19📏

4.3K 249 45
                                    

"Lambat balik. Pergi mana?" Jungkook terus bertanya apabila Yoonjae masuk ke dalam rumah.

"Saya hantarkan Jimin tadi. Kereta dia rosak dekat kampus." Yoonjae berdiri menghadap Jungkook yang sedang berpeluk tubuh dengan riak wajah yang sedikit serius.

Yoonjae menelan air liurnya bila dia dapat rasa yang aura Jungkook sekarang dah lain. Macam bukan suaminya saja.

"Kenapa tak bagitahu? Mesej pun tak." kata Jungkook. Riak mukanya masih sama.

"M-maaf. Saya lupa." Yoonjae memegang hujung bajunya dan menggigit bibir. Tiba-tiba dia rasa gementar.

"Lupa?" Jungkook membuka langkahnya dan berjalan mendekati Yoonjae secara perlahan.

Lagi berdebar Yoonjae dibuatnya.

"Lupa atau awak saja buat-buat lupa yang awak ada suami dekat rumah hm?" Jungkook kini berdiri betul-betul dekat dengan Yoonjae.

Yoonjae menunduk. Dia jadi takut untuk melihat muka Jungkook. Dia tahu yang Jungkook tengah marahkan dia tapi dia rasa yang berdiri di hadapannya bukan Jungkook yang dia kenal.

"S-saya minta maaf. Saya janji lepas ni saya akan b-bagitahu awak." kata Yoonjae. Dia masih lagi menunduk.

"Pandang saya." arah Jungkook.

Yoonjae menggeleng laju dan pejamkan matanya dengan rapat kerana dia berasa takut.

"Pandanglah saya." kata Jungkook lagi.

Perlahan-lahan Yoonjae mendongak untuk memandang Jungkook.

Wajah Jungkook yang masih serius itu dipandang seketika sebelum riak muka Jungkook berubah menjadi biasa.

"Awak takut dengan saya ke?" Jungkook sengih tiba-tiba. "Saya bukannya nak marah awak. Kenapa awak takut?" tanya Jungkook dengan wajah polosnya.

Yoonjae mengetap bibirnya dan terus pukul bahu Jungkook dengan geram.

"Aduh! Sakitlah, Yoon!"

"Mampus. Biar patah bahu tu pun tak apa. Malas saya nak layan awak ni." kata Yoonjae kemudian dia tolak Jungkook ke tepi dan berjalan naik ke atas.

"Eh, Yoon! Nak ke mana?" tanya Jungkook.

Yoonjae hanya buat tak tahu saja.

"Dia pulak yang merajuk ke?" tanya Jungkook sendirian kemudian dia terus mengejar Yoonjae.

—————

"Yoon?" Jungkook masuk ke bilik untuk mencari isterinya yang tengah merajuk tadi.

Tapi Yoonjae tak ada.

"Tak ada?" Jungkook bertanya sendirian kemudian telinganya mendengar bunyi air dari bilik air mereka.

Jadi dia dah tahu yang Yoonjae tengah mandi.

Jungkook duduk di katil untuk menunggu isterinya selesai.

Agak lama juga dia tunggu tapi Yoonjae masih belum keluar. Mandi ke main air sebenarnya?

Jungkook mengeluh perlahan dan bangun dari katilnya. Lantas dia menuju bilik air. Tangannya diangkat dan pintu bilik air diketuk perlahan.

"Yoon? Awak masih mandi ke? Boleh tak cepat sikit sebab saya nak guna pulak." Jungkook bersuara sambil tangannya mengetuk pintu bilik air tersebut.

"Tak reti sabar ke hah?!" Yoonjae melaung kuat hingga terkejut Jungkook dibuatnya.

Jungkook menelan liurnya. Lain macam aura isterinya bila merajuk. Macam singa pun ada.

(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now