Dalam 10 minit, Jungkook sampai. Aku menjemputnya masuk ke dalam bilikku. Aku sempat buat air.
Aku duduk di atas katil dan dia duduk di atas kerusi di dalam bilikku.
"Hah, kau nak aku ajar apa?"
"Sains dengan BI. Dua subjek tu aku teruk"
Hmmm. Nasib baik dua subjek ni aku okay.
Sesi pembelajaran pun bermula. Susah jugak nak ajar si Jungkook ni. Main chess pandai pulak. Bila belajar hmmm agak lambat.
Tapi takpe. Aku boleh lagi nak handle dia ni. Selepas selang 30 minit, kami berehat seketika. Tak boleh belajar straight. Pening kepala otak.
Selepas 3 jam kami belajar Jungkook meminta diri untuk pulang. Aku menghantarnya sampai ke pintu rumah.
"Terima kasih Minjung. Sekarang aku dah faham subjek tu semua. Terima kasih sangat" katanya dan bow kepadaku.
"Tak payah lah sampai macamtu. Kita kongsi ilmu." Kataku.
Jungkook terus balik ke rumah. Aku berjalan memasuki bilikku semula. Aku duduk di meja belajarku.
Aku perasan sesuatu di bawah buku-buku aku. Aku mengambilnya. Duit?! And nota?!
'Thanks. Ni duit'
Jungkook ni! Aku melihat wang tersebut. Ni duit yang aku selitkan dalam kereta diorang haritu. Alahai. Diorang ni kan!
+
Harini exam. Aku bangun dan terus mandi. Aku memakai uniform sekolahku dan turun ke bawah untuk bersarapan.
Harini aku bangun awal! Nak exam lah katakan.
Selepas itu, aku masuk ke dalam kereta dan appaku menghantar ke sekolah. Aku beratur mengikut kelas.
Selepas itu, aku masuk ke kelas dan duduk di meja yang telah ditetapkan.
Selepas beberapa minit, kertas diedarkan dan kami dibenarkan untuk menjawab soalan.
Fuh, susah betul. Tapi takpe. Nasib baik aku dah baca buku. Apalah yang Jungkook jawab ni ek?
Eh? Apasal aku nak kesah pasal dia?
Lantak dia la nak jawab apa. Kawan-kawan aku langsung aku tak fikir. Si Jungkook tu pulak aku fikir.
Tapi tulah, sebelum ni aku ada mimpi pasal Jungkook. Pasal... Eyy tak nak cerita lah! Malu.
Aku rasa aku angau pasal Jungkook ni.
╮(╯▽╰)╭
YOU ARE READING
Chess- J.J.K✔
Teen Fiction"Kau tahu, dulu aku tak tahu nak cakap dengan kau ke tak" "Samalah, awkward weh" - Aku dengan dia tak pernah nak cakap. Sampailah satu masa dia tegur aku dulu.. ------------------------------------ Start: 1 December 2017 End: 31 December 2017