"Oi mak cik!Berangan ke?" Tegur Bell yang baru saja muncul entah dari mana.Jane buat mulut muncung itik."Mana ada.."
"Kau dari mana?"
"Tandas."
"Oo.."
Bell melabuhkan duduknya disebelah Jane.Wajah sahabatnya itu dia renung dengan penuh tanda tanya.
"Jane.."
"Emm.."
"Semalam kau tak datang sekolah,kau pergi mana?"
Jane yang dari tadi merenung keluar kelas segera berpaling menghadap Bell.
"Err..Aku tak sihat semalam." Terpaksa dia berbohong.Takkanlah nak bagi tahu dia keluar dengan Ayden pulak.
"Betul ke ni..?Apasal aku rasa kau macam kelentong je."Soal Bell was-was dengan jawapan Jane.
" Betullah.."
"Kenapa kau tanya?"
"Saja.Sebab semalam aku macam nampak kau dengan Ayden dekat town."
Gulp!
"Nampak aku dengan Ayden?Kau ponteng sekolah jugak ke semalam?"
Bell mengangguk laju.
"Kau keluar dating dengan Ayden erk.." Pipi Gebu Jane Bell cuit manja.
"Mana ada!Aku tak sihatlah semalam.."
"Betul ke ni..?"
"Betullah.."
"Habis tu yang aku nampak semalam tu siapa?"
"Manalah aku tau..Pelanduk dua serupa kot."
Hmm..
Bell terangguk-angguk sambil tangannya mengeluarkan henfon dari dalam beg sekolah.
"Ni,tengok ni.Pelanduk dua ekor ni memang sebiji macam muka korangkan?"
Bell tunjuk gambar dalam henfonnya yang dia ambil semalam.
Argh!
Jane terjerit kecil.Dia cuba untuk rampas henfon Bell tapi tak berjaya.
Aduh!
Aku rasa nak pitam.
Jane sudah terkulat-kulat,si Bell pula tersenyum sinis.
"Kantoi!" Ujar Bell.
"Err..Sorry la wei..Aku..Aku.." Jane tak tahu bagaimana hendak menyusun kata.
"Ha..Dah kenapa tergagap pulak ni?Tadi elok je kau cakap pelanduk dua serupalah,demamlah..Macam-macam kau gebang ye."
"Kau ni..Janganlah cakap kuat-kuat." Jane cubit lengan Bell.
ouch!
"Eh dah buat salah cubit-cubit aku pulak."
"Sori..sori..Sori.." Jane menggelabah bila tengok muka Bell macam bengang je dengan dia.
"Pandai kau dengan si Devil tu berlakon ye.Depan semua orang bergaduh dua puluh empat jam,tapi kat belakang rupa-rupanya bercinta bagai nak rak!"
"Nih dalam gambar siap pegang-pegang tangan lagi." Bell tayang gambar tersebut ke muka Jane.
"Mana adalah wei..Salah faham je semua ni.."
"Salah faham sangatlah!" Bell buat-buat merajuk.
"Sampai hati kau tak bagi tau aku yang korang sedang dilamun cinta.Pandai korang berlakon."
"Tak!sumpah tak!Aku tak bercinta dengan dia.." Bersungguh-sungguh Jane cuba meyakinkan Bell.
"Jangan main sumpah-sumpah,aku dah ada bukti yang kukuh ni.Penat aku jadi mamarazzi korang semalam."
"Mamarazzi?"
"Kau follow kami?"
Bell mengangguk laju.
"Kau ni.." Rambut pendek Bell Jane tarik.Geram pula dia tengok budak ni.
"Sakit wei.."
"Padan muka kau."
"Lepaslah Jane.Aku jerit bagi tau semua orang kau bercinta dengan Devil tu baru tau." Bell mengugut.
Cepat-cepat Jane lepaskan rambut Bell.Siap dia rapikan semula rambut gadis itu.
"Sori..sori..sori.."
"Tau takut."
"Janganlah Bell..Sumpah aku memang tak bercinta dengan dia." Jane angkat tangan gaya orang mengangkat sumpah.
"Dah tu yang semalam korang dating tu?"
"Bukan datinglah..Si mamat Devil tu lah,paksa aku ikut dia pergi photoshoot."
"Photoshoot?"
"Emm..Si Devil tu freelance model."
"What!?"
"Tak payahlah nak terkejut sangat.."
"Gila tak terkejut."
"Patutlah aku rasa macam pernah nampak muka devil tu dekat satu fashion magazine,tapi aku buat tak tau jelah sebab aku ingatkan tu bukan dia."
"Kau jangan bagi tahu orang lain pasal hal ni tau..Aku dengan dia memang tak ada apa-apa hubungan.Semalam tu dia yang paksa aku ikut dia.Si Devil tu suruh aku jadi assistant dia masa kat studio tu."Tutur Jane berterus terang.
Memang tak ada apa yang boleh dia sorok lagi dari Bell tentang semalam tu.Dah sah-sah terkantoi,baik cerita je perkara sebendia
" Yang pegang-pegang tangan tu pulak apa cer?"soal Bell dengan kening yang terangkat-angkat,siap pakej senyum miang lagi.
"Dia yang pegang tangan aku!" Tutur Jane geram.
"Eleh kau suka sebenarnyakan..Takkanlah dia saja-saja nak pegang tangan kau kalau kau tak bagi."
"Ish!Si Devil tu ugut aku.Dia cakap kalau aku tak bagi dia pegang tangan aku,dia nak.."
"Nak apa?"
Dia nak sebarkan gambar hodoh aku tu..
"Wei!menung pulak kau ni.Cakaplah dia nak buat apa kalau kau tak bagi dia pegang tangan kau?"
"Err..Dia nak cium pipi aku." Belasah sajalah..
"Pipi je?"Bell tanya soalan bodoh.
Pap!Lengannya Jane tampar." Pipilah takkan bibir pulak.."
"Bibir barulah sweet"
"Gila!Otak kuninglah kau ni.."
👇
👇
👇
👇
👇
cuba teka yang mana satu Jane/Arin...
YOU ARE READING
Devil Boy Love Story
Teen FictionAyden si Devil boy yang tak pernah biarkan mangsanya iaitu Jane seorang gadis comel dan periang untuk hidup dengan tenang. Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakat Jane,atau dengan istilah yang lebih tepat ialah membuli Jane. Kenapa hanya Jane? k...