SYAITAN

7.2K 229 18
                                    

Aku bukak mata dengan berat. Aku dapat lihat di sekeliling aku ialah akak fasi dan kawan-kawan pompuan batch aku. Aku tengok jam tangan aku,dah pukul 4 pagi. "Alhamdulillah,kamu dah sedar." Ucap Kak Mila kat sebelah aku.

Aku duduk,badan aku sengal. Aku pandang sekeliling,semua muka risau. "Ada benda tumpang badan saya ye kak?" soalku. Muka Kak Mila terkedu dengar soalan aku. Perlahan-lahan dia angguk,lalu dia tanya "macam mana kamu tau?"

Aku tak jawab. Aku pandang melalui celah-celah kaki budak pompuan. Aku nampak Affuan,sedang dikelilingi ramai budak lelaki,macam aku. Affuan tersandar kat dinding. Mata aku membulat bila menyedari kepala dia berdarah! Baju bahagian lengan dan seluarnya disinsing menampakkan lebam dan luka-luka di tubuh dia.

Aku bangun. Budak pompuan batch aku macam nak papah aku tapi aku tolak. Eh,tolong sikit eh,aku kuat kayh. Dengan badan debab macam ni,takde nya nak jelan kena papah bagai.Aku mintak Kak Mila teman aku jumpa Affuan (Kak Mila sepupu Affuan tau,okay bye)

Aku menghampiri Affuan. Semua lelaki yang mengelilingi Affuan bagi ruang untuk aku jumpa Affuan. Affuan nampak aku dan cuba bangun tapi cepat-cepat aku tegah. Aku duduk bersila menghadap Affuan lalu aku tundukkan kepala. "Mintak maaf..." soalku. "Kenapa?" soal Affuan,mulut pecah pun nak tanya lagi.

"Kau lawan benda tu kan?" tekaku,main terjah je. Affuan pandang aku. Dia angguk dan senyum. "Hani.. ni rakaman kejadian tadi..." hulur seorang fasi. Aku sambut kamera tu. Waaaa!! Sumpah dahsyat! Syaitan ni memang dah melampau!

Video tu menunjukkan,aku sendiri yang berlawan dengan Affuan. Ada satu kuasa yang macam menampar dan mencederakan Affuan. Ustaz Najmi (warden bertugas malam tu) tiba di tempat kejadian, dan mula berlawan dengan aku. Lama-kelamaan,keadaan mula tenang.

Night walk telah dibatalkan kerana hal mistik ini.

Aku terkedu. "Aku min..mintak maaf..." aku sebak,lalu tunduk kepala lagi

---

Waktu tu aku baru darjah 6. Ada aktiviti family day kat Teluk Batik.

Aku masih ingat betapa kotornya pantai masa tu. Sampah banyak gila,bangla Nepal semua mandi di tempat yang sama. Eeeii...

Aku ambik result untuk taknak mandi. Tak hendak aku mandi kat situ. Jadi,aku just gali-gali pasir pastu tanam kaki. Sekali tu,aku tengah gali,aku terjumpa botol kaca yang dililit kain kuning. Aku bukak penutup botol tu.

Tiba-tiba aku dibawa ke suatu tempat yang gelap,kosong,takde apa. "Hani..." suatu suara garau menyapa aku. Mak aii,tak pernah aku dengar suara bergaung dan HD gituuu. "Sape tu?" soalku. Tak nampak apa. Gelap.

"Mahukah kau,aku menjadi penjagamu?" soal suara yang entah dari mana itu. "Haa?" aku blur. "Aku akan menjagamu. Tiada siapa akan mengganggumu." Ujar suara itu,bagaikan memberi sebuah jaminan. Diri aku yang naif ketika itu hanya menerima offer tersebut.

Aku tak tau,aku telah memeterai sebuah perjanjian dengan syaitan.

MY SECRET DIARY (COMPLETED✔✔)Where stories live. Discover now