07📏

5.6K 311 28
                                    

"Hai Yoon~"

Pintu bilik aku dibuka secara tiba-tiba dan itu membuatkan aku tersentak. Aku pandang Jimin dengan tajam sekali.

Apa mamat sepet ni nak?

"Kau nak apa? Dahlah terjah bilik aku macam tu je."

"Nak ajak kau lunch sama-sama. Jom?" Jimin datang dan duduk di kerusi hadapan aku.

"Tak nak. Aku malas nak keluar." jawabku kemudian sambung menulis. Dari aku pandang muka dia, baik aku pandang kertas lagi bagus.

"Jomlah, Yoon. Kalau kau tak nak makan pun tak apa tapi temanlah aku. Aku tak ada kawanlah nak ajak lunch." katanya kemudian jarinya bermain dengan meja aku.

"Ish kau ni. Tak boleh ke sehari tu bagi aku bekerja dengan tenang sikit?" aku menayangkan poker face dekat Jimin.

"Jomlah pergi lunch. Kau tu nanti tak makan sakit perut pulak."

"It's okay aku makan biskut je kejap lagi. Kau pergilah lunch sorang. Macamlah kau tak biasa lunch sorang kan?"

"Tapi aku nak lunch dengan kau. Jomlah, Yoonjae." ajaknya lagi.

Dia ni memang degil. Rasa nak hempuk kepala dia tu biar ada akal sikit. Dah kalau orang cakap tak nak tu, tak naklah.

"Nak kena hempuk ke? Aku cakap tak nak kan?"

"Jom."

"Tak nak."

"Jom."

"Tak nak!"

"Jom!"

Eh dia ni memang menguji kesabaran aku betul.

"Yelah-yelah. Jom."

"Yeay!" jeritnya dengan teruja sekali.

Lempang kang baru dia tahu.

—————

"Dah bagitahu Yoon ke yang Kook mula kerja minggu depan?" mama bertanya kepada anak lelakinya yang sedang duduk termenung di meja makan.

"Belum, ma." Jungkook menggeleng kecil dan sambung termenung.

Dia tengah fikir macam mana dia nak bagitahu isterinya yang dia akan mula bekerja minggu depan dengan papa. Entah Yoonjae akan terima atau tidak.

Mestilah Yoonjae akan terima kan?

"Nanti malam Kook bagitahu dia. Jangan simpan lama sangat."

"Baik, ma." Jungkook mengangguk. Kepalanya mula teringat sesuatu kemudian dia melihat wajah ibunya.

"Mama."

"Ya, sayang?"

"Mama nak cucu ke?" soal Jungkook.

Mama terus ketawa. "Siapa je yang tak mahu cucu? Mestilah mama nak. Tapi mama tak paksa Kook dengan Yoon untuk bagi mama cucu. Bagi bila Kook dengan Yoon dah ready okey?"

"Kook boleh je kalau nak bagi tapi Yoon tu lah. Dia kan fikir yang Kook ni lurus bendul. Mesti dia akan ingat yang Kook tak berapa nak tahu sangat bab anak ni." Jungkook tergelak kekok kemudian mengusap lehernya.

"Tu lah siapa suruh plan nak tipu Yoon?"

"Bukan tipulah, ma. Kook nak cuma nak tengok dia jujur ke tak, boleh bertahan ke tak dengan Kook ni."

"Tengok Yoon macam tu mama yakin sangatlah yang dia boleh bertahan dengan perangai Kook. Yoon tu budak baik, sayang."

Jungkook menunduk dan terkenangkan isterinya sampai tersenyum dibuatnya.

"Kook tahu. Isteri Kook memang baik."

—————

"Kau ni asal eh? Makin hari makin cantik pulak aku tengok." Jimin menegur aku.

Aku pandang dia dengan muka tak ada perasaan. Dia baru tahu ke yang aku ni cantik?

"Jadi kenapa kalau aku makin cantik? Kacau kau ke?" aku pandang Jimin sekejap sebelum aku sambung makan.

Aku terpaksa makan sebab aku tengok Jimin makan tadi macam sedap je sampai perut aku berbunyi-bunyi sebab lapar.

"Ya. Kecantikan kau kacau aku setiap hari sampai aku mengajar budak-budak pun asyik terngiang-ngiangkan kau."

"Nonsense."

"Betul, Yoon. Aku tak tipu. Tiba-tiba aku rasa menyesal sebab lepaskan kau. Kalau tak mesti kau dah jadi bini aku sekarang kan?"

Dia ni ada kejap lagi yang makan kasut kang. Elok-elok sihat makan nasi haa kang masuk hospital sebab makan kasut.

"Boleh tak jangan ungkit benda lama? Kalau aku single lagi tak apalah kau nak ungkit. Sekarang ni aku dah jadi bini orang."

Jimin diam sekejap dan senyum.

"Yoon."

"Apa?"

"Kau masih sayangkan aku lagi?"

—————

"Awak intai apa tu, Kook? Nak masuk, masuk jelah." aku pandang Jungkook yang mengintai aku dari tadi dekat pintu tu. Dah kenapa tak tahulah duk intai-intai.

"Awak sibuk ke?" Jungkook masuk ke dalam dan bertanya sambil pandang aku.

Aku pandang laptop yang ada di riba aku dan aku melihat Jungkook semula.

"Sibuk sikit. Kenapa?"

"Ooo kalau macam tu awak buatlah kerja awak dulu. Nanti kalau kerja awak dah siap, saya bagitahu." kata Jungkook kemudian dia duduk di sebelah aku. Matanya memandang skrin laptop aku.

"Awak nak bagitahu apa?"

"Saya tak nak bagitahu sekarang. Awak buatlah kerja awak dulu."

"Tak apa. Awak bagitahu je sekarang. Lagipun kerja saya ni tak berapa penting. Esok pun saya boleh siapkan."

"Tak nak." Jungkook menggeleng.

Aku patahkan juga gigi arnab dia tu kang.

"Kalau macam tu.." aku tutup laptop aku dan letakkan ke atas meja. Aku pusingkan badanku dan menghadapnya. Wajahnya yang comel itu aku pandang.

"Bagitahulah." kataku.

"Dah siap ke kerja awak?"

"Belum tapi saya nak awak bagitahu saya dulu lepas tu baru saya sambung kerja saya."

Jungkook menggeleng. "Tak nak. Saya nak awak siapkan kerja awak dulu."

Sabar, Yoon. Sabar..

Phew...

Tak boleh sabar dah aku!

"Jungkook." aku tekup muka dia dengan kedua belah tangan aku sampai bibir dia muncung ke depan. Matanya terkebil-kebil.

"Baik awak bagitahu sekarang sebelum saya picit muka awak." aku pandang dia dengan geram. Serius rasa nak picit kuat-kuat muka dia ni.

"O-okey. Saya bagitahu." Jungkook mengangguk laju.

Aku lepaskan muka dia dan pandang dia dalam. Jungkook terus pegang pipinya kononnya sakit.

Bukannya aku picit kuat pun.

"Sebenarnya minggu depan saya dah mula kerja."

Aku terdiam mendengar kata-katanya. Jungkook kerja? Biar betul?

"Kerja? Awak main-main ke betul-betul ni?"

"Betul-betul-betul. Saya tak main-main."

"Kerja dekat mana?"

"Dekat company papa. Lepas tu papa cakap dia nak suruh jadi CEO dekat situ."

Aku terus ternganga.

Bendul-bendul macam ni dapat jawatan CEO terus?!

(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now