POKOK

6.8K 255 32
                                    

Kembali semula ke masa kini

"Kau bela saka ke?" lancang je Fahmi tanya. Aku tersentak. Rasa nak marah pulak dengar soalan dia tu,tapi,macam betul apa yang Fahmi kata tu. Saka? Mungkin. Aku pun tak tau nak respons macam mana. Masa ni jugak, aku mula dengar bisikan gossip-gosip ahli neraka kat belakang yang menerima spekulasi bahawa aku ada saka.

Aku malu. Aku cepat-cepat beredar dari situ lalu ke bukit di tepi dewan. Aku duduk dalam keadaan memeluk lutut. Aku sembamkan muka ke lutut. No,aku tak nangis. Just rasa mereng kejap lepas badan kena 'tumpang'. Aku perlukan masa sebelum boleh socialize balik.

---

Okey,dah tiga bulan dah kejadian tu. Sepanjang tiga bulan tu,memang cerita pasal aku kena rasuk dan berlawan dengan Affuan dah tersebar ke seluruh sekolah. Aku memang elak nak tembung dengan Affuan. Rasa malu dan bersalah.

So,cuti dua minggu dah tiba! Walaupun rumah aku dekat je,kat Ipoh,sejam je perjalanan dari sekolah, tapi aku masih excited macam beruk dapat chicken chop. Setibanya kaki aku ke halaman rumah,aku terus tukar baju (malas aku nak mandi) pastu keluar balik dan kacau ayam jiran aku. Haha...ya ni rutin aku tiap kali aku ada kat rumah.

Bila bosan kacau ayam,aku akan kayuh basikal,meronda kawasan perumahan aku. Aku selalu elak untuk lalu lorong rumah Fahmi. Dia tu tak habis-habis nak mengutuk dan menyusahkan aku!

Pukul 7 pulak,aku akan balik rumah balik. Haa...waktu ni barulah aku mandi. Selesai mandi,aku akan solat maghrib. Then,barulah aku layan drama kat TV. Senang dah solat dulu,takde la aku terkejar-kejar,kan?

Pagi keesokannya,aku bawak basikal lagi sekali keliling taman. Aku suka udara pagi-pagi gini. Maklumlah pukul 7 baru,tak banyak karbon dioksida lagi yang mencemar udara. Sekali lagi,aku ulang aku elak melalui lorong rumah Fahmi.

Meow...meow...meow...

Aku brek basikal secara mengejut. Aku dengar bunyi kucing. Aku turun dari basikal,aku sorong ke tepi jalan,pastu pasang tongkat. Aku cari kucing yang menjadi punca bunyi yang aku dengar tadi. Aku cari dalam longkang. Takde. Aku pandang atas pokok,ya ada!

"Yow kucing,kau buat apa kat atas tu?" soal aku pada kucing tu. Kucing tu mengiau pada aku. "Kau nak turun ke kucing oii? Hmm..jap,aku ambik kau." Aku senyum pada kucing tu.

Pokok tu berketinggian 2.5 meter,dalam anggaran aku. Aku nekad (acececey) untuk panjat pokok tu dan amik kucing tu! Aku panjat slow-slow. Nasib baik banyak dahan,senang aku paut dan panjat macam naik tangga. Jangan fikir budak debab macam aku tak boleh panjat pokok!

Bila aku dah sampai kat kucing tu,aku ambik dia and belai. Aku duduk kejap kat satu dahan,hilangkan lelah sambil usap-usap kucing tu. Tiba-tiba,aku dengar macam ada orang duduk kat bawah pokok. Daun sangat rimbun,so aku tak nampak siapa kat bawah. Aku try jenguk.

Kreaakkk...

Oh no.Aku rasa dahan ni tak dapat tampung berat aku!

GECEBAH!!

Aku jatuh dengan kelajuan umpama cahaya.Aku tutup mata. Aik? Tak sakit pun jatuh pokok. Tanah pun rasa lembut je. Aku bukak mata. Fuh! Kucing selamat ada dalam dakapan aku. Tapi,aku...dalam dakapan Affuan!!

Aku cepat-cepat bangun. Aku letak kucing kat tepi. "Aff...Affuan?! Macam mana kau boleh ada kat Ipoh? Bukan kau dok kat Taiping ke?" soalku. Affuan mengerang halus,muka dia cemberut betul tahan sakit. Awat dia sakit sangat. Oh,right!! Aku lupa,kan dia luka teruk lepas lawan dengan 'aku' haritu!! Mesti sakit dia bertambah sebab aku hempap tadi!

"Ya Allah...Affuan....Maaf sangat-sangat!" Aku tunduk dua tiga kali. "Uhh..tak payah mintak maaf..." Affuan bangun dengan payah. "Sakit sikit je...uhh.." Affuan terkelip-kelip mata tahan sakit. "Aku tumpang rumah Fahmi. Dekat sikit nak balik." Affuan jawab soalan aku tadi.

Aku cuma diam tengok dia terbongkok-bongkok sikit sepanjang bercakap. Tapi,muka dia masih tersenyum,muka innocent macam malaikat! Aii...bersalah seyyhh!

"Oh ya...alang-alang kau ada kat sini..." Affuan seluk poket dia. Aku tertunggu-tunggu apa yang akan dia tunjukkan. "...nah." Sekeping businesscard dihulur kepada aku.Aku sambut lalu segera aku baca.

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'

Aku pandang muka dia,tak faham motif dia bagi kad tu. "Kau ada sesuatu yang menumpang badan kau. Aku sarankan kau datang pusat rawatan islam ni. Kat situ,diorang boleh bantu kau. Kos pun tak berapa mahal. Lokasi pusat rawatan ni pun tak lah jauh dari rumah kau." Terang Affuan panjang lebar,umpama faham yang aku sedang blur diberi kad tersebut.

"Terima kasih la rekomen" ucapku,lalu aku letak kad tu dalam poket. "Oh takpe. Abi aku yang mintak sampaikan pada kau." Jawabnya. "Siapa abi kau? Aku kenal tak?" soalku. "Oh,mesti la kau kenal. Ustaz Najmi." dan aku melopong mendengar jawapan Affuan

MY SECRET DIARY (COMPLETED✔✔)Where stories live. Discover now