Aku bukak mata. Aku pandang sekeliling. Bilik rawatan? Ya,aku tau tu bilik rawatan. Tak payah nak jadi acah sangat macam heroin dalam mana-mana filem gedik2 tanya 'I dekat mana ni?' bila baru tersedar. Noob nya lahai tanya kat mana. Dah terang-terang dalam scene tu dia kat hospital.
Okay,berbalik kepada cerita aku. Aku tengok sekeliling. Takde sape. Eh jap? Aku ada kat sini kenapa? Pengsan? Sebab apa aku pengsan? Siapa bawak aku ke sini? Berapa lama aku kat sini? Hmmm....
Aku tengok jam,dah pukul 8 malam. Huh? Kejapnya aku pengsan. Aku bangun,mula keluar daripada bilik rawatan tu. Langkah aku terhenti bila teringatkan diari aku. Mana eh? Aku cari bawah tilam dengan bantal. Takdak.
Aku terpaksa lupakan pasal diari tu for this time being. Aku melangkah keluar dari bilik rawatan dan menyusun langkah ke dewan. Aku perbetulkan tudung labuh aku,nak bagi nampak macam takde apa jadi pada aku. Bila sampai dewan,semua orang dah buat bulatan dalam group masing-masing. Aku berjalan (takkan terbang pulak,kan? Okay hambar,abaikan) ke bulatan group aku.
Sepanjang aktiviti dalam bulatan tu,aku sedar je Affuan curi-curi tengok aku (eeii perasan la kau ni Han!). Aktiviti malam itu ialah pikir cheers group. Sumpah aku benci buat cheers,macam budak-budak. Kalau gempak takpe jugak. And,aku benci bila nampak group lain dah mula practice cheers padahal group kitorang masih terkial-kial nak fikir ayat.
At last,group kami antara golongan group yang kalah cheers. Hahaha...penat aku buat bersungguh tadi.
Akhirnya,pada pukul (memang la pukul takkan tampar pulak en? Eh,hambar lagi.Abaikan) sepuluh malam kami semua bersurai. Aku jalan dengan Naemah untuk balik asrama. "Jap wei,aku nk gi toilet" pastu Naemah blah. Aku tunggu la kat luar tandas macam tugu Negara.
"Hani." Tiba-tiba aku dengar suara orang tegur. Aku pusing belakang. Korang boleh teka punya siapa yang tegur aku ni. Yup,si Affuan. "Kenapa panggil aku? Semua orang dah balik asrama. Kau balik la." Aku cuba buat nada tak mesra.
Here,some information about my school. Kalau kau nak bercakap dengan senior yang berlainan jantina dengan kau,dilarang gelar 'akak' atau 'abang'. Macam aku dengan Affuan sekarang ni,aku tak panggil pun dia abang. Kalau Affuan dengan senior perempuan pulak,dia tak boleh panggil 'akak'. Faham? Alah,benda simple, adik aku pon paham.
"Aku nak bagi ni" Affuan hulur diari aku. Ewah ewah...asyik-asyik diari aku ada kat dia je ni. Aku cepat-cepat ambik. "Macam mana ada kat kau?" soalku. Dalam hati,aku kata,bagus jugak si Naemah lama-lama dalam tandas,boleh aku sembang dengan Affuan ni...hihihih. Eh,apsal aku suka pulak ni?! Han, gatal nya kau ni!!
"Kau kan langgar van semalam? So,diari tu tercicir. Aku simpankan." Balas Affuan,muka tenang je macam bakal ahli syurga tingkat ke ketujuh gituuu.
Oh...aku langgar van..
"WHAT?! Aku langgar van!!" aku terkejut,mata dah bulat macam bola golf. Affuan angguk. Aku dah runsing, ya aku tau aku spesies berbadan BESAR,tapi aku langgar van?!
"Eh,bukan van ke yang langgar aku?" aku still nk pertikai. "Kan kau lari dari aku tadi. Kau lari tak tengok depan,pastu kau main terjah je langgar van tu.Padahal van tu elok je terletak kat situ." Affuan cerita secara ringkas,nada dia macam mengutuk pun ada. Sepanjang dia cerita,dia gosok-gosok lengan macam rasa bersalah nak cerita.
Lepas dengar penjelasan Affuan,aku tak dapat tahan muka aku daripada menayangkan reaksi terkejut. "And...aku nak jumpa kau ni sebab nak mintak maaf." Sambungnya tiba-tiba. Muka aku yang terkejut tadi dah jadi blur.
"Sebab apa nak mintak maaf? Kalau pasal kau baca diari tu,aku maafkan. Bukan ada apa-apa rahsia pun dalam diari tu." Aku jawab. "Eh,tak! Kalau pasal diari tu,kau taknak maafkan aku pun takpe!" Affuan mengacung tangan dia ke depan,dan geleng-geleng.
"Habis tu kenapa?" soalku. "Ermm...kan kau pengsan...aku yang angkat kau ke bilik rawatan" jawab Affuan,muka dia blushing sikit. AKu terkedu dengar pernyataan dia tu.
YA ALLAHHHH!!
YOU ARE READING
MY SECRET DIARY (COMPLETED✔✔)
RomanceNama aku Han. Aku sekolah asrama agama (which you guys doesn't give a damn care). And aku ada sorang crush. Nama dia Affuan. Hensem? Mestilah. Kalau tak, kenapa aku nak minat dia, kan? I can so-called him as Mr.Perfect. Affuan ni senior aku and such...