Seusai memyudahkan lilitan tudung,Nur menyemburkan perfume di tubuhnya.Luhan meneliti bagaimana Nur memake-upnya sendiri wajahnya.Sungguh dia terpegun kerana Nur seolah telah diajar cara berdandan.
"Kamu nak pergi mana,dik?" tanya kak Huda yang muncul di ambang pintu biliknya.
"Kota Bharu jap." jawab Nur pendek kemudian keluar.
"Tengok apa tu,Luhan?" tegur mak usu Nur yang sedang memakan nasi pagi.
"Nur pandai make up wajah dia." puji Luhan.
"Dia memang dah pandai sejak dia kecil lagi.Along dia yang ajar." sampuk kak Huda,menseterika dresnya.
"Patutlah teliti je tengok."
Nur mengambil Danial,sepupu kecilnya dari riba mak usunya.Diagah si kecil itu.
"Nur,hang pi bandaq jumpa gewe ka?" ni pertanyaan dari suami mak usu yang memang lekat dengan loghat Peraknya dan gemar mengusik Nur,agaknya kalau tak usik si Nur ni memang tak sah.
"Tak ada masa nak cari gewe.Pergi derak je,spending time with buddy." balas Nur acuh.
"Tak yah cari kat bandaq,kat depan ni ja.Pilih yang mana hang suka,nanti senang tak susah pi cari orang len." kata pak usu,menunjukkan EXO di depannya.Chan Yeol tersedak dek kata² pak usu Nur.
"Haah Nur,ambil je yang kat depan ni.Tak pun tu,si Chan.Nampak okay dan serasi dengan Nur." sahut abang ipar Nur.
"Erk~" Nur dan Chan Yeol terdiam.Sekaligus dua *sejoli* itu diusik oleh keluarga Nur membuatkan pipi Nur merona merah padam menahan malu sementara EXO kecuali Chan Yeol tergelak.
Setelah perginya Nur ke Kota Bharu,EXO dan keluarga Nur mula mengemaskan rumah dan menyambung memasak.Kris memanjat tangga besi {yang digunakan oleh Suho untuk mengecat rumah} untuk membersihkan kipas siling.Chan Yeol pula memasang langsir hijau pucuk pisang.Keberadaan EXO dan ketinggian kumpulan itu mengurangkan beban keluarga Nur.Luhan mengambil seketul paha ayam yang telah dimasak dan ditoskan.
"Sedapnya." mata Luhan berbinar merasai ayam itu.
"Ayam yang diperap memanglah sedap.Tak pernah ke buat macam ni?" tanya kak Ani,jiran Nur yang turut serta membantu keluarga Nur sejak semalam.
"Tak pernah.Kami biasa makan daging je tu pun tak perap sampailah Nur bagitahu kalau nak rasa sedap,daging kena perap." Luhan menjawab.
"Haah.Kami beli daging terus bakar je." sampuk Chen yang sedang mengupas bawang bersama kak Mazni,kakak ipar Nur yang sebaya dengan kak Huda.Kai dan Sehun sibuk mengacau gulai kawah bersama abang Nur.D.O mengelap beberapa biji cawan dan pinggan mangkuk yang akan digunakan untuk majlis esok.
"Pukul berapa majlis start esok?" tanya mak long Nur.
"Lepas Zohor macam tu." balas mak usu Nur yang sedang memotong sayur dibantu oleh dua orang sepupu Nur dan Suho.Sementara di dalam rumah pula,Xiumin dan Lay membantu dengan menyapu lantai,mengemop dan menukarkan sarung pada kusyen.
"Chan Yeol,nampaknya keluarga Nur nak kau jadi suaminya." Baekhyun bersuara.Dia baru saja naik ke rumah setelah menyusun kerusi di halaman rumah Nur.
"Betul tu Chan Yeol.Mereka perasan yang kau ni menaruh hati pada si anak dara yang cun melecun putih susu mereka." Xiumin mengiyakan.
"Aku dah call dan minta keluarga aku untuk datang sini.Lagipun gambar Nur aku dah sent kat ibu aku malam tadi." jawab Chan Yeol,namun tangannya lincah memasang langsir.
"Apa kata ibu kau? Dia okay ke?" Kris pula mengutarakan soalan.Dia sudah turun dari tangga setelah selesai membersihkan kipas.
"Okay je.Lagipun dia cakap Nur ni comel.Tak nampak macam usia 20 tahun."
YOU ARE READING
[C] Exo sesat di kampung?!(ot12)
FantasyExo-l do read Saya cuma tlg publishkn shj. So follow org asal yg buat cerita ni👇 Credit to:Shim_Ra_Hyun [#421 in fantasy] [#464 in fantasy]