Ayden terasa sejuk tangan seseorang menyentuh dahinya.Dia cuba buka mata tapi tak boleh,kelopak matanya terasa berat sangat.Tapi dia tahu itu pasti mamanya.Berkerut-kerut kening Ayden dek kerana cuba membangunkan diri sendiri.Namun tak berjaya.
"Ma..Sejuk.." Ujarnya separuh sedar,sambil pegang tangan yang menyentuh dahinya tadi dan dia bawa ke dadanya.
Ayden genggam kuat tangan mamanya.
Dan beberapa minit kemudian dia dapat merasa tubuhnya diselimutkan sehingga ke paras dada.
Selesa.Dia tak rasa kesejukkan lagi.Beberapa minit kemudian Ayden kembali lena tanpa sedarkan apa-apa.
Tangan Puan Anne yang dia pegang pun sudah terlepas dari genggamannya.
Dua Jam kemudian..
Perlahan-lahan Ayden cuba buka mata.Silau cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik melalui jendela membuatkan matanya terkedip-kedip.
Dengan kepala yang masih berat dan berdenyut dia gagahkan juga dirinya untuk bangun.Dia lapar sebab dari malam tadi tak makan apa-apa.
Ayden toleh pada Jam loceng berbentuk bulat disebelah katil atas meja.Pukul 10.30 pagi.Lama juga dia tidur.
Huh..
Dia mengeluh sambil mengeliat membetulkan urat-urat badan yang terasa tegang dek kerana terlalu lama berbaring.Setelah itu dia turun dari katil dan menuju ke kamar mandi.
Dari malam tadi tak mandi,badan pun dah bau assyem..Ee..
Usai mandi Ayden segera keluar dari kamar mandi.Sebaik saja keluar,matanya membutang.
Gulp!
Dia telan air liur.
Arghh!!!
Habis terpelanting dulang makanan yang Jane bawa ke atas lantai.Mereka sama -sama terkejut.
Ayden terkejut sebab nampak Jane dalam biliknya,Jane pula terkejut sebab nampak Ayden hanya bertuala dari paras pinggang hingga ke lutut.
Disebabkan kelam-kabut nak lari dengan kaki yang masih sedikit basah,Ayden tergelincir.Dan secara tidak sengaja dia tertarik tangan Jane,menyebabkan gadis itu ikut jatuh.
Mereka berdua sama-sama rebah.Ayden terlentang atas lantai,Jane pula tertiarap atas batang tubuh Ayden.
Apalagi darah naik serbu ke mukalah dek kerana malu.Masing-masing muka dah merah macam buah strawberry.
Jane gigit bibir menahan malu bila jarak diantara mukanya dan muka Ayden hanya beberapa inci saja.Dia nampak kedua-dua belah telinga Ayden sudah merah seperti mukanya.
Malu.Tak tahu kenapa tiba-tiba otak Jane jadi blank,kosong.Dia tak boleh nak fikir apa-apa waktu itu.Hanya bebola matanya sahaja yang bergerak meneliti setiap inci sudut wajah Ayden.Baru kali ini dia menatap wajah lelaki ini dengan sebegitu dekat.Hensem.
Kelihatan halkum Ayden bergerak turun naik bila dia menelan air liur sebab malu.Matanya tak berkelip merenung wajah Jane yang begitu dekat.
Dari pandangan matanya dia nampak Jane seolah-olah hanyut dalam dunianya sendiri.Gadis itu seperti sudah dipukau.
Ayden koyak senyum.Lucu tengok muka Jane waktu itu.
"Oii.."
"Sampai bila kau nak landing atas badan aku ni?"
"Aa..?"
Jane terpinga-pinga.
"Sampai bila kau nak berbaring atas aku ni?"
"Bangunlah..Dah nak cramps badan aku dibuatnya." Ujar Ayden sambil menunjal dahi Jane.
Seakan baru sedar dari khayalan Jane cepat-cepat bangun.Adoi..Malunya..
"So..So.Sori.." Ujar gadis itu tergagap-gagap.
"Kau buat apa dalam bilik aku ni?" Soal Ayden yang sudah duduk dibirai katil sambil memeluk bantal menutup badannya yang terdedah.
Dia cuba mengawal experesi wajahnya supaya nampak lebih selamba.Padahal dalam hati malu bagai nak gila!
"A..Ak..Aku..han..hantar makanan untuk ka..kau."
"Makanan untuk aku?"
Jane yang tunduk menekur ke lantai angguk kepala.
"Kenapa kau pulak yang hantar?Mama aku mana?"
"Aunty..ke..keluar ada..hal..ka..katanya.."
Ayden garu kepala.Letih dia dengar si Jane ni tergagap-gagap.
Henfon yang terbaring atas katil dia capai kemudian mendail nombor mamanya.
"Hello ma.."
"Hello sayang..Dah bangun.."
"Emm.."
"Ma,kenapa Si Jane ni ada dekat rumah kita?" Soal Ayden dengan nada tidak puas hati.Muka Jane yang masih merah tu dia tenung.
"Mama ada hal lah sayang..Sebab tu mama mintak tolong Jane jagakan Ayden.." Tutur Puan Anne.Nada suaranya jelas kedengaran ceria.
Ayden ketap bibir.Ada hal lah sangat..
"Micheal mana,kenapa tak suruh dia je yang jagakan Ayden?"
"Micheal keluar dengan kawan dia,ada study group katanya."
Study group?Si Micheal tu?Sejak bila pulak dia rajin nak study.Selalunya hari cuti macam ni,pagi-pagi lagi dia dah melekat depan tv tengok cerita kartun.Umur dah 16 tahun,tapi otaknya tak matang-matang.
"Kalau ada hal bagi tau jelah.Ayden dah besar,boleh jaga diri sendiri.Tak payah nak menyusahkan Jane."
"Eh mana ada susah..Lagipun Aunty Maria yang cadangkan supaya Jane jagakan Ayden sementara mama tak ada."
"Lagipun..Jane kenalah praktis dari sekarang..Dia kan bakal isteri Ayden.Bakal menantu mama.." Puan Anne ketawa mengekek dihujung talian.Suka benar dia bila sebut perkataan menantu tu.
Adoi..Mama..mama..
"Emm..oklah.Mama balik cepat.Jangan keluar lama-lama.Tak elok tinggalkan Jane dengan Ayden berdua je dalam rumah ni." Pesan Ayden.Wajah Jane dia kerling.
Gadisi itu mula kelihatan menggelabah bila dengar dia cakap macam tu.
"Ok sayang..Mama cuba balik awal ye.Jangan nakal-nakal tau." Pesan Puan Anne.
Huh..
Ayden mengeluh panjang sebaik saja mematikan talian.Kadang-kadang dia rasa seperti dunia ini sudah terbalik.Sepatutnya dia yang bersikap ke anak-anakkan,ini tidak mamanya pula yang bersikap sebegitu.
"Emm..Kau keluarlah dari bilik ni.Yang bersepah atas lantai tu biar aku kemas sendiri." Ujarnya sambil mata merenung ke arah dulang makanan yang berterabur atas lantai.
"Ok.Aku duduk dekat bawah.Kalau kau nak apa-apa panggillah." Kata Jane sebelum berlalu pergi.
Ayden sekadar mengangguk.Behave betul si Jane tu hari ni.Kalau tidak asyik nak melenting saja.Mungkin sebab masih malu kot.
Sewaktu bersihkan bubur yang bertaburan atas lantai tu,tiba-tiba Ayden teringatkan sesuatu.
Wait!
Kalau mama tak ada dekat rumah..Tangan siapa yang aku pegang tadi?
~~Tangan siapa?
~~Jeng..jeng..
~~Rasanya semua orang dah boleh teka kan..^^
~~Please vote and teruskan mengikuti perkembangan kisah Jane dan Ayden~~
😘😘😘😘
YOU ARE READING
Devil Boy Love Story
Teen FictionAyden si Devil boy yang tak pernah biarkan mangsanya iaitu Jane seorang gadis comel dan periang untuk hidup dengan tenang. Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakat Jane,atau dengan istilah yang lebih tepat ialah membuli Jane. Kenapa hanya Jane? k...