Hari ini dua kakak,abang dan ibu saudara Nur pulang ke kampung halaman untuk bercuti sekaligus untuk mengadakan kenduri.EXO tampak antusias berkenalan dengan kak long,abang Fizli dan kak Huda serta ibu saudara Nur yang masing² sudah berkahwin dan tinggal di luar negeri Kelantan.
"Oh jadi nama awak Do Kyungsoo dan stage name awak D.O?" tanya kak Huda yang kelihatan tertarik pada D.O.
"Ya kak." D.O mengangguk.Entah kenapa dia juga tertarik pada kakak Nur ini biarpun Nur memberitahu bahawa kak Huda garang orangnya.
"Kakak panggil awak Kyungsoo sajalah.Kakak rasa pelik pula panggil awak dengan nama D.O." ucap kak Huda.
"Saya tak kisah." D.O tersenyum.Baekhyun pula lebih tertarik pada kak sulung Nur yang sudah sarat mengandung.
"Kakak ni lawa lah." puji Baekhyun pada kak long Nur.
"Ish mana ada." kak long Nur tersenyum.
Chen dan Xiumin disoal oleh abang Fizli dan abang ipar Nur,suami kak Huda.
"Ingat budak tadi." abang ipar Nur bersuara.
"Itulah kata." balas abang Fizli.Chen dan Xiumin terkekeh.Kris pula sibuk berbual dengan abang ipar Nur,suami kak long.Nampak rancak.Sungguh EXO berasa kelainan.
Pada petang keesokan harinya,ayah Mud meminta Suho dan Tao mengecat rumah memandangkan cat yang sebelum ini telah pudar warnanya.Suho mula berasa gayat kerana ayah Mud menyuruhnya mendaki tangga besi dan mengecat dinding rumah pada bahagian atas.
"Waaa ayah Mud,saya takutlah." Suho merengek kerana gayat dan takut.Berbanding Tao,dia sudah mula mengecat tanpa menghiraukan rengekan Suho.
"Lelaki apa kamu ni takut.Tak payahlah tengok bawah kalau gayat.Buat macam biasa." ayah Mud menjerkah.Suho terkedu dan tangannya mula mengecat dinding rumah menghiraukan rasa takut dan tak ingin dia dimarahi lagi oleh ayah Mud.
"Hahahahah Suho hyung kena marah." Chen menjengulkan kepalanya dan mengejek Suho tanpa sedar tin cat yang dipegang oleh Suho serong dan
SPLASH~~ sedikit cat berwarna hijau tumpah mengenai wajah Chen.Wajah Chen berubah menjadi THE HULK.Melihat wajah Chen,Xiumin bantai gelakkan Chen.
"HAHAHAHAHAH🤣😂,muka Chen hijau." Xiumin memegang perutnya.Ayah Mud,Suho,Tao dan seorang lagi kakak Nur iaitu kak Milah turut ketawakan Chen.Chen berlari ke arah dapur dan 🤣🤣🤣🤣,keluarga Nur yang berada di dapur apa lagi,sudah ketawakan Chen dek wajah si unta itu yang berubah hijau.Kesian si Chen.
KaiSoo dan HunHan tekun membuat kuih tepung pelita yang diajar oleh kak Huda.Kris dan Lay pula membantu abang ipar Nur,suami kak Huda membakar daging lembu.Baekhyun sibuk meneliti acuan kek kukus yang sedang diadun oleh kak long.Nur pula mengajak Chan Yeol untuk membeli bahan di sebuah pasaraya.Chan Yeol apa lagi,happy lah.Dalam masa satu hari,EXO berjaya menyesuaikan diri dengan keluarga Nur yang ramah tamah.Kaisoo dan HunHan menjadi kesayangan kak Huda manakala Baekhyun pula menjadi kesayangan kak long.Atau dengan kata lain,EXO menjadi sebahagian dari keluarga Mak Wan's family,nama panggilan arwah datuk dan nenek Nur kerana kerajinan dan tiada rasa kekok yang ada dalam diri EXO dalam membantu.
*SM ENT BUILDING,GANGNAM,SEOUL,KOREA*
KYM's OFFICE
"Dah jumpa mereka (EXO)?" tanya Kim Young Min a.k.a KYM,si CEO SM ENT pada stafnya."Sudah Sajangnim.Mereka berada di rumah salah seorang gadis yang juga fans mereka sendiri." jawab staf tersebut.
"Booking tiket sekarang.Kita akan terbang ke sana." KYM mengarah.Staf tersebut mengangguk.Dalam hati dia berdoa agar gadis itu tidak didakwa oleh KYM kerana KYM bukanlah seperti Lee Soo Man a.k.a LSM,bekas ceo SM ENT.Tanpa sedar seseorang mencuri dengar perbualan mereka berdua.
*KELANTAN,MALAYSIA*
Khemah sudah dipasang dihadapan rumah Nur.Memandangkan lusa harinya adalah majlis kenduri kesyukuran,keluarga Nur dan EXO bertungkus lumus bergotong royong.Nur berehat di tangga rumah.Dikeluarkan lolipop chupa chupsnya lantas membuka pembalut plastiknya dan menghisap.Nur memang suka menghisap lolipop lebih² lagi keluarganya yang buat acuh saja.
"Cik su,nak coklat tu." Haqeem,si anak saudaranya meminta.
"Cik su baru hisap separuh." balas Nur.Dia memang kedekut sedikit namun last² dia juga yang akan kasi seperti yang Mizi lakukan.Meminta,kemudian dia tak bagi last Nur sendiri yang kasi.Senang cerita,jangan minta apa² dari Nur sebelum dia rasa ingin memberi.
"Ala bagilah." Haqeem mula merengek plus memaksa cik sunya untuk memberinya lolipop.Dalam lima² anak saudara Nur {yang tak lama akan bertambah enam),Haqeemlah yang paling cerewet.Hampir saja Nur ingin memberi,satu huluran lolipop yang telah siap dibuka pembalutnya diberi kepada Haqeem.Si kecil itu mengambil dengan matanya yang boleh dikatakan seperti Chan Yeol dan telinga yang capang.HOHOHO...
"Aqeem ambil yang ni ya.Jangan ambil yang bekas orang dah makan." kata Chan Yeol sambil tersenyum mengusap kepala Haqeem.
"Terima kasih abang Chan." ucap Haqeem.Chan Yeol memangku anak saudara Nur.Dimainkan telinga Haqeem yang sama capang sepertinya.
"Awak suka budak eh?"
"Yup,kan awak tengok sendiri dalam realiti show saya dengan Baekhyun."
"Tahu.Dan awak memang sesuai jadi ayah."
"Hahahah,tak ada lah.Semua tu hanyalah refleks.Untung kan awak,ada keluarga besar.Ada anak saudara." nada Chan Yeol seperti cemburu.
"Itu semua rezeki dari Allah,Chan Yeol.Awak patut bersyukur tau." Nur mencubit pipi Chan Yeol sebelum bangun kerana dipanggil oleh kak Huda untuk membeli daun ketumbar dan bahan lain di kedai.
"Nampaknya Chan Yeol sukakan Nur." komen Kai membelah buah tembikai.
"Tapi Nur nak ke kat Chan Yeol tu?" sahut Baekhyun meminum air teh ais yang baru dibuat oleh mak usu Nur.
"Kena tanya dia sendirilah." Sehun melayan anak saudara Nur yang paling sulung iaitu Mikaeal,abang Haqeem bermain game bola sementara di belakang rumah Nur,beberapa ahli keluarga Nur yang lain dan lima orang member EXO sibuk memasak sambil berbual² rancak diselang seli dengan gelak ketawa.
Bersambung.
'''KESIAN SI CHEN.APA PUN TUNGGU LAST BAB FF INI.'''
YOU ARE READING
[C] Exo sesat di kampung?!(ot12)
FantasyExo-l do read Saya cuma tlg publishkn shj. So follow org asal yg buat cerita ni👇 Credit to:Shim_Ra_Hyun [#421 in fantasy] [#464 in fantasy]