Aku pelajar sekolah agama.Haa..tak payah nak pikir aku baik sangat la bila dengar aku budak sekolah agama. Meh aku perkenalkan hierarki sekolah aku.
BUDAK HOT - Biasanya pelajar Form 4 & Form 5 yang stok muka jantan\muka kpop
-Pemain ragbi yang sado & hensemBUDAK SUAM- Pelajar Form 5 yang selalu naik pentas sebab kecemerlangan akademik
- Ketua Pengawas (Ya,dia bukan budak hot.Serius)BUDAK SEJUK- Selain daripada yang disebut di atas
- Orang tak kenalDan,aku-dengan fizikal yang gemuk dan rendah- berada dalam golongan BUDAK SEJUK. Tak ada siapa kenal aku. Okay,stop pasal hierarki ni semua. Karut je. Allah cipta semua hina,hanya hamba. Acececey..
Sekarang,aku tengah lepak kat asrama. Dengar MP3. Lagu yang mendayu buatkan aku tertidur.
"Han! Han! Bangun! Kita ada camp lagi 10 minit!"
Yaaa...tu suara petir si Naemah. Kurus. Pendek. Tu dia. Aku terus bangun bila dengar suara dia.
Ah! Aku terlupa harini mula camp form 3! Kem yang aku tak tau fungsinya bermula harini,Jumaat, sampai Ahad. Lagi merisaukan,fasi kitorang ialah Form 4! Macam la aku tak tau,ketua fasi yang kureng tu memang dengki dengan aku. Nama dia Fahmi,dia jiran rumah aku.Ya Allah..
"Kau pegi dulu,Naemah.Nanti aku follow!" aku bagi arahan ala-ala macam dalam movie gituuu. Naemah pun acah-acah macam heroin nak mati jatuh bangunan,muka tahan sakit, menerima arahan aku dan blah.
Aku bangun dari katil laju-laju. KETEKANG! Kepala aku terhantuk katil atas (Katil kat sekolah aku double-decker). Terlepas jerit aku. Marah dengan ketidaksedaran diri sendiri. Lagi rasa nak marah,bila aku tengok tilam aku ada tompok merah. Apsal waktu-waktu macam ni 'dia' keluar!! Ughh...Aku kena tukar baju dan pakai 'perisai'.
Aku dah terlewat 15 minit! Alamak!! Aku lari cepat-cepat pergi dewan.Aku guna pintu belakang. Aku masuk barisan senyap-senyap supaya budak-budak batch aku tak nampak aku sebab diorang pandang depan. Tapi...fasi boleh nampak aku sebab diorang menghadap kitorang.
Aku cepat-cepat duduk.Aku usha je depan. Kesemua 10 fasi perempuan dah ada. Tapi fasi lelaki...2 je yang ada,lagi 8 fasi lelaki,haram tak nampak. NAMUN BEGITU! 2 fasi laki tu yang merisaukan aku!! Salah seorang fasi-macam aku cakap tadi- si Fahmi tu. Lagi seorang tu...tak kenal sangat la. Rasanya nama dia Affuan.Muka innocent,mulut jaga tutur kata. Dia ni golongan BUDAK SUAM kot,oh ya...ramai gak budak batch aku minat dia.
Affuan pakai sweater,yang bagi aku, agak hipster. Aku usha sweater dia lama-lama sebab lawa. Hahaha. Tiba-tiba...
"Hani Nur Adhiya!"
Ah sudah. Si pendengki a.k.a Fahmi dah seru aku dah tu. Dia ni...tak lain tak bukan nak pekena aku la tu. "Datang depan,now!" Eh dia ni,acah speaking lak. Aku slow-mo pegi depan.Time aku on the way ke depan,akak-akak fasi keluar dari dewan (maybe nak prepare game).Aku berdiri sebelah Fahmi...tak de la sebelah sangat,dalam 2 meter jugak ah jarak antara aku dengan Fahmi. Aku pandang budak perempuan batch aku. Apsal muka diorang semua macam nak beritahu sesuatu?More to muka cuak.
Muka budak lelaki pun,muka diorang agak blur dan hmmm....macam baru lepas nampak benda yang sangat dahsyat. Apahal dowh? Takkan la diorang buat muka macam tu hanya sebab aku datang lambat?
"Kenapa lambat?" soal Fahmi,acah nada psiko,cakap guna mikrofon. Aku mencebik,geram aku dengan si Fahmi. Sejak aku berjiran dengan dia kat Ipoh nun dua tiga tahun lepas,dia suka kacau aku! Bila aku meronda naik basikal,lalu depan rumah dia,dia akan jerit "Hoi budak gemuk! Kayuh-kayuh lagi lebar punggung la!". Ughhh....Perangai macam tak ada tamadun.
Aku diam,malas nak jawab. "Jawab!" dia gertak,bergema suara dia satu dewan sebab jerit kat mikrofon. Aku mengeluh,lalu aku jawab "Tidur tadi.." takkan la aku nak jawab aku lambat sebab tukar baju yang kena darah? Malu la!
"Pumping 30 kali sekarang! Depan semua orang!" arah Fahmi,dia tersenyum sinis pada aku. Mak aii...kwanghaja betul mamat pendengki ni. Gila ke nak pumping depan laki? Aku tenung dalam-dalam anak mata Fahmi,macam buat telepati.Aku ketap gigi. Si pendengki ni memang mintak aku baca 30 juzuk Al-Quran la kasi dia insaf!
Aku baru nak start pumping,tiba-tiba Affuan datang dekat kitorang dua (tadi dia kat belakang kitorang, kat pentas). "Tak payah pumping" Affuan kata kat aku. Aku nak pusing pandang dia,tapi dia halang. "J..Jangan pusing. Kau hadap depan je. Aku warning ni...." Affuan bersuara tegas,tiba-tiba dia bukak sweater,panas kot.
"Apsal taknak bagi dia pumping? Dia dah lambat,kan!" Fahmi jeling aku,mikrofon dijauhkan dari mulut. Affuan buat tak heran apa yang Fahmi cakap,dia hulur sweater dia pada aku. Aik? Aku tak sambut sweater tu sebab blur.
"Guna sweater ni,tutup belakang." Arahnya,nadanya tegas dalam suara yang lembut. "Hoi,kau buat apa ni?" Fahmi separuh menjerit. Affuan dekatkan diri dengan Fahmi,tangan dia still hulur sweater pada aku.
Affuan bisik pada Fahmi. "Dia bo...." Affuan agak serba-salah nak sebut. Aku picingkan telinga,nak dengar. "Dia bocor.." Zasssss! Hati aku tersentap dengar apa yang Affuan baru sebut. Aku sambar sweater Affuan. Terus lilit kat pinggang,aku mula tak tentu arah. Budak-budak batch aku yang dari tadi hairan aku tak pumping dari tadi makin hairan bila aku tiba-tiba lilit sweater kat pinggang.
"Kau stay sini." Affuan arah pada aku,lalu keluar dari dewan. Dua tiga saat lepas tu,dia bawak masuk Kak Mila. Kak Mila datang,terus pegang tangan aku and heret aku keluar (dia tak de la heret actually just tarik tangan aku.Kak Mila ni jenis yang santun kot,tak de nak heret orang macam gangster). Sepanjang heret aku tu,muka dia tenang je (acah-acah muka bidadari gituu).
Masa kat luar dewan,aku dengar Affuan cakap kat mikrofon.. "Tolong abaikan apa yang korang nampak tu. Dan,tolong jangan mention kat luar. Habis kat sini je. Tu aib."
Aduhai malunya!
YOU ARE READING
MY SECRET DIARY (COMPLETED✔✔)
RomanceNama aku Han. Aku sekolah asrama agama (which you guys doesn't give a damn care). And aku ada sorang crush. Nama dia Affuan. Hensem? Mestilah. Kalau tak, kenapa aku nak minat dia, kan? I can so-called him as Mr.Perfect. Affuan ni senior aku and such...