BAKERI

6.1K 216 15
                                    

Pelik. Wakil syarikat tu mintak jumpa kat bakeri. Apsal bukan kat ofis. Temuduga kerja kot,takkan jumpa kat bakeri je? So,mengikut e-mail yang dia bagi,dia kata nak jumpa pukul 3.30 petang. Jadi,aku dah tercongok kat bakeri tu pada pukul 3.20 petang.

Wahhh...bau roti kat sini sangat menggoda...tak boleh jadi ni,aku kena beli! Aku pun usha la apa yang ada dalam display glass. Ya Rabbi...Banyak gila pilihan! Strawberry-cheesecake, pineapple oreo-cake, blueberry-mango cupcake, melting-butter chocolate cake dan macam-macam lagi yang naik tergeliat lidah aku nak menyebutnya. Haa...memang sedap, tapi harga pun sedap jugak.

Tak kisah ah,sekali-sekala beli apa salahnya,ye dak? Lepas bayar,aku pun nak balik ke tempat duduk. "Ni Hani Nur Adhiya ke?" ada orang tegur aku dari belakang. Aku dengan terujanya pergi pusing. "Affuan?!"

Aku yang tengah pusing,sambil pegang kek,tambah terkejut nampak Affuan (okay plus kasut tumit aku) terus tak seimbang and... GEDEBUK!

Aku jatuh macam cempedak. Tu dah malu dah,lagi malu,aku tersembam atas kek yang aku pegang tadi! Aku boleh rasa ada kek dalam hidung aku! Eeuuuwww..

Muka aku penuh kek! Aku try bangun,sebelah kasut aku tumit dia patah,aku tak seimbang waktu bangun tu. Hampir-hampir aku nak jatuh buat kali yang kedua,Affuan sambar lengan aku. Tapi,aku ni gedik,aku lepaskan lengan aku dari genggaman Affuan,aku paut pada kerusi. Masa aku nak try berdiri semula...

ZRAPPPP!!!

"Kau pijak kain aku!!" aku jerit sekuat hati. Gila. Kain layer yang aku pakai,dah terkoyak kat bahagian peha. Aku try tutup guna tangan.

Okey,sekarang,korang bayangkan keadaan aku waktu tu. Muka penuh kek,kasut sebelah tumit patah, kain koyak nampak peha, tudung dah macam belacan. Amacam? Buruk kan? Orang sekeliling memang dah perhati aku. Affuan hulur tisu pada aku. Aku terus sambar dan lap muka. Eeeii melekit! "Ermm..nah" Affuan bagi sweater yang dia pakai,pada aku. Eh dia ni,asyik bagi sweater je kat aku,cer bagi lolipop ke coklat ke.

Ah,tak kira la. Aku ambik sweater lilit kat pinggang. Sweater ni besar (saiz badan lelaki) so dapat la tutup peha aku. "Emm...terima kasih." Haa bila muka dah elok sikit ni,baru boleh pandang Affuan. Muka Affuan masih macam dulu,sama. Cuma lebih matang. Apa yang masih sama? Muka malaikat dia tu la!

Aku tanggal kasut tumit aku tu. Barai. Lepas ni,sumpah aku pakai but getah pua chu kang je!

"Cik Hani Nur Adhiya?" Eh,ada orang panggil! Aku pusing,kali ni tak gelojoh sangat,takut bedebuk jatuh lagi. Aku terkejut melihat siapa yang panggil aku tu.

Tu la orang yang akan temuduga aku! Astaga apa aku nak buat ni!

MY SECRET DIARY (COMPLETED✔✔)Where stories live. Discover now