Dhia Hazatul
Aku labuhkan punggung di sofa panjang. Lenguh belakang bila seharian di dalam kereta. Nenda sudah mengambil tempat di hadapanku. Luggage milikku sudah diangkut oleh maid-maid di rumah agam ini.
"---Dhia umur berapa dah sekarang?"
"23 tahun---" mata aku lirik pada nenda. Kekok masih bersisa. Lantas ku lirik PA nenda yang merenung aku tajam sebelum senyuman nipis dia lemparkan saat mata kami bertaut.
"---nenda tahu,this is a bit awkward for you, but trust me..nenda happy sangat dapat jumpa kamu---dah lama nenda cari kamu" satu persatu tutur nenda dengan pandangan mata penuh kasih.
"----urm,nen-da, bukan nak bermaksud untuk ---kecilkan hati nenda,but----ini terlalu canggung buat saya." Balasku lemah,berhati-hati takut menyakiti hati wanita yang baru kutemukan itu.
Nenda menggangguk faham. Senyumannya tidak pudar dari wajahnya. "----ouh,perkenalkan ini---" tangan nenda ditujukan pada PA nenda .
"----My personal assistant, Datin Analusia. And---- his son---Daniel Kelvin."
Mataku naik melirik lelaki di sisi PA nenda. Namanya ku sebut dalam fikiranku tanpa sedar. Daniel---Kelvin.
Namun,bila pandangan kami bertaut cepat-cepat ku larikan mataku. Malu tertangkap olehnya."----nenda dengar kamu study dekat sini juga,betul?"
"Uhm--ya."
"---bolehlah kamu tinggal bersama Puan Sri, betul bukan Puan Sri?" PA nenda menambah sambil melirik nenda.
Aku ingin menolak cadangn itu,namun melihat anak mata nenda yang bersinar saat cadangan itu diutarakan oleh PAnya membuatkan aku diam.
"---apa pendapat kamu Dhia?"
Aku terdiam dengan pertanyaan nenda. Ku rasa semua mata termasuk mata lelaki bernama Daniel Kelvin itu tertumpu pada aku. Gugup jadinya aku dalam perhatian mereka.
Bibirku basahkan cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk aku menolak baik cadangan itu. Jemariku aku lagakan satu sama lain. Otak bertungkus -lumus berkerja.
"---tak apa,nenda tak paksa kamu---"
Aku dongak melihat nenda. Serba salah aku buatnya. Namun, aku perlu menolaknya. "----maaf nenda,tapi,saya rasa lebih baik saya stay sahaja dekat rumah sewa---lagipun, lebih dekat dengan kolej."
Aku lihat nenda angguk faham. "Tak mengapa----kalau kamu tukar fikiran, let me know ok?"
Aku angguk,mengerti. Senyuman manis ku berikan pada nenda dan PA nenda iaitu Datin Analusia. Namun,bila mataku tersasar pada lelaki itu,suatu pandangan tajam ditujukan padaku. Tiada senyuman diwajahnya,hanya matanya terus menerus menatapku seakan mahu membaca fikiranku.
Daniel Kelvin
Aku hantar whatsapp pada kekasihku. Menyoalnya sama ada dia sudah makan ubat,memandangkan hari kian malam. Aku tak mahu dia lewat makan ubatnya.
Ophelia, gadis kesayanganku. Namun,bukanlah kekasih sebenar ,dia sahabat baikku. Tapi,sudah lama aku simpan hati padanya."----Niel,ambilkan gelas untuk mummy--"
Aku lirik ke belakang, mummy melabuhkan duduk di kerusi di island counter. Aku yang lagi berdiri di tengah-tengah Island counter itu terus sahaja mengambil gelas kosong buat mummy. Air jus aku isikan sehingga penuh lalu ku suakan padanya.
"--chat siapa malam-malam ni?" Pertanyaan mummy ku biar tanpa jawapan. Bukannya tak tahu,sengaja menyoal kerana mummy tidak berapa suka aku rapat dengan Ophelia.
"Budak wheel chair tu jugak kamu minat--tak faham mummy--" bidasnya lagi. Aku pekakkan telinga. Sudah lali. Iya,Ophelia lumpuh,kerana kemalangan setahun lalu.
Aku sisip minumanku sementara jariku lincah menaip. Aku senyum apabila dia reply chatku.
"---Niel--" Panggilan mummy membuatkan konsentrasi terganggu.
"Yes?"
"Apa pendapat kamu pasal cucu Puan Sri ? Cantik tak?" Bersungguh mummy soalku. Puncak hidung aku garu sekali, sementara berfikir jawapan yang sesuai untuk describe.
"---boring--plain?"
"What? Seriusly Niel?" Selar mummy ,membentak pendapatku. Jujur,aku tak berminat,lagipun hati aku pada Ophelia selamanya. That will never change for eternity.
Pap!
Mummy menepuk sedarhana kuat counter sambil mata mencerlung padaku. Keningku jungkit berani."Still dia lebih baik dari budak wheel chair tu kan---she is the true heir of these legacy, everything--" Sedikit berbisik suara mummy,takut jika didengari oleh maid mahupun Puan Sri.
"So?" Gelas aku letakkan di dalam sinki. Berura-ura mahu beredar namun pantas lenganku ditahan mummy.
Mummy memanjangkan leher melirik jika ada sesiapa berhampiran kami,sejurus line clear terus ditarik lenganku lebih dekat.
"Niel tak kan tak faham? Dhia tu satu-satunya pewaris harta semua ni..don't you get it? Hun?"
Aku tarik lenganku dari mummy. "---then,mummy nak Niel buat apa? Huh? I can do nothing-- so please--" hela berat aku lepaskan. "---Niel ngantuk and I'm going to sleep, gud nite--"
Ku dengar rengusan mummy sebelum aku daki tangga ke bilikku.
Saat aku melalui bilik tidur gadis yang merupakan cucu puan sri,aku berhenti seketika. Daun pintu yang tertutup rapat itu ku tenung kosong.
Cantik? Ophelia seribu kali lagi cantik. Ku tolak lidah ke pipi lalu ku teruskan melangkah ke bilik tidurku.
Dhia Hazatul
Suasana di meja makan sunyi. Hanya kedengaran bunyi dentingan pingan dengan garfu. Sesekali maid mundar-mandir menghidangkan lauk pauk di meja. Hidangan breakfast yang agak-----mewah?
Mataku hanya menatap kosong makanan yang tersedia di atas meja.Di satu sudut adalah hidangan barat,seperti roti bakar dan pancake. Satu sudut lagi lebih ketimuran, nasi lemak dengan lauk ayam goreng dan telur rebus.
"--morning--" Daniel menyapa lalu menarik salah satu kerusi di meja makan. Nenda yang tersenyum sambil meneruskan sisi makannya. Datin Analusia pula lebih memilih untuk makan pancake berbanding aku dan nenda yang memilih nasi lemak. Ouh,juga Daniel yang turut sama memilih untuk breakfast cara timur.
"--uh,hari ni kan Dhia nak balik rumah sewa?" Soal nenda mencuri perhatian beberapa mata di meja makan.
"Ah,yer" sudu garfu ku letakkan di pinggan sambil mata tertumpu pada nenda.
"---kalau macam tu--biar Niel hantar kan--" sampuk Datin Analusia pula. Kerja PA memang 'sesuai' dengannya yang gemar beri cadangan yang sangat 'bernas'. Ku lirik sekilas pada Datin Analusia yang sudah menyondol lengan anak lelakinya itu.
"--tak mengapa,saya boleh naik grab--" balasku ,malas mahu membahaskan lagi topik ini.
"No--Niel boleh hantar kan--right Daniel Kelvin?" Sedikit tegas nada wanita itu sambil merenung anaknya di sisi.
Lelaki itu pula tampak keterpaksaan. Lambat-lambat dia setuju. Itu pun hanya dengan 'hmm' .
Jelingan tajamnya sempat ku tangkap sebelum aku sendiri yang melarikan mataku pada pinggan makananku. Ku kuatkan genggaman pada sudu garfuku. Aku benci tempat ini. Tapi----aku tak dapat menepis rasa syukurku kerana sekurang-kurangnya ada seseorang yang gembira dengan kehadiranku . Nenda. Wanita ini satu-satunya yang melayanku dengan baik,penuh kasih sayang. Aku bersyukur.
Tbc
YOU ARE READING
The Survival✔
Romance◆◇◆◇ BOOK 2.0 ◆◇◆◇ Complete The survival atau sebelum ni BYT [bukan yang terpilih] Dia bagaikan sebuah lohong hitam, ku sedar bahayanya namun tak mampu untuk aku jauhi. Semakin ku hampiri, semakin kuat tarikannya. Memaksa aku tenggelam dalam penjara...