Kami semua duduk di tempat yang telah ditetapkan dan menunggu pihak lawan.
Aku nampak Hoseok jalan dan duduk di sebelahku. Ni dah dua kali kami duduk bersebelahan.
"Eh kau lagi"
"Eh kau, kau yang menyebuk kat sini"
Dan kami semua mula bermain.
Semasa bermain, aku perasan Hoseok dan pihak lawannya mempunyai masalah. Aku tak boleh nak ambil perhatian dekat diorang sebab pihak lawanku pandai.
"Weh tengok ni. Tak faham sia budak ni main" Hoseok memanggilku.
"Ha pandai kau lah settle"
Aku malas nak layan dia. Yelah tak nampak ke aku tengah lawan ni?
+
Setelah perlawanan berakhir. Aku berjalan-jalan dan pergi ke tempat pasukan kitorang berkumpul. Seonsaengnim pun ada sekali.
Apasal ni?
"Ni ha Mrs Seo. Minjung nampak tadi masa saya lawan"
Eh? Tetiba aku yang kena ni apasal?
Konflik tadi lah ni kut
Mrs seo datang dekat aku dan cakap
"Lawan dia tadi main tipu ke?"
Aku mengangguk. Ya kan je lah. Malas lah.
Dan apa yang kami nampak, Hoseok menangis. Nak ketawa pulak aku lelaki menangis sebab kalah.
"Apalah menangis" aku mendengar Taerin cakap disebelahku dengan perlahan.
Aku hanya mengangguk tanda setuju dan tersenyum.
Aku dan Taeyoon mendengar bobby mengejek hoseok menangis.
"Weh sedih ah. Nangis jom." Kata bobby
Aku dan Taerin serentak kata
"Tak baik lah!"
Aku perasan kawan hoseok, yang aku tak tahu nama dia tu memandang ke arah aku. Aku terus pusing ke belakang. Apasal aku rasa malu ni? Siapa nama dia?
+
Setelah acara penyampaian hadiah dijalankan. Kami dibenarkan pulang. Malangnya tiada siapa di dalam kumpulan kami mendapat hadiah.
Baru aku sedar markah aku 3 daripada 7. Apasal makin teruk ni?! Yang lepas 3.5 markah.
Kami semua berkumpul dan mendengar apa yang Mrs Seo kata.
"Bulan depan ada tournament lagi" kata Mrs Seo.
"Seonsaengnim! Saya nak masuk! Takde-takde. Saya nak masuk jugak" kataku.
Aku perasan semua memandang kearahku.
Aku hanya buat-buat tidak nampak mereka. Aku dapat rasa muka aku merah.
"Baiklah, saya masukkan nama kamu semua"
Yeay!
╮(╯▽╰)╭
YOU ARE READING
Chess- J.J.K✔
Teen Fiction"Kau tahu, dulu aku tak tahu nak cakap dengan kau ke tak" "Samalah, awkward weh" - Aku dengan dia tak pernah nak cakap. Sampailah satu masa dia tegur aku dulu.. ------------------------------------ Start: 1 December 2017 End: 31 December 2017