

"Saya bukannya tak suka awak. Macam yang awak tahu, saya ni kan lecturer. Jadi mestilah saya sibuk. Bukannya saya mengelak bila nak cakap dengan awak tapi saya tengah serabut sikit fikirkan pasal student saya semua. Kalau awak rasa terabai, saya minta maaf ya?"

"Betul ke?"

Aku terus mengangguk dengan laju. Matanya yang bulat tu buatkan aku rasa nak cungkil lepas tu rebus dalam air panas. Boleh buat sup mata Jungkook.

"Ke saya ada buat salah dekat awak? Tapi rasanya saya tak buat salah apa pun. Cuma pagi tadi saya ada termakan sandwich yang awak buat untuk bawa bekal tapi saya dah ganti balik dah. Jadi saya tak ada buat salah apa-apa kan?"

Kau tengoklah cara dia bercakap pasal sandwich tu. Rasa nak gigit je dia tu.

"Tak, Kook. Awak tak ada buat salah apa pun."

"Habis tu kenapa awak macam tak suka saya?" Jungkook buat muka sedikit sedih.

Dia ni kan,

Padahal tadi aku dah bagitahu kenapa aku kurang bercakap dengan dia.

Ni dia tanya lagi.

"Kan saya dah bagitahu awak tadi saya bukannya tak suka. Saya sibuklah, Kook."

Jungkook hanya mendiamkan diri dan masih lagi buat muka sedihnya. Makin bulat matanya memandang ke arah aku.

Cungkil betul-betul mata tu baru tahu.

"Yelah tu awak sibuk. Kalau tak suka terus terang jelah dengan saya." kata Jungkook tiba-tiba.

Oh God,

Dia ni bukan setakat bendul je. Menyakitkan hati pun ada juga.

Korang ambiklah dia ni. Aku dah tak nak jaga.

—————

Hey guys!

Saja nak bagitahu yang penulisan aku kureng dan idea pun kureng sebenarnya haha tapi gigih nak buat fanfic ni lol.

Actually aku dah publish book ni but cerita lain jadi ni cerita lain pulak hshshs sorry.

Pape pun selamat berpuasa semuanya!

(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now