BYT|5

8.3K 429 5
                                    

Dhia Hazatul

Sejurus keluar dari dewan kuliah aku ke kafe. Buku-buku aku hempaskan ke atas meja kafe. Mujur sahaja tak berapa ramai student or lecturer waktu macam ni. Hati aku panas. Berapi jugaklah sebab kena tegur dengan lecturer kerana tak fokus dalam class tadi. Mana tidaknya, aku risau pasal rumah sewa. Dah ramai kawan-kawan sekuliah dah tutur semua cakap rumah sewa diorang dah full. 

So,aku nak berteduh dekat mana sekarang ni hun? Dah lah sampai hujung bulan jer. Ingat senang ker nak cari bilik sewa sekarang. Masalah betullah.

Aku duduk dengan malas di kerusi itu. Mata meliar tanpa arah tuju.

"Babe, kau dah kenapa ni? Tak kan sekali kena tegur dah sentap kut---" sindiran dari Qas aku buat pekak. Lelaki berambut dirty blonde itu hanya menyengih sambil melabuhkan duduk di hujung meja. Ada kerusi meja juga yang dicari.

Aku jelingnya sekilas. Sudahlah aku ditimpa masalah boleh pula dia nak tambah amarahku tika ini.

"Weyh,apa ni moody jer-- ala, aku ajak kau duduk appartment aku tak nak--- aku dah offer baik punya.."

Jariku mengetuk-ngetuk permukaan meja. Dalam cuba menahan amarah dengan berNafas dengan tenang. T.e.n.a.n.g.

"Qasif Aeman---- jangan nak menambah rasa geram aku boleh?" Senyuman sinis lagikan tak sudi aku hadiahkan padanya. 

Qas sengih. Lantas dia bangun dari meja dan berdiri di hadapan aku.
"Or----kau stay dekat rumah aunty aku..nak? Aku boleh slow talk dengan dia.."  tuturnya .

"Tak payahlah..apa pulak aunty kau kata nanti. " Mata aku tunduk melirik lecture note. Beban terasa di dadaku. Masalah asyik timbul sahaja. Kenapa malang sangat hidup aku-

"Then.. tak kan kau nak tidur bawah jambatan or masjid kut? " luahnya tidak puas hati. Masih berusaha memujukku. Aku hanya senyum melihat satu-satunya kawan baik aku ni. Dia orang pertama yang tegur aku masa  minggu orientasi pelajar baru.

"Aku cari jalan lain.. " balasku sambil balas pandangannya.

"Degil kau ni--"

Daniel Kelvin

"---- mummy cakap apa ni?" Dengan perasaan sebal aku melintasi tubuh mummy yang berdiri di hadapan ruang tamu.

Saat kaki aku daki anak tangga pertama ,lenganku sudah ditahan.

"----dengar dulu cakap mummy --" serentak itu lenganku ibu lepas.

Aku dengus kasar lantas mata ku liarkan ke sekitar rumah. Lengang sahaja.

"Puan Sri mana?" Soalku pada mummy. Ku lihat mummy hanya menjungkit bahu.

"----ada perjumpaan persatuan , nanti baliklah tu. Tapi yang itu tak penting----"

Aku mengeluh berat. Kedua tangan aku muatkan ke dalam poket seluar.

"-----yang penting..Dhia Hazatul. "

Sebelah tanganku keluarkan dari poket lantas ku urut  batang hidungku. Lelah.

"Kenapa dengan perempuan tu? " malas nada suaraku membuatkan mummy hantar jelingan maut.

"---Niel kena pujuk Dhia Hazatul untuk stay dalam rumah ni..."

"Why me?" Tubuh aku palingkan dari mummy lantas aku sambung daki anak tangga kembali. Mummy mengejar dari belakang.

"Niel!! Niel dengar lah dulu.." rayuan mummy ku biar tak endah.

"Daniel Kelvin!!" Laungan mummy bergegar di seluruh rumah membuatkan aku makin mempercepatkan langkah ke bilik tidurku.

The Survival✔Where stories live. Discover now