++9

55 4 0
                                    

" Semua dah letak dalam kereta?" Seongwoo tu mengganguk.

"Dah cik." Aku dan Hyerim masuk ke dalam kereta.

Sedang sibuk Kuanlin memandu kereta, tiba-tiba Hyerim cakap dia nak berbincang dengan aku. Berbincang tu boleh, tapi takkan lah dekat club.

" Kamu berdua tunggu dekat sini ja, Yoonha jom masuk.."Aku menggeleng. Takut kalau Baekhyun marah.

" Aku masih bawah umur.. Tak boleh masuk.." Kepala aku diketuk. Aku menjeling Hyerim.

" Kau jangan nak mengada.. Dah jom!" Lengan aku dia tarik. Aku hanya menurut.

Masuk jer dalam club tu, aku dah meremang bulu roma. Ada yang tengah kiss dekat depan jamban sana. Ada pelacur tengah menari dekat palang tiang. Ada lelaki dok usya aku. Huish serem gue..

Hyerim suruh aku duduk dekat kerusi bar situ. Katanya dia nak pergi tandas kejap, aku nak ikut tapi dia tak bagi. Tak sampai 5 minit aku duduk dah ada yang pergi sapa aku. Gigolo.. Dia bagi aku air tapi aku biarkan saja. Mesti dia ada bubuh sesuatu dalam tu. Uish

Terdetik hati aku nak call Baekhyun tapi melihat Hyerim dah keluar dari tandas terbatal dah niat.. Gigolo tadi dah pergi tempat lain.

" Kau ni dah ada suami pun nak buat tu dengan gigolo tu ke?" Aku ketuk kepala dia. Cukuplah aku buat tu dengan suami aku, nanti kalau bertukar -tukar, nanti dapat HIV..

" Kau ni tak boleh bengap lagi ke? Gigolo tu yang sibuk jumpa aku. Aku dah cukup bersyukur ada suami yang hensem tengah menunggu kepulangan aku dekat rumah sana." Dia buat mata terbalik.

" Aku nak tanya ni.." Aku mengumam.

" Apa yang Daniel cakap dengan kau haritu?" Aku menoleh. Nak tersedak tadi tapi tak jadi..

" Dia cakap dia nak belikan aku hadiah.." Hyerim merenung aku macam tidak percaya. Aku tak tahu berapa kali dah aku tipu orang ni.

" oh.." Aku melihat Hyerim yang murung tengah bermain dengan gelas kaca tu.

" Sehun mana? Kau tak keluar dengan dia lagi ke?" Dia masih melihat gelas kaca dia tu.

" Dia dah tinggalkan aku.." Aku tahu dah benda ni akan terjadi. Bapa Hyerim tu bukannya suka kalau menantu dia tak kaya. Sama lah dengan bapa aku.

Wine yang dia minta tadi, dia minum. Tanpa aku sedar aku terminum air yang diberi oleh gigolo itu tadi.

Baekhyun's Pov

Aku terbangun dari tidur pukul 230 pagi tapi Yoonha masih belum balik. Ke mana lah si Hyerim tu bawa bini aku.. Risau aku.. Macam lah aku tak tahu yang Hyerim dengan Yoonha tu suka pergi club.

Nombor Yoonha aku dail. Lama aku tunggu, tapi dia tak jawab. Sekali lagi aku call. Tak jawab juga.

Nombor Hyerim pula aku dail. Tak sempat aku nak call, tapi Yoonha dah call aku. Cepat -cepat aku menjawab.

" Yoonha, awak dekat mana?! Kenapa tak balik lagi.." Aku terdengar suara Yoonha bergelak ketawa dengan lelaki. Aku tak berapa nak dengar sebab bunyi yang bising.

Jangan kata yang diorang dekat club?!

" Byun Yoonha! Awak dekat mana?! Jawab sayang..! " Aku terdengar Yoonha mendengus. Mesti dia tak suka aku kacau dia borak.

" Ah? Saya tak tahu saya dekat mana.. " Peluh mula membasahi dahi aku. Takut kalau jadi apa -apa dekat dia.

" Sedarkan diri awak sayang.. Kalau tak boleh, tanya pelayan situ.. " Kunci kereta aku ambil. Segera aku turun dari tangga. Pintu rumah aku hempas. Kereta aku pandu laju. Tak kisah aku ada benda pecah kat rumah tu, yang penting sekarang hanya Yoonha. Aku memakai earphone di telinga.

"Em... Orang tu cakap.. Yoonha dekat dengan Jung's Holding.."Kereta aku berhenti mengejut. Jangan cakap yang dia dekat club yang banyak gigolo dan slut tu..

"Yoonha duduk diam -diam.. Jangan pergi mana -mana..Okay? Kejap lagi Baek sampai." Aku terdengar ada orang berbisik. Yoonha ni tak pandai jaga diri la..

"Tapi.. ada orang nak suruh saya tidur dalam bilik.." Mata aku terbuntang.Cepat -cepat aku tekan pedal minyak.

" Jangan nak mengada tidur situ.. Sekejap lagi saya sampai." Yoonha tidak berkata -kata apa-apa. Aku jadi makin resah.

" Byun Yoonha? Yoonha! Sayang, dengar tak ni?!" Aku terdengar orang tertawa. Ketawa tu tak apa.. Tapi masalahnya, aku dengar Yoonha marah.. Kesian dengan orang yang kena marah tu HAHAAHHA

" Wey! Kau nak buat apa kat aku hah?! Aku dah ada suami lah bodoh! Baek? Datang cepat kalau awak tak nak orang ratah saya"

Aku dah agak. Yoonha dah sedar. Sampai sahaja dekat club tu, aku berlari masuk ke dalam nya. Alangkah terkejut aku melihat begitu ramai pelacur di dalam itu.

" Byun Yoonha! " Aku memanggil nama nya. Bahu aku disentuh aku menoleh.

" Saya lah Yoonha.. Jom main dengan saya.." Slut. Tubuh dia aku tolak sampai dia terjatuh. Aku peduli apa. Aku teruskan mencari Yoonha. Semua pintu bilik aku buka. Tak kisah kalau diorang tengah buat tu.

" Baekhyun! Tolong!" Langkah aku terhenti apabila seseorang menjerit nama ku. Dengan segera, aku membuka pintu itu.

Bammm

"Baek.." Sayu hati aku melihat Yoonha yang sedang nangis teresak-esak. Gigolo itu mengusap pipi Yoonha. Dia membuka tali pinggang nya. Dengan segera aku menarik kolar dia dan menumbuk nya.

Aku melihat wajah gigolo yang agak lebam disebabkan aku. Aku mendekati Yoonha. Baju dia dah terkoyak yang hampir menampakkan pakaian dalam nya. Jaket yang aku pakai, aku letakkan di bahu nya.

" Baek.. Saya takut.." Aku peluk dia perlahan. Baru sahaja dia sembuh, ni trauma pula. Aku cuba menenangkan dirinya. Pelukan dieratkan lagi. Dengan perlahan, dia tertidur. Aku mendukung nya masuk ke dalam kereta. Beg tangan dan segala barang dia yang ada di dalam bilik tadi aku ambil.

Hyerim dah lesap dah. Lantak lah dia nak pergi mana. Dia yang bawa bini aku pergi club. Kereta aku pandu pulang.

Author's Pov

Sehun hanya memandang kosong orang yang sedang menangis memanggil nama nya.

Hyerim

" Sehun kenapa you tinggalkan i?" Esakan Hyerim makin kuat.

" I.. tahu yang Daniel orang yang baik. Mesti dia boleh jaga you." Hyerim mengangkat kepala nya dan menggeleng.

" Kalau dia baik, dia takkan tinggalkan Yoonha.." Mata Sehun membulat tapi hanya sekejap.

" I rasa bukan Daniel yang tinggalkan noona .. Lagipun you yang suruh Yoonha noona kahwin dengan Baekhyun hyung." Hyerim hanya mendiamkan diri nya.

" Sehun.. I sayangkan you.. Kenapa you fade up..hiks.. nak minta restu dari appa?" Sehun memandang wajah Hyerim. Air mata yang mengalir di pipi teman wanita nya itu, Sehun seka.

" I.. nak you bahagia dengan Daniel. Walaupun i.. sayangkan you.. " Air mata Sehun juga mengalir. Berat hati nya dia nak lepaskan Hyerim kepada Daniel.

Secara tiba-tiba, lengan Hyerim ditarik oleh dua orang lelaki.

" Sehun!" dia menjerit.

Akan tetapi, jejaka idaman nya itu langsung tidak berganjak kerana dia tahu yang lelaki yang menarik Hyerim itu ialah, Guanlin dan Seongwoo.

(ON-GOING) FateWhere stories live. Discover now