part 22

2.3K 118 8
                                    

Christmas Day,10.45 p.m..

"Please..Please..Tolonglah aku,kali ni saja." Rayu Bell di hujung talian.

Ayden garu kepala.Dia tak tahulah sama nak tolong Bell ni atau tidak.Jam di tangan dia kerling 10.45 malam.

"Emm..ok lah.Kau tunggu situ sekejap nanti aku sampai." Akhirnya dia memutuskan untuk berjumpa dengan Bell dan tolong hantar gadis itu pulang ke rumah.

"Tunggu situ jangan pergi mana-mana." Sempat lagi dia berpesan sebelum mematikan talian.

Bell..Bell..

Dah tahu malam krismas macam ni susah nak dapatkan bas dengan teksi pergi merayap pulak.Lepas tu menyusahkan aku.Nasiblah ada kawan yang baik hati macam aku ni.Bebel Ayden dalam hati sambil mengenakan jaket ke tubuhnya.

Dia baru sahaja selesai photoshoot di studio Mike,kebetulan pula Bell call waktu itu.

Dia baru sahaja selesai photoshoot di studio Mike,kebetulan pula Bell call waktu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Mike."

"Ye."

Mike yang sedang membelek komputer ribanya berpaling ke arah Ayden yang baru saja keluar dari bilik persalinan.

"Nak pinjam superbike kau boleh?" Soalnya dengan senyuman yang malu alah.

Sebab Bell lah dia terpaksa pinjam superbike si Mike ni.

"Kau nak pergi mana?Tak balik rumah ke?"

"Nak pergi jumpa kawan aku sekejap,lepas tu hantar dia balik rumah." Jawab Ayden jujur.

"Takkan itu je?Tak pergi dating terus ke,malam ni kan malam krismas." Tanya Mike sambil tersenyum gatal.

"Mana ada dating..Dia tu kawan aku je lah.."

"Kawan ke girlfriend?" Terangkat-angkat keningnya bertanya.

"Kawan..Dah lah jangan banyak tanya.Boleh pinjam ke tak ni?Esok aku hantarlah semula." Ayden dah malas nak layan Mike ni.Banyak tanya pulak dia.

"Boleh..Nah!" Mike keluarkan kunci motorbike dari poker seluarnya dan campak pada Ayden.

"Thanks..Esok aku pulangkan."

"Ye..Kau bawa tu elok-elok,jangan laju-laju,jalan licin tu banyak salji." Pesan Mike.

"Yes bos!" Ayden angkat tangan buat gaya tabik hormat.

"Hati-hati.." Laung Mike dari dalam walaupun Ayden sudah keluar dari studio itu.

****

Ayden menunggang superbike milik Mike membelah jalan raya dalam pekat malam menuju ke tempat dimana Bell sedang tunggu dia.

Dua puluh minit kemudian Ayden tiba ditempat yang dijanjikan.Dia kerling jam ditangan.11.20 malam.

Bayang Bell tidak kelihatan ditempat yang dia janjikan.

Devil Boy Love StoryWhere stories live. Discover now