Selepas makan, kami balik semula ke dalam bilik.
Aku duduk di atas katil. Katil ni best, selesa pulak tuh. Lagi best daripada katil yang ada dalam bilik aku.
"Nak buat apa ni?" Tanyaku.
"Jom lawan catur. Aku tak pernah lawan dengan kau"
"Boleh gak. Jap aku ambil aku punya catur" kataku dan mengambil caturku yang berada di dalam beg.
Kami membuka dan mula berlawan.
+
Ni round last. Round 6. Lagipun dah lewat nak kena tidur. Esok kena bangun awal. Otak tak boleh stress.
Jungkoon dah menang 3 kali, aku 2 kali. Ni round last. Tolonglah bagi aku menang.
Aku memandang buah caturku. Lagi satu step aku menang.
"Aish aku dah kene trap. Kau menang lah Minjung"
"Hehe. So, kita seri 3 markah. Dah tidur jom, esok lawan."
Kami mengemas catur. Aku meletakkan chess set di dalam beg. Aku baring di atas katil.
Aku nampak Jungkook baring di atas sofa. Tiba-tiba aku rasa bersalah. Dah lah pergi pakai kereta appa dia. Aku langsung tak bagi duit.
Ahh dia kan orang kaya.
Aish, tak baik. Mesti sakit belakang bila tidur atas sofa. Dah lah katil ni katil queen.
"Jungkook"
Dia memandang ke arahku.
"Tidur lah sini. Kau tak sakit belakang ke nanti?"
"Takpe, kau tidur lah atas tu"
Halah. Sedih sangat ton suara dia buat tu. Aku hempuk jap lagi. Aku bangun dan berdiri di hadapannya.
"Apa? Tidurlah" katanya.
Aku memegang tangannya dan menariknya daripada sofa tu. Haih berat betul budak ni
"Kau tak payah ngada-ngada. Baring je lah atas katil tu. Kau buat aku rasa bersalah tahu?!" Kataku.
Aku menolaknya ke atas katil.
"Tidur and jangan banyak bunyi"
Aku baring di sebelahnya. Aku memusing membelakangi dia. Gila kau nak hadap dia.
Tak lama lepastu aku rasa dia bangun semula.
"Kau nak buat apa? Baring je lah!"
"Taknak. Kau baring lah"
"Kau ni degil lah!"
Aku menariknya semula dan memeluknya.
"Kau bergerak aku tak nak lepas. Kau ni, serious buat aku rasa bersalah"
"Kau tak rasa ke posisi kita ni. Ermm.. Pelik"
Eh?
╮(╯▽╰)╭
YOU ARE READING
Chess- J.J.K✔
Teen Fiction"Kau tahu, dulu aku tak tahu nak cakap dengan kau ke tak" "Samalah, awkward weh" - Aku dengan dia tak pernah nak cakap. Sampailah satu masa dia tegur aku dulu.. ------------------------------------ Start: 1 December 2017 End: 31 December 2017