EXO mengikut Ayah Mud,ibu dan Nur ke kebun untuk memetik buah rambutan,salak dan manggis manakala kakak Nur yang nombor empat diarah untuk menjaga rumah.Nur mengenakan t-shirt merah biru lambang overdose di hadapannya,seluar track dan tudung bawal hitam.Ayah Mud sudah menanggalkan t-shirt Yamahanya dan mula memanjat pokok manggis yang tinggi.EXO melopong melihat bapa saudara Nur yang begitu sekejap memanjat dan sudah berada di atas sana bagi mengait buah manggis yang susah dijangkau dek tangan.EXO mula menepuk tampar wajah,lengan dan leher mereka yang digigit nyamuk.
"Banyaknya nyamuk." gerutu Tao.
"Kalau nak halau nyamuk,bakar je daun² kering tu." kata Nur yang sedang memakan buah rambutan kuning yang dia petik dari pokok rambutan yang rendang.
"Nak buah tu." Xiumin,Kai dan Sehun meminta.
"Tu,atas pokok..pergilah petik,sementara tunggu ayah Mud kait manggis tu,tolong tebas semak samun dan bersihkan kawasan kebun ni." kata Nur lagi sambil menunjukkan ke arah semak samun yang sedang ditebas oleh ibunya.
"Kami tak pernah pergi ke kebun.Kalau tolong kat kawasan pedalaman tu,kami pernah lah." Chan Yeol bersuara.Tangannya mula mencabut daun pisang yang kering seperti mana yang ibu Nur lakukan.Baekhyun pula menyapu daun² kering lalu dikumpulkan agar menjadi bukit.Ibu Nur yang ajar dia.
"Saya tahu sebab tu saya minta ayah Mud dan ibu saya ajak awak semua ke sini.Selain mencari pengalaman baru,awak semua juga yang akan dapat untungnya merasai nikmat buah²an yang berada di Malaysia ni dan melepaskan rasa bosan." ujar Nur mengopekkan kulit buah rambutan untuk Kris dan Tao.
"Awak berujar macam seorang pensyarah." puji Lay.Tangannya memetik satu persatu buah rambutan itu lalu diletakkan di dalam guni yang telah ibu Nur bawa dari rumah.
"Hahahaha,kawan saya pun cakap tu."
Luhan,Suho,Chen dan D.O pula mengutip buah manggis yang jatuh ke tanah setelah dikait.Luhan mengambil buah manggis lalu mendapatkan Nur yang sedang berborak dengan KrisLay.
"Nur,macam mana nak kopek buah ni?"
"Senang je." Nur mengambil buah manggis itu dari tangan Luhan lalu menunjukkan caranya.Setelah terbelahnya buah itu,diberikan ia kepada Luhan.
"Manis tak?" soal Nur.
"Manis sangat.Korang,cubalah rasa." balas Luhan lalu menawarkan isi manggis kepada membernya.
Setelah selesai,EXO bersama Nur,Ayah Mud dan ibu Nur berehat melepaskan penat.Kawasan kebun mereka juga telah kelihatan terang dan nyamuk juga berkurangan dek dari asap pembakaran daun dan kayu kering.
"Jomlah balik.Dah pukul enam ni." kata ibu Nur.Mereka semua mengangguk.
EXO tidur awal kerana kepenatan.Selimut yang digunakan oleh Baekhyun,Chen dan Luhan juga sudah berada pada paras perut mereka.Nur yang masih lagi belum tidur (menyiapkan ffnya) membetulkan selimut mereka.Bantal yang digunakan oleh KaiHun juga dibetulkan dengan perlahan di bawah kepala duo magnae itu agar mereka tidak terbangun.
"Awak tak tidur lagi,Nur?" soal Chan Yeol yang baru tiba bersama segelas air kosong di tangannya.
"Saya memang akan tidur lewat.Awak pula?"
"Saya terbangun nak buang air tadi.Then dahaga air." Chan Yeol meneguk habis air kosongnya.
"Tidurlah Yeol.Awak mesti penat tolong ibu dan ayah Mud kat kebun petang tadi."
"It's okay.Erm Nur,boleh kita berborak sekejap?" Chan Yeol melirik jam dinding yang telah menunjukkan angka 00:30 tengah malam.
"Boleh tapi kat dapur ya.Saya takut mereka akan terbangun nanti." usul Nur mengambil gelas itu dari tangan Chan Yeol.
Nur dan Chan Yeol duduk dan mereka saling berhadapan.Entah kenapa Chan Yeol berasa gugup.
"What's wrong with you,Park Chan Yeol?" tanya Nur.
"Ermm Nur.." Chan Yeol menyusun kata²nya.
"Ya?"
"Naega mianei.." Chan Yeol meminta maaf.
"Untuk apa?"
"Saya tertengok awak freehair."
"Bila?"
"Lepas awak mengomel kata saya,Kris ge dan Tao macam badak pemalas landing atas katil awak.Saya tersedar dan saya betul² tak sengaja masa tu." Chan Yeol sebenarnya takut untuk berkata jujur namun hatinya seolah memaksa dirinya untuk berbuat demikian.Dia takut jika Nur akan memarahinya.
"Tak perlu lah awak nak minta maaf,Yeol.Saya yang silap pergi tanggalkan tudung masa tu.Dan mungkin saya tak sedar awak terpandang akan saya." jawab Nur menyakinkan Chan Yeol.
"Tapi awak juga cantik dan comel dalam waktu yang sama.Kulit awak pun natural putih susu." Chan Yeol melihat pergelangan tangan Nur yang kadang putih susu dan kadang putih kuning.Dia terbayang akan leher Nur yang sangat putih dan dia langsung tak menceritakan hal ini pada membernya kerana takut mereka cemburu.
"Tak adalah putih mana pun." dalih Nur.
Hampir pukul 9 pagi Nur mencelikkan matanya.Mulut sedikit menguap.Perbualannya dengan Chan Yeol semalam sangat panjang sehingga pukul 2 pagi baru mereka masuk tidur.
Seusai mandi,Nur melangkah ke ruang tamu dan melihat EXO yang sedang berbincang.Dia mendudukkan dirinya di kerusi single dan membuka tv.Malas untuk turut serta.Tuala yang berada di kepalanya dibetulkan.
"Eh Nur,baru bangun?" tegur Sehun menyedari Nur berada di belakangnya.
"Ya,mengantuk sangat sebab tidur lewat." Nur menukar siaran tv dan berhenti pada siaran KIX yang kini sedang menayangkan filem THE FANTASTIC FOUR.
"Oh." sahut Sehun pendek.
"Bincang apa?" Nur mengajukan soalan.
"Kami cuma berbincang tentang practise dance kami je." Kai menjawab.
"Lagu apa?"
"DUBSTEP INTRO,MAMA,GROWL,DON'T GO,HEART ATTACK.Banyaklah." jawab Suho.
"Tarian ballet dan jazz tak nak practise ke?" Nur mengusik.
"Kami tak pandai,kalau Kai dia bolehlah sebab dia dancing machine." Tao menjawab.
"Jadi dari perbincangan ni,awak semua nak guna ruang tamu ni untuk practise dance? Macam tu?" teka Nur.
"Macam mana awak tahu?" Baekhyun sedikit terkejut kerana Nur seperti dapat meneka apa yang mereka tengah bincangkan.
"Tengok gaya awak semua pun saya boleh baca.Silakanlah kalau nak guna,tapi alihkan kerusi sofa tu dulu.Letak di sana." Nur memberi keizinan.Dia meneguk air teh yang telah sejuk sampai habis.
Tiga buah lagu yang mengiringi practise dance EXO berjaya dilaksanakan.Nur menepuk tangannya kagum melihat practise dancenya secara live.Ingin merakam dan send ke group,dia takut akan member group yang dia sertai menyoal.Dan dia juga telah berpesan pada EXO agar tidak mengupdate atau upload gambar mereka ke laman IG,TWITTER,FB dan pelbagai rangkaian laman sesawang kerana takut keberadaan diketahui dan mungkin rumahnya akan diserbu oleh EXO L sekampungnya serta para wartawan yang datang memenuhi biarpun perkara itu akan berlaku tidak lama lagi.EXO faham dan mereka juga tidak mengoline.Mereka memutuskan untuk berdiam diri dan menikmati hari mereka tanpa kesibukan kerja.
Bersambung
_HAPPY BIRTHDAY TO BUBBLE SEHUN_🎊🎉🎂
*SEMOGA PANJANG UMUR DAN SUKSES SELALU BERSAMA EXO*
YOU ARE READING
[C] Exo sesat di kampung?!(ot12)
FantasiaExo-l do read Saya cuma tlg publishkn shj. So follow org asal yg buat cerita ni👇 Credit to:Shim_Ra_Hyun [#421 in fantasy] [#464 in fantasy]