Aku masih lagi tak percaya yang Jungkook dapat jawatan CEO tu dekat syarikat papa. Semudah itu je papa ambil anak bendul dia ni jadi CEO.
Boleh ke Jungkook nak handle nanti?
"Awak sure ke boleh handle jawatan ni nanti? Saya risaulah dengan keadaan awak macam ni." kataku sambil melihatnya yang sedang baring di sebelah aku. Aku masih lagi duduk tengah buat kerja.
"Papa dah bagi jawatan ni dekat saya. Saya boleh handle ataupun tak saya kena bolehkan juga. Saya pun risau sebenarnya." Jungkook berkata sambil merenung wajahku.
Dia risau. Aku lagi risau.
"Tak apa. Saya yakin yang awak boleh handle. Awak kena kuatkan semangat awak dan dengar cakap papa. Awak tak boleh main-main masa kerja nanti okey? Kalau awak rasa down dengan kerja awak, awak bagitahu saya tau?"
Jungkook senyum kemudian mengangguk.
"Yoon, saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Jungkook menyoal. Aku toleh ke kanan untuk pandang dia.
"Nak tanya apa?"
"Macam mana kalau kita ada anak? Awak okey tak? Sebab mama bagitahu saya yang dia nak sangat cucu." kata Jungkook.
Mula lah tu.
"Saya sebenarnya tak sedia lagi nak ada anak sekarang. Memikirkan keadaan awak yang macam ni, lagilah saya tak sedia."
"Hmm.." Jungkook terus merenung siling. "Kalau awak rasa nak ada anak, awak bagitahu saya tau? Saya ikut awak je." kata Jungkook.
"Ya, Kook. Kalau saya rasa saya nak buat anak nanti saya bagitahu okey?"
Jungkook terus bangun dari baringnya dan duduk. Dia pandang aku tajam.
"Mana boleh cakap macam tu. Tak sopanlah." katanya.
Hah? Apa yang tak sopan ni?
"Saya cakap apa?"
"Yang tadi tu. Awak cakap nak buat anak tu. Tak sopan tau?"
"Yelah, Kook. Saya takkan cakap macam tu lagi dah."
"Hehe okey!" Jungkook tersengih suka dan kembali baring. Dia terus tarik selimutnya dan selimut satu badan dia.
Aku sekadar memandangnya.
Kadang-kadang rasa nak humban laki sendiri masuk dalam laut pun ada.
—————
Aku buka mata apabila terdengar bunyi jam dari telefon. Segera aku bangun daripada baring dan melihat Jungkook yang sedang baring membelakangi aku sambil peluk bantal kesayangan dia.
Hari ni first day dia masuk kerja. Semoga benda baik-baik jelah berlaku.
Aku turun daripada katil dan menuju ke tingkap bilik untuk aku buka langsirnya. Aku tarik langsir dan terus cahaya masuk ke dalam bilik. Aku mendekati katil semula untuk bangunkan Jungkook.
"Kook.." aku menyentuh bahunya dan goncang perlahan. "Bangun, Kook. Hari ni first day awak kena kerja. Nanti papa bising kalau awak lambat." kataku sambil cuba untuk bangunkan dia lagi.
Budak biskut ni memang liat sikit nak bangun. Kena kejut banyak kali baru dia bangun.
"Bangun, bangun, bangunn..!" aku goncang lagi bahu dia sampailah dia buka mata. Dia pandang aku seketika.
Mamai lagi tu.
"Bangun, Kook. Nanti awak lambat kang papa bising."
"Nak pergi mana?" soalnya dengan mata yang tak habis buka. Suara dia pun rawr pagi-pagi macam ni. Serak basah uhuk.

YOU ARE READING
(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTS
FanficKahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa..