"Yah!!!"
Suara Jane bergema satu kantin.Dadanya turun naik menahan amarah.
Wajah Ayden dia tatap dengan mata yang tajam.Aku terkam juga budak ni nanti.
"Apa tengok-tengok tak puas hati?" Soal Ayden dengan wajah tanpa riak.Anak matanya juga tepat merenung Jane.
"Memang tak puas hati,banyak benda yang aku tak puas hati dengan kau.Kenapa kau suka sangat cari pasal dengan aku hah!?"suara Jane melengking.
Dia dah tak hiraukan mata-mata yang memandang mereka ketika ini.
Yang dia tahu marahnya sudah memuncak.Ayden mendekatkan wajahnya ke muka Jane." Kenapa aku suka cari pasal dengan kau?because you belong to me.."
Arghh!!!
Jane menjerit dalam hati.Aku rasa nak tumbuk je muka budak ni.
"Kenapa diam?Dah tak ada suara nak bercakap?" Sinis saja dia bertanya.
"Sejak bila aku jadi milik kau!?" Bahu Ayden Jane tunjal kasar.Dia tak mahu kalah dengan lelaki ini.
"Sejak bila?Sejak hari pertama kita kenal." Bisik Ayden ke telinga Jane.
"Kau.."
"Apa Jane?"
Jane diam sambil kepala menekur ke lantai kantin.Tangannya dia genggam kuat.
"Ok fine!Kali ni kau menang,tapi lepas ni jangan harap aku nak bagi muka pada kau." ujar Jane.Kemudian dia pergi dari situ.
Ayden tersenyum puas.Dia sudah menang,dia berjaya buat Jane marah dan itu adalah satu kepuasan baginya.
"Oii!Tersengeh-sengeh.." Bahu Ayden Dean tolak perlahan.
"Suka sangat kau kacau budak tu.Sejak dua tiga menjak ni makin menjadi-jadi pulak,ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Terangkat-angkat kening Dean menyoal Ayden.Jujur dia memang pelik dengan perangai sahabatnya yang seorang ini.
Ayden bukan jenis yang suka bergaul atau suka ambil tahu hal orang lain,tapi yang peliknya sejak kehadiran Jane disekolah mereka dia perhatikan si Ayden ni suka sangat kacau Jane.Boleh dikatakan hari-hari ada saja yang dia buat bagi gadis itu marah padanya.
"Tak ada apa-apalah.." Jawab Ayden pendek.Dia berlalu pergi meninggalkan Dean.
"Bro!Kau jangan nak bohong,kita ni kenal bukan sehari dua tau,tapi dah bertahun.Aku syak kau ni sebenarnya dah tangkap cintan kan dengan si Jane tu?"
Bukk!
Perut Dean menjadi mangsa siku Ayden."Memandai je kau ni.Takkan lah aku nak jatuh cinta dengan budak tiga suku macam tu."
"Aduh..Kau ni.." Dean memegang perutnya yang sakit.
"Tulah!lain kali sebelum bercakap fikir dulu,kan dah sakit." ujarnya selamba.
"Ish!kau ni.."
"Kau serius ke tak suka si Jane tu?"
"Seriuslah..Tak kuasa aku nak jatuh cinta dengan budak macam tu."
"Kenapa pulak?Aku tengok dia ok je,cute!"
"Itu kata kau..Celah mana cute nya entahlah."
"Kau ni peliklah.."
"Kau tu yang pelik."
"Whatever..Kalau kau tak suka dia maknanya aku ada peluanglah."
"Peluang apa?"
"Peluang nak mengorat si Jane tulah.."
"Kau nak mengorat dia?"
Dean mengangguk laju.
"Suka hati kau lah.."
"Betul kau tak kisah ni?"
"Nope!"
"Yes!!!"Dean bersorak riang.
" Eloklah tu,mamat tiga suku dengan minah tiga suku,memang sepadan sangat.."
***
Jane membetulkan rambutnya yang kusut masai dek kerana si Ayden tadi.Tengah elok-elok dia makan tiba-tiba Ayden datang kemudian lelaki itu menserabutkan rambutnya.
Ish!Geram betul aku dengan mamat tu.
Sabar Jane..Sabar..
"Jane kau ok tak ni?" Soal Bell sebaik saja menapak masuk ke dalam tandas.
"Huh!tak ok.Aku geram betul dengan Mamat Devil tu,kau tengok tadi macam mana perangai dia.Aku tak kacau dia pun,dia yang kacau aku dulu." Bebel Jane sambil menyikat rambutnya yang kusut.
Bell koyak senyum.Jane ni kalau marah pun muka dia nampak cute!
"Alah!dia saja nak berguraulah tu.." Sikat pada tangan Jane Bell ambil kemudian menyikat rambut gadis itu.
"Bergurau apanya kalau gitu.Tiap-tiap hari tau dia kacau hidup aku." Jane mencemik.
Bila terbayangkan muka Ayden yang sedang tersenyum senget membuatkan api kemarahannya kembali membara.
"Aku rasalah,si Mamat Devil tu suka pada kau." Tutur Bell.
Jane melopong."What the...."
"Tak ada maknanya dia nak suka dekat aku.Kalau suka takkan lah dia porak perandakan hidup aku tiap-tiap hari."
"Tiap-tiap hari?"
"Er..Maksud aku,tiap-tiap hari dekat sekolah ni la."
"Oo.."
"Ingatkan korang berjumpa tiap-tiap hari.Sabtu ahad kan cuti,mana ada jumpa."
"Hihihi.." Jane gigit bibir.
***
Devil..
Itu gelaran yang Jane berikan pada Ayden kerana sikap lelaki itu yang suka sangat menyusahkan hidupnya,padahal mereka baru sahaja kenal.
Dari hari pertama perkenalan mereka Ayden sudah berjaya mengumpulkan seribu satu sebab kenapa dia perlu membenci lelaki itu.
Tak pernah sehari pun hidupnya merasa tenteram dek kerana perangai si Ayden yang begitu.Makin parah ketika disekolah.Dahlah satu sekolah lepastu satu kelas pulak.
Arghh!
Boleh gila kalau hari-hari macam ni.Tapi yang peliknya kenapa dia sorang saja yang jadi mangsa buli si Devil tu?
YOU ARE READING
Devil Boy Love Story
Teen FictionAyden si Devil boy yang tak pernah biarkan mangsanya iaitu Jane seorang gadis comel dan periang untuk hidup dengan tenang. Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakat Jane,atau dengan istilah yang lebih tepat ialah membuli Jane. Kenapa hanya Jane? k...