++6

80 5 0
                                    

Author's Pov

Baekhyun terbangun sebaik sahaja dia terdengar bunyi alarm daripada telefon nya.

" Hm.. " Dia mengumam perlahan sambil membuka tubir mata nya perlahan lahan.

Baekhyun tersenyum kecil setelah dia melihat wajah isterinya yang sedang tidur lena di dalam pelukannya. Rambut yang menghalang wajah Yoonha , dia usap perlahan ke belakang telinga isterinya.

Dia menggapai telefon nya terus mengambil gambar Yoonha. Baekhyun mengucup dahi isteri nya itu sebelum dia berjalan keluar daripada bilik.

Dia membuat sandwich untuk sarapan nya dan Yoonha. Yelah, tu je dia pandai buat.. Selama ni, Yoonha yang masakkan makanan untuk mereka.

Sepasang tangan memeluk pinggangnya dari belakang terus dia menutup mata dan tersenyum kecil seperti menikmati waktu indah nya.

" Kenapa awak tak kejutkan saya?Susah susah je awak buat sarapan.." Yoonha mencebik lalu menyandarkan kepala nya di belakang Baekhyun.

" Awak letih kan.. Takkan saya nak paksa awak buat sarapan? " Dia teringatkan Yoonha yang penat bekerja sebagai guru di sekolah dan melakukan tugasnya di rumah sebagai seorang isteri.

" Tapi.. ni tetap tugas--" Yoonha berhenti bercakap apabila terdengar bunyi loceng daripada pintu rumah mereka.

" Sayang, tolong siapkan sandwich ni.. Baek nak tengok siapa datang.." Lantas dia meninggalkan isteri nya di dapur dan berjalan menuju ke pintu.

Dia membuka pintu lalu terkejut melihat wajah seseorang yang dia tak nak jumpa.

" Hyung.. "

Sehun's Pov

" Hyung.." Aku memanggil nya dengan formal untuk kelihatan lebih sopan.

Hyerim aku tinggalkan di rumah omma sebab aku tak suka tengok dia merayu dengan si Byun ni.. Aku tahu aku kurang ajar..

Dia hampir menutup semula pintu namun aku sempat menghalangnya.

" Hyung.. Saya nak minta tolong.. " Aku memegang tangan nya perlahan tanda aku merayu. Namun begitu, dia menarik tangan nya pantas daripada genggaman tangan ku.

" Kau ni lepas rampas bekas calon bini aku, kau minta tolong aku pulak? Haish.. Nasib aku sayang kan Yoonha " Dia menjeling tajam kepada ku terus aku menundukkan kepala ku.

" Baekhyun.. Siapa tu? " Kepala aku diangkat dan terlihat wajah Yoonha yang merenung wajah ku.

" Sehun.." kata Baekhyun dengan dingin.

" Kenapa tak ajak dia masuk? Sejuk kat luar tu.. " Nasibla aku ada kakak sepupu macam dia? Kakak sepupu ke? Aku tak tahu berapa umur Yoonha.. Ah lantaklah ·,·

" Masuklah.." Ya baekhyun jemput aku masuk. Tapi dengan muka tak ikhlas.

"Apa kau nak?" Kata Baekhyun.

"Hyung, Sehun dan Hyerim nak pergi rumah parents Hyerim hari ni." Kataku .

"Jadi? " tanyanya.

"Sehun nak minta hyung teman hehe ." Kataku sambil tersengih .

Aku nak minta dia tolong temankan aku supaya aku ada teman.

"Kau dengan Hyerim ni tak pernah tak menyusahkan aku" Baekhyun mendengus perlahan.

" Bolehlah hyung~ " Aku merayu dan sambil membuat aegyo

" Kenapa peluk -peluk ni.. Jangan cakap yang korang-- " Yoonha yang duduk di sebelah Baekhyun terus menekup mulut nya setelah dia ternampak aku memeluk lengan Baekhyun.

(ON-GOING) FateWhere stories live. Discover now