"Kenapa ni pegang-pegang isteri orang?" Jungkook bertanya kepada Jimin.
Dari sini aku boleh nampak muka Jungkook tengah tahan marah dan muka dia nampak serius sangat.
Oh,
Dia nampak hot!
"Sorry, bro. Aku just nak hantarkan dia balik." kata Jimin sambil tersenyum sinis.
"Dia dah ada suami. Dia tak perlu pertolongan kau." kata Jungkook.
Aku sedikit shik shak shock.
Jungkook bendul ni bercakap macam tu??
"Kalau tak ada benda nak bincang dengan bini aku, sila lah balik. Aku pun dah ada dekat sini so kau tak perlu risau eh?" kata Jungkook lagi.
Aku memang betul-betul terkejut sekarang ni sebab cara percakapan Jungkook tu. Memang berbeza betul dengan diri dia yang lurus bendul. Aku tak pernah tengok dia bercakap kasar macam tu dengan sesiapa. Kalau orang bercakap kasar dengan dia pun, dia akan cakap baik-baik tapi sekarang ni tak.
"Aku balik dulu, Yoon. Jumpa esok." kata Jimin kemudian senyum kepadaku. Kakinya terus melangkah pergi untuk ke kereta miliknya.
Jungkook pandang aku dan aku pandang Jungkook.
"Awak okey? Dia ada buat benda tak elok ke dekat awak sebelum saya sampai?" Jungkook bertanya kemudian riak muka dia yang serius tadi serta merta berubah menjadi biasa.
"T-tak ada." aku menggeleng perlahan.
"Syukurlah. Saya minta maaf lambat sampai sebab masa saya nak datang sini jalan sesak sikit. Maaf tau?" Jungkook tersenyum comel kepadaku.
Aku diam dan terus angkat tangan aku untuk sentuh dahi dia. Kot-kot dia demam.
"Kenapa ni, Yoon?" soalnya dengan muka hairan.
"Awak tak demam kan?"
"Taklah. Saya tak demam pun. Kenapa awak tanya ni?"
"Sebab first time tadi saya nampak awak bercakap kasar dengan orang. Saya agak terkejut."
"Ooo tadi tu sebab saya nak protect awak. Saya saja cakap kasar macam tu sebab nak bagi dia rasa takut hehe.." Jungkook tersengih.
Ya Tuhan, dia macam ni pun aku boleh cair?
"T-thanks." ucapku kemudian menunduk sedikit dan senyum. Aku tak boleh tahan blushing!
"Sama-sama. Urm kereta awak rosak apa?" soal Jungkook kemudian dia melihat kereta yang ada di belakang aku.
"Tak tahu lah. Saya start dia tak nak hidup."
"Ooo faham. Awak dah telefon mekanik?"
Aku hanya menggeleng.
"Kalau macam tu esoklah kita selesaikan kereta awak ni. Sekarang ni kita balik rumah dulu. Saya penatlah kerja tadi." adu Jungkook sambil tunjuk muka kesian dia.
"Okey."
—————
Sedang kusyuk aku keringkan rambut dengan hair dryer, aku nampak susuk tubuh Jungkook masuk ke dalam bilik dan terus duduk di katilnya.
YOU ARE READING
(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTS
FanfictionKahwin dengan lelaki lurus bendul? Hanya Tuhan saja tahu apa yang aku rasa..