Yoonha's Pov
Aku terbangun apabila terasa ada benda pelik dekat dahi ku.
" Baek?"
" Oh? Awak dah bangun.. Baguslah." Aku mengerdipkan mata aku berkali-kali. Kabur.. Baekhyun aku pandang.
Dia bantu aku duduk.
" Awak masih pening kepala?" Aku menggeleng.
" Nak makan.." Dia mengangguk. Mangkuk yang ada di atas meja, dia ambil. Aku lihat isinya. Bubur..
" Buka mulut" Baekhyun menghalakan sudu ke mulut aku namun aku enggan. Wajah dia berkerut.
" Tak nak makan ke?" Aku pandang bubur itu dan Baekhyun bersilih-ganti.
" Tak nak bubur.. Saya nak nasi.." Baekhyun mengeluh.
" Awak tu sakit. Jangan degil.. Buka mulut." Dia masih menghalakan sudu kepada aku.
" Tak nak!" Aku menutup muka dengan comforter. Mata aku pejam. Nak tidur..
" Kalau awak tak nak makan, bila nak sembuh? Jangan ngada nak tidur balik.." Comforter tu dia tarik. Aku ambil semula.
" Sejuk.." Aku berkata perlahan cukup untuk Baekhyun dengar. Dia dah mula cucuk pinggang aku.
" Byun Baekhyun! Jangan kacau.. Saya nak tidur." Dia berhenti sekejap. Aku memandang dia. Namun, Baekhyun masih dengan aktiviti cucuk pinggang aku..
" Saya takkan berhenti selagi awak tak makan bubur.. " Aku mengalah. Mangkuk bubur itu dia hulurkan. Aku ambil dan makan sampai setengah mangkuk.
Pening lagi.. Mangkuk tu aku serahkan kepada Baekhyun dan segera ke bilik air.
Bluekk
Bubur yang aku makan tadi keluar balik. Baekhyun berdiri di sebelah aku dan menggosok perlahan belakang aku. Terasa lemah dah badan.
" Dah habis dah? " Aku mengangguk. Dia peluk bahu aku dan mengiringi aku ke katil.
" Makan ubat lepas tu tidur.." Dia menghulurkan aku ubat-ubat yang aku tak tahu ubat apa.
Lepas sahaja aku makan, aku terus masuk tidur.
-
Baekhyun's Pov
Aku memasak bubur untuk Yoonha. Dah 3 hari demam dia tak kebah. Aku nak bawak dia pergi klinik, dia tak nak. Setiap kali aku check suhu dia guna termometer, mesti 38.9°C. Risau aku dibuatnya. Masa dia tidur, mesti dia mengigau cakap 'Maafkan aku,Hyerim.' Entah apa dimimpi dia.. Kalau dia mimpi aku, tak apa la jugak..
" Baekhyun.. Awak buat apa?" Aku menoleh apabila aku terdengar suara yang familiar dengan seseorang.
" Yoonha.. Kenapa awak turun bawah.. Awak lagi demam tu.." Aku dengan segera memeluk bahu nya dan menyuruh dia duduk di kerusi bar.
" Bosan.. em.. Nak makan..?" Aku menghulurkan dia mangkuk yang berisi bubur itu.
"Em..... Apa ni.... Saya nak nasi... Tak nak bubur..." Aku menggeleng. Dia dah merengek macam bayi dah. Comel ja HAHAHA. Telefon aku yang berdering, aku lihat siapa pemanggil nya, omma Yoonha..
" Omma?"
"Kamu berdua dekat mana dah?"
" Dekat rumah la.. Kat mana lagi? "
" Kan omma suruh kamu dua balik sini.. Yoonha call omma haritu cakap yang kamu tak bagi dia makan nasi.. Dia demam ke?"
" Sorry omma.. Baek lupa..Em.. Yoonha demam.. Dah 3 hari dah demam dia tak kebah.." Aku berkata sebegitu dan memandang sekilas Yoonha yang sedang makan bubur.
YOU ARE READING
(ON-GOING) Fate
Fanfiction++ Semua yang berlaku adalah telah ditakdirkan. Kuat kah hubungan mereka untuk menghadapi segala rintangan? Nantikan. Collaborate with :@yehetlicious_ cr : Thanks to @PHANLYN for this cover ❤ WARNING!! Siapa rasa dia innocent jangan baca cerita ni.