16📏

3.8K 243 45
                                    

"Bini kau elok je. Tak ada pulak aku nampak budak Jimin tu kacau bini kau." kata Seokjin kepada Jungkook yang sedang duduk di hadapannya.

"Selama seminggu kau stalk takkan lelaki tu tak buat apa-apa kat wife aku?" Jungkook berasa tak puas hati mendengar jawapan dari Seokjin tadi.

"Tak. Dorang cuma berborak and that's it. Tak ada pun buat benda-benda yang tak sepatutnya."

"Pelik.." Jungkook mengeluh kecil dan termenung.

"Kau nak aku stalk dorang lagi ke?"

"Kau teruskan lah stalk dorang. If sampai next week dorang still sama, kau stop lah."

"Baik, boss." kata Seokjin.

Jungkook bersandar pada kerusinya kemudian mengambil minumannya untuk minum.

"Kau tak kerja ke hari ni?" soal Seokjin tiba-tiba.

"Sebab aku tak kerjalah aku dekat depan kau sekarang ni. Dah tahu tanya lagi."

"Hehe janganlah marah. Aku tanya je."

Jungkook hanya diam dan perhatikan Seokjin.

"Kau tak bawa bini kau keluar jalan-jalan?" soal Seokjin lagi.

"Tak. Dia nak tolong mama aku kat rumah."

"Rajin betul bini kau eh? Untung betul kau dapat dia."

"Dia lagi untung dapat aku." kata Jungkook dengan nada sedikit bangga.

Seokjin terus menayangkan riak wajah menyampah.

"Acah jelah kau ni."

—————

Jungkook masuk ke dalam rumahnya secara perlahan. Matanya mengintai ke ruangan dapur untuk melihat Yoonjae ada di situ ataupun tidak.

Yoonjae tak ada, yang ada cuma mama.

"Mama." Jungkook terus masuk ke ruangan dapur dan melihat ibunya sedang sibuk membakar biskut.

"Ya, sayang? Kenapa?" mama menoleh memandang anak lelaki kesayangannya.

"Yoon mana, ma?"

"Ada dalam bilik. Mama suruh dia rehat sebab dari tadi dia tolong mama. Kesian kat dia." kata mama kemudian dia senyum.

"Oh.." Jungkook mengangguk kemudian dia duduk.

"Kook dah jumpa rumah ke?" soal mama tiba-tiba.

"Dah. Tapi Kook kena tanya Yoon dulu takut dia tak setuju pulak rumah Kook pilih tu." kata Jungkook kemudian dia mencapai sekeping biskut yang ibu dia buat. Dia terus sumbat biskut tersebut ke dalam mulut.

"Ni mama nak tanya."

"Hm? Tanya apa, ma?"

"Kook memang tak nak jujur dengan Yoon ke? Sampai bila nak tipu dia, sayang?"

Jungkook mengeluh.

"Nanti dah sampai waktunya Kook akan bagitahu Yoon. Buat masa sekarang ni awal lagi."

"Ingat, jangan simpan lama sangat. Takut nanti bila Kook dah jujur haa Yoon tak boleh nak terima pulak yang dia kena tipu."

"Kook tahulah, ma."

—————

"Eishh asyik kalah je!"

Jungkook terkejut apabila dia masuk ke dalam bilik, isterinya tiba-tiba menjerit. Nasib tak gugur jantung.

"Awak okey?" Jungkook bertanya kemudian melihat Yoonjae yang sedang bersandar di kepala katil sambil memegang telefon.

"Ni haa game ni, asyik nak bagi saya kalah je. Menyampah betul." kata Yoonjae kemudian dia lemparkan telefonnya ke depan. Dia pandang Jungkook dengan pandangan tajam.

"Game je kan? Biasalah tu kalau kalah." Jungkook mendekati Yoonjae dan terus duduk di sebelah isterinya atas katil.

"Tak biasa. Dari tadi saya main asyik ulang-ulang je sebab kalah."

"Dah-dah. Awak tak perlulah nak marah-marah macam ni sebab game je. Haa, mama cakap kalau asyik marah nanti cepat tua. Awak nak ke muka awak nanti berkedut-kedut? Nak?"

"Oh lepas tu kalau saya tua berkedut, awak tak naklah? Awak nak lari lah kan?"

"Kalau awak tua berkedut saya tetap nakkan awak sebab kita akan tua dan berkedut bersama. Saya takkan lari hehe.." Jungkook tersengih.

"Yelah tu. Lelaki memang suka bagi ayat-ayat manis nak tenangkan perempuan padahal bukannya betul pun apa yang dia cakap tu." Yoonjae berpeluk tubuh dan menjeling suaminya.

"Ayat-ayat manis? Ayat yang dicampur dengan gula ke?" tanya Jungkook dengan muka blur dia.

"Ish dia ni haa cakap bodoh kang marah. Sengaja lah tu nak bagi saya marah."

"Tak-tak. Saya gurau je."

"Gurau, gurau. Awak pergi mana tadi?"

"Saya keluar jumpa kawan saya." kata Jungkook dan duduk bersila.

"Kawan? Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

"Yeke lelaki? Entah-entah awak keluar dengan perempuan lepas tu cakap keluar dengan lelaki. Baik awak jujur dengan saya." Yoonjae memandang suaminya dengan tajam.

"Mana ada saya keluar dengan perempuan. Saya keluar dengan lelaki. Saya ni dari dulu tak ada kawan perempuan. Kalau awak tak percaya, awak pergilah tanya mama." kata Jungkook.

Yoonjae pandang Jungkook dengan lama sebelum dia mula bicara.

"Yelah. Saya percaya awak."

"Yoon."

"Apa?"

"Saya dah carikan rumah baru kita."

"Really??" Yoonjae sedikit teruja.

"Mhm." Jungkook mengangguk kemudian dia senyum.

"Dekat mana? Jauh ke dari kampus saya?"

"Tak. Rumah tu dengan kampus awak tak jauh. Dalam 2km je dah boleh sampai kampus awak."

"Yeay! Bolehlah saya pergi kerja lewat sikit sebab dekat."

"Tapi saya nak awak tengok dulu rumah tu takut nanti awak tak suka pulak."

"Kalau macam tu kita pergi sekaranglah. Memandangkan saya tengah free dan awak pun tengah free." kata Yoonjae.

"Sekarang?"

"Ya!"

"B-boleh. Awak pergilah siap dulu. Saya tunggu dekat bawah ya?" kata Jungkook kemudian dia turun daripada katil.

Dia baru je balik rumah nak rehat, dah kena keluar balik.

"Okey! Tunggu saya tau!"

—————

Jungkook hanya perhati saja Yoonjae yang sedang melihat-lihat ruangan di dalam rumah yang bakal menjadi rumah baru mereka.

Dari tadi tak lekang senyuman dari bibir Yoonjae. Mungkin kerana dia gembira melihat rumah tersebut.

"Jungkook." Yoonjae datang mendekati Jungkook yang berdiri di ruang tamu setelah dia selesai survey satu rumah tu.

"Ya?"

"Awak betul-betul tak kisah ke kalau kita pindah sini? Kalau awak rasa macam terpaksa sebab saya, kita tak payahlah pindah. Saya–"

"Saya tak kisah, Yoon. Asalkan awak gembira." kata Jungkook dan senyum.

Yoonjae balas senyuman Jungkook dan terus dia mengucup sekilas pipi kiri Jungkook.

"Thanks, Kook."

Jungkook terkedu. Dia tengah blushing tapi dia cuba cover. Kalau Yoonjae perasan yang dia tengah blushing nanti dia kena ejek pula.

"Sama-sama."

(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now