18-

1.2K 128 18
                                    

Selepas beberapa bulan~

"Minjung, awak tahu kan setting jam untuk catur tu?" Kata Mrs Seo kepadaku selepas dia selesai menerangkan mata pelajaran yang diajar.

Aku hanya mengangguk.

"Awak tahu kan hari ni dengan esok ada pertandingan cantur peringkat sekolah lepas waktu sekolah tamat?"

Aku hanya mengangguk lagi.

"Awak tolong jadi judge ya? Awak tak masuk kan?" Tanya Mrs Seo keadaku.

"Boleh. Tak, saya tak masuk pun pertandingan yang ni" kataku.

"Jumpa dekat makmal komputer ya?"

"Ok"

+

Aku berjalan seorang diri ke arah makmal komputer. Kawan aku semua tak boleh teman. Nak balik katanya.

Aku melangkah masuk dan melihat Mrs Seo, dan beberapa orang pelajar yang akan tolong untuk sediakan pertandingan catur. Taerin pun ada juga.

Sementara catur belum bermula. Aku tolong jugaklah apa yang patut. Lepastu, aku setting jam.

Tak lama lepastu sekumpulan budak lelaki masuk.

Jungkook ada. Tetiba muka aku panas. Apasal pulak ni?

Mereka berkumpul bersama Mrs Seo. Mrs seo menerangkan tentang permainan tersebut.

"Baiklah, kamu kene cabut satu nama untuk tahu siapa yang kamu kene lawan. Selepas itu boleh duduk dan Minjung akan pantau awak semua"

Aku memandang Mrs Seo. Apasal dia sebut nama aku. Semua budak lelaki memandang ke arahku. Aku terus mengalihkan pandangan. Malu. Eleh gedik lah kau Minjung nak malu-malu pulak.

"Taerin awak jaga meja kanan, Mirae awak jaga meja kiri. Minjung jaga tengah"

Kami semua hanya mengangguk. Aku berjalan ke meja tengah. Macam kenal.

WEH APASAL JUNGKOOK?

Aku hanya memerhati mereka bermain. Mereka semua berbual ketika bermain catur.

Haih, ni kalau pertandingan betul-betul disqualified jadinya.

Ada sorang budak buat lawak bodoh. Tapi memang menjadi. Aku pun ketawa sedikit.

Sambil-sambil tu aku curi pandangan ke arah Jungkook. Aku berdiri di belakangnya. Tak mampu nak berdepan dengan dia.

Tengok cara dia main menang ni. Come on lah Jungkook kut. Lepastu, baru aku perasan baju rumah sukan kitorang sama. Hehehewww

"Siapalah yang menang ni?" Tanya Mrs Seo.

"Jungkook cikgu! Jungkook!" Aku berkata.

Eh jap? Apabenda aku cakap ni? Mukaku bertukar merah. Aku memandang kebawah. Nasib aku diri kat belakang dia.

╮(╯▽╰)╭

Chess- J.J.K✔Where stories live. Discover now