31-

1.1K 120 11
                                    

"Apa maksud kau pelik?"

"Erm. Macam baru lepas kahwin"

Aku menghempuk kepalanya. Mukaku memerah.

"Apa kau mengarut ni pabo!"

"Ahh, sakit lah! Aku cakap apa yang aku fikir"

"Diam"

Aku melepaskannya dan pusing ke arah bertentangan dengannya.

"Sukahati kau lah nak tidur kat mana. Aku dah tak nak paksa"

Aku mula memejamkan mata. Lantak kau lah Jungkook.

+

'You got the best of me'
'You got the best of me'
'So please just dont leave me'
'You got the best of me'

Aku terbangun dari tidur dan slide ke arah snooze. Biar Jungkook bangun sendiri. Aku mengeliat seketika dan bangun.

Aku mengambil barang-barangku dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selepas beberapa minit. Aku keluar dan duduk di hadapan cermin. Jungkook tak bangun lagi?

Ish budak ni. Aku bangun ke arahnya dan mengejutnya.

"Bangun! Jungkook bangun!"

"5 minit"

"Hotak kau lah. Kau ingat aku ni omma kau ke?! Takde bangun cepat"

"Ahh nantilah"

Eh budak ni. Aku berjalan ke arah bilik air dan menadah air di dalam bekas dan berdiri di sebelah katil.

"Bangun lah"

"Nanti~"

Bush! Aku menyimbah air tepat ke arah mukanya.

"Alang-alang kau mandi sekali atas katil ni!"

"Yah! Minjung! Waeyo?!"

"Apa kau? Pergi mandi lah nanti lambat macam mana?!"

"Eh? Tournament. Ha aku mandi jap" dia bangun dan terus masuk ke dalam bilik air.

Aku kembali duduk di hadapan cermin. Aku menyikat rambut dan mengikat ponytail. Aku memakai sedikit bedak.

'Yolo yolo yolo yo
Yolo yolo yolo yo
Tangjinjaem tangjinjaem tangjinjaem'

Siapa punya bunyi telefon tu? Jungkook kut. Aku mencari arah telefon itu berada.

Mrs Seo.

Oh, angkat je lah.

"Jungkook--

"Tak. Ni Minjung. Waeyo seonsaengnim?"

"Ah. Dalam 10 minit seonsaengnim sampai. Tunggu je kat luar hotel. Esok baru balik daegu."

"Okay"

Baru aku mahu menutup telefon Jungkook, Jungkook keluar dan berkata.

"Kau buat apa dengan telefon aku ha?"

Dia cepat-cepat mengambil telefon di tanganku.

"Tadi Mrs Seo call lah. Aku angkat ah. Dia kata lagi 10 minit sampai. Esok baru kita balik Daegu. Dah jom tunggu kat luar"

Takut sangat aku apa-apa kan phone dia. Mesti ada banyak rahsia.

╮(╯▽╰)╭

Chess- J.J.K✔Where stories live. Discover now