Part 7

338 19 0
                                    

Nur memasang ekspresi 😐.Manakan tidak apabila dia dan Lay balik ke rumah,matanya melihat lima ekor badak alias KRISYEOLTAOKAIHUN tidak berbaju sedang berbaring di atas kerusi.

"Ni dah kenapa tak pakai baju? Nak tayang ABS yang dah tercetak dengan sempurna ke?" sindir Nur tanpa rasa nak berteriak tempik bagai sepertimana yang EXO L di Korea dan Jepun lakukan kecuali Malaysia.Kalau EXO buat,sah kena kecam.

"Kami panas,Nur." balas Kai dengan mata yang terpejam.

"Kalau panas,pergilah mandi.Duk baring atas kerusi boleh hilang panas ke?" sahut Nur berlalu ke biliknya.

"Lepas pukul empat kami mandi."

"Mandi berlima gitu." jawab Nur lantas menutup pintu biliknya.

Luhan mengait buah mempelam yang terletak di depan rumah jiran Nur.Kak Ani,jiran sebelah rumah Nur memberikan plastik kepada D.O.

"Kutip buah mempelam yang jatuh dan masukkan ke dalam plastik ni.Kalau nak makan sekarang,duduk atas pangkin.Nanti kak Ani buatkan colek.Boleh cicah dengan mempelam tu." ujar Kak Ani.(Colek adalah kuah khas yang menggunakan satu sudu besar gula,sedikit garam,kicap,cuka dan ditambahkan dengan sedikit belacan dan cili merah.author makan mempelam,memang guna bahan tu la tapi tak letak belacan atau cili.).D.O mengangguk sambil tersenyum membalas.Chen berjalan² di lorong kecil yang terletak di antara rumah kak Ani dan rumah bekas classmate Nur.Mata Chen melihat pokok tebu yang ditanam yang sudah membesar dengan batangnya yang kuning berisi.Sungguh menenangkan bagi Chen.Orang kampung sini juga peramah.Xiumin memetik bunga yang nampak unik di matanya.Dikeluarkan HPnya dan berselfie namun dia tidak menguploadkannya ke dalam laman sesawang.

"Dah banyak ke?" soal Luhan melirik plastik yang berisi dengan mempelam muda yang dikutip oleh D.O.

"Dah banyak ni.Cukuplah." ucap D.O.

Suho dan Baekhyun berada di bawah pokok namnam atau orang Kelantan panggil ia buah katak puru.Sebab bentuknya yang persis katak puru.

"Ni buah apa,mak cik?" Suho menunjukkan buah namnam yang sudah ranum yang belum dipetik dari pokok kepada ibu Nur yang sedang membersihkan sekitar kawasan pokok itu.Buah namnam berbuah pada dahan pokoknya.

"Buah katak puru.Tengok rupa dia,kan macam katak dan sedikit berkerutut." (entah betul entah tidak ejaan kerutut tu author malas nak betul balik)

"Oh.Boleh makan ke?" tanya Baekhyun pula memetik sebiji buah namnam itu.

"Mestilah boleh.Kalau tak boleh,tak tanamlah pokok ni." jawab ibu Nur.Suho dan Baekhyun tergelak.

Nur sudah menggantikan bajunya dan melangkah keluar dari rumah dengan freehairnya.Lay pula sedang mandi.

"Buat apa tu?" soal Nur menghampiri Suho dan Baekhyun yang memetik buah namnam.

"Ni ha,petik buah ni.Boleh makan kat pangkin tu."

"Oh."

"Baru balik ke,Nur?" tanya Suho membasuh sebiji buah namnam lalu digigit untuk merasainya.

"Ya." Nur mengangguk seraya tangannya membantu BaekHo memetik beberapa lagi buah namnam.

"Ada orang cam tak si Lay gege kat Salamku tadi?" giliran Baekhyun pula menyoal.

"Tak.Lay guna mask putih macam yang doktor guna tu.Jadi tak ada yang cam dia." jawab Nur menuju ke arah pangkin.Dipeluk kak Ani,jirannya.Memang begitu sikapnya kerana sifat kak Ani yang keibuan.

Luhan dan D.O duduk di pangkin.

"Cukup tak mempelam tu?" tanya kak Ani memastikan.

"Cukup dah,mak cik."

"Panggil kak Ani je." kak Ani menepuk bahu Luhan sambil ketawa.

"Baiklah kak An..Ani..hehehe.." Luhan tersengih.D.O mula mengopek kulit mempelam selepas membasuh agar getahnya hilang menggunakan pisau.XiuChen datang lantas duduk di sebelah kak Ani.

"Cantik awak,Nur." puji Xiumin.

"Hehehehe.." Nur mengambil buah mempelam itu dan mula menghiris mempelam itu bersama kulitnya.

"Dia memang cantik.Anak dara sunti katakan." usik kak Ani.

"Natural beauty." sampuk Chen.

"Kris,Lay,Chan Yeol,Tao,Kai,Sehun.Turun woi...makan mempelam ni..." jerit Baekhyun dengan suaranya yang lantang.

Chan Yeol menjenguk dari pintu,masih lagi dengan tak pakai baju.

"Kejap lagi,kami turun." balas Chan Yeol.

EXO sudah bergabung bersama Nur,ibu Nur dan kak Ani menikmati colek buah mempelam dan buah namnam.Wajah mereka pada mulanya berkerut kerana kemasaman duah buah itu namun akhirnya mereka boleh memakannya tanpa mengerutkan wajahnya.

"Kulit oppa lagi putih dari Nur." Suho tiba² membandingkan kulitnya dengan kulit Nur.

"Hyung ni kenapa pula tiba² kata macam tu?" Chan Yeol menyoal pelik.

"Haah,tak ada topik ke?" sampuk Lay.

"Tak ada topiklah tu.." sindir Chen.

"Lol,itu pun jadi hal." sahut Tao.

"Hehehehee...." Suho tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Malu la tew...

Luhan menggerutu.Sudah tiga hari dia tidak dapat menggunakan wifi,hanya mobile data sahaja yang dapat dia gunakan.

"Bar penuh tapi wifi tak ada langsung.Kena pergi beli ni." Luhan mengomel kecil.

"Kau ni kenapa,Lu? Dari tadi duk mengomel menggerutu bagai?" tanya Xiumin membuka lappy milik abang Nur.Apa lagi kalau bukan nak tengok kartun Upin Ipin.

"Wifi tak ada lah,Min."

"Kau ni,itu pun nak merungut.Pergi beli jela wifi tu.Ajak pak cik Nur tu."

"Min,kita ni EXO.Mana boleh sembarangan keluar tanpa pengawal.Tak pasal kena kejar dek EXO L kat Kelantan ni." Luhan mengingatkan.Even EXO L di Malaysia tidak terlalu overfanatik,namun EXO tetap berjaga² untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

"Kau menyamar jelah.Jadi perempuan ke.Kan Nur cakap wajah kita ni jambu sikit." selamba Xiumin memberi cadangan dan mengiyakan bahawa mereka (EXO) jambu air kerana Kris yang tampak cool pun,pada satu hari Nur boleh kata Kris ni menyimpan jiwa jambu dan Kris,mula berkejaran dengan Nur,tidak terima dirinya dicop jambu dan berakhir Nur mengunci diri di dalam biliknya sambil ketawa berdekah² begitu juga dengan yang lain yang turut ketawakan si Galaxy FanFan alias KLCC NAMSAN TOWER.Kris hanya mampu 😤.

"Heheheheh,betul juga.Kalau pakai pakaian perempuan,comfirm tak ada yang perasan.Tapi tak kan nak bonceng motor kot?" Luhan berfikir seketika.

"Alah,pinjam je la motor si Mizi tu kalau tak nak bonceng motor dengan ayah Mud.Apa susah.Tudung,mekap si Nur ada.Tinggal kau perlu menyamar je." balas Xiumin mula menuntaskan matanya pada skrin lappy,menonton Upin Ipin.Kalau Tao dengan Doranya,si Umin pula dengan PinPinUI.

"Baiklah..nanti aku minta tolong kat Nur dan Mizi lepas ni.Aku nak mandi jap." Luhan bangun lantas mengambil tualanya dan berlari ke bilik air.

Bersambung.
*OKAY,NI MEMANG OUT OF BOX AUTHOR.MEREPEK.APA PUN,TUNGGU BAB 8 IF NAK TAHU BAGAIMANAKAH CARA LUHAN MEMINTA PERTOLONGAN DARI DUA BERADIK ITU.*
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

[C] Exo sesat di kampung?!(ot12)Where stories live. Discover now