Aku dan Yoonha menyusul setelah Baekhyun dan Sehun .
Author's Pov
Hyerim dan Yoonha terkejut sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Hyerim.
" Hyerim? Kamu sudah balik? Meh sini.. Yoonha,mari sini.." Ibu Hyerim memanggil anak nya untuk duduk di sebelah nya.
Hanya Yoonha dan Hyerim yang membuka langkah mereka menuju ke ruang tamu terus duduk di sebelah ibu Hyerim.
" Aik?Kenapa tak ajak suami kamu sekali,Yoonha?" Puan Sekyung bersuara perlahan.
" Oh? Baekhyun.. Sini laa, jangan tercegat ja." Yoonha memanggil lembut dengan suaminya. Hyerim juga memanggil Sehun untuk duduk di sebelah nya.
" Sekyung.. Siapa ni? Anak buah awak ke?" Wanita yang duduk berhadapan dengan ibu Hyerim bertanya.Manakala, Puan Sekyung tergelak.
" Macam tahu tahu je.. Ya, ni Kim Yoonha.. Sebelah dia tu, suami dia.. Ha, ni la Hyerim.. Anak saya " Puan Sekyung tersenyum.
Bapa Hyerim duduk tidak jauh daripada Sehun.
" Yang sebelah Hyerim tu pula siapa? " Wanita itu bertanya lagi.
" Ni tem--" Belum sempat Hyerim menghabiskan kata katanya,encik Jung sudah mencelah.
" Dia Oh Sehun, kawan kepada Hyerim" Encik Jung tersenyum kepada Sehun namun Sehun tahu yang dia tidak ikhlas senyum kepada dirinya.
Hyerim memandang Encik Jung dengan wajah yang tidak berpuas hati.
"Hyerim, ni Encik Kang DongHyuk,Puan Kang Seola dan ini Kang Daniel calon suami kamu " Kata Puan Sekyung sambil menunjuk ke arah Keluarga Kang .
"Jadi bila kita nak satukan mereka? " Tanya Encik Kang.
"Saya rasa kita tak payah tergesa-gesa .Mungkin hujung tahun ni? " Jawab Encik Jung.
" Macam mana Daniel? Setuju ? " tanya Encik Kang kepada Daniel yang dari tadi memerhatikan Yoonha.
Dia menoleh kepada bapanya dan mengangguk. Dia kembali memerhatikan Yoonha yang sedang bergelak ketawa dengan suaminya,Baekhyun.
" Omo-nim, boleh tak kalau saya pinjam Yoonha kejap? Ada benda nak cakap.. " Semua menoleh kepada Daniel. Yoonha yang asyik ketawa itu pun terkejut mendengar namanya disebut.
" Nama bakal isteri kamu, Hyerim sayang.." Daniel tersenyum.
" Ya saya tahu.. Tapi saya nak jumpa Yoonha boleh kan? " Daniel melihat ke arah Baekhyun yang sudah merah muka nya menahan amarah.
Lantas, dia berdiri dan menarik lengan Yoonha. Gadis itu sempat menoleh ke arah Baekhyun seperti meminta pertolongan.
Yoonha's Pov
Aku merentap tangan ku dengan kasar apabila aku sudah berada di luar rumah.
" Apa yang awak nak hah ?! " Daniel masih setia dengan senyuman di bibirnya.
" Aku nak kau.. Kenapa.. kau tinggalkan aku? " Dia merenung dalam mata ku.
" Saya sudah ada suami Daniel, please jangan kacau hidup saya.. " Suara aku makin perlahan.
" Tapi saya sayangkan awak.. " Dia mendekati aku dengan berjalan perlahan. Badan ku telah bertemu dengan dinding.
'Mana aku nak lari..' desis aku perlahan.
" Kau dah tinggalkan aku.. Kau ingat kau dapat lari ke?! " Daniel menumbuk dinding yang berhampiran dengan ku. Aku cuba untuk tidak menjerit sebab aku tak nak orang di dalam rumah terdengar.
YOU ARE READING
(ON-GOING) Fate
Fanfiction++ Semua yang berlaku adalah telah ditakdirkan. Kuat kah hubungan mereka untuk menghadapi segala rintangan? Nantikan. Collaborate with :@yehetlicious_ cr : Thanks to @PHANLYN for this cover ❤ WARNING!! Siapa rasa dia innocent jangan baca cerita ni.