"Kau jangan kacau Jane tu lebih-lebih." Ujar Dean.Kening Ayden bertaut."Kenapa pulak tak boleh?"
"Kan aku dah cakap aku nak mengorat dia.."
"So,apa kena mengena dengan aku kacau dia?"
"Ish!Kau ni lambat pick up lah..Kalau kau selalu kacau dia,nanti dia jatuh hati pada kau..Tak pun,nanti kau yang jatuh hati pada dia." Jawab Dean berterus terang.Jujur,dia memang risau kalau-kalau Ayden akan jatuh hati pada Jane.
"Gila!Aku takkan jatuh hati pada budak tu lah.."
"Eleh!Kau tu selalu mulut kata lain, hati kata lain.Tak sehaluan."
"Macamlah kau boleh baca isi hati aku." Ayden senyum senget.
"Memanglah aku tak boleh baca tapi aku boleh agak.."
Bahu Dean Ayden tumbuk perlahan."Tak payah nak agak-agak sangatlah..Kalau kau suka sangat dengan budak tu,ambik jelah.Aku tak heran pun.."
Dean senyum lebar."Serius ni?Kau jangan dalam diam-diam cantas aku pulak nanti."
"Betullah..Tak kuasa aku nak cantas-cantas,lagipun budak tu bukan taste aku.."
Huh!!!
Ayden mengeluh berat bila teringatkan kembali perbualannya dengan Dean tempoh hari.
Tak tahu kenapa perbualan mereka itu mengganggu fikirannya.
Aku jatuh hati pada budak Jane tu?Memang taklah..
Budak tiga suku tu tak selera aku tengok dia.
Sebelah tangannya Ayden letak atas dahi.Matanya pula tepat merenung siling.Dah puas dia cuba pejamkan mata tapi tak boleh lelap.Pusing sini tak kena pusing sana tak kena.
Dia toleh jam loceng disisi katil,sudah pukul 2.45 pagi.Huhh..Kenapa tak boleh tidur ni?
Ayden ambil sebiji bantal kemudian menekup mukanya.
Arghh!!!
Jeritannya hanya bergema didalam hati.Dia terkejut sebab bila pejam mata ketika menekup mukanya dengan bantal dia nampak bayangan wajah..
Gila!
Kenapa aku terbayang muka budak tu pulak..?
***
Jane tarik muka masam sebaik saja nampak Ayden sedang berdiri di depan pintu pagar rumahnya.
Dia cepat-cepat mengatur langkah berpura-pura tak perasankan lelaki itu.
Rumah mereka bertentangan antara satu sama lain.Dia dan keluarganya baru berpindah ke situ tiga bulan yang lepas.Tak sangka pula depan rumahnya adalah rumah Ayden.
Sejak berjiran dengan lelaki itu bermulalah kisah pahit dalam hidupnya.Hari-hari dia kena buli dengan lelaki itu.Yang lagi parahnya ternyata mama mereka berdua adalah sahabat karib ketika di sekolah menengah dulu.
Argh!!!
Jane mengundur setapak dua kebelakang bila terasa ada sesuatu yang menarik beg sekolahnya.
"Kau nak pergi mana tergesa-gesa ni?"
Aduh!
Jane gigit bibir.
"Lepaslah!Kau ni kenapa pagi-pagi lagi dah kacau aku?"
"Pagi ke petang ke malam ke,suka hati akulah nak kacau kau bila pun." Ayden melepaskan pegangannya pada beg Jane dengan kasar.Mujur saja gadis itu tak tersungkur ke depan.
"Hish!" Jane merengus.
"Wei!Nak pergi mana tu?" Soal Ayden sambil berlari mengejar Jane yang sudah beberapa langkah meninggalkannya.
"Nak pergi sekolah la,tak kan nak pergi pasar pakai macam ni pulak."
Ayden renung Jane dari atas ke bawah.Haah la dia pakai baju sekolah.
"Yang kau ni apasal pakai macam ni,tak nak pergi sekolah ke?" soal Jane.Dia juga turut merenung Ayden dari atas ke bawah.
Lelaki itu tidak memakai uniform sekolah sebaliknya mengenakan pakaian casual.
"Haah aku nak ponteng sekolah hari ni." Jawabnya selamba.
Jane menjeling."Lantak kau lah nak ponteng ke apa,yang penting sekarang aku nak pergi sekolah."
Dia mempercepatkan langkahnya kembali.
"Siapa cakap kau boleh pergi sekolah!?"Tangan Jane Ayden tarik kasar.
" Wei!Kau gila ke?Lepaslah!Sakit!"
Jane meronta-ronta."Diamlah!Aku nak culik kau untuk sehari ni je.Aku nak balas dendam sebab kau buat aku tak boleh tidur malam tadi."Ujarnya sambil menekup mulut Jane.
Arghh!!!
Si Mamat Devil ni gila!
****
Lollll...
Jane garu kepala,rasa macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini.
Ayden si Devil sedang berposing depan camera dengan penuh karisma.Tak sangka rupa-rupanya si Ayden ni freelance model.
Tak kelip mata Jane tengok Ayden.
Hensem!
Lelaki didepan matanya ini seperti bukan Ayden yang dia kenal selama ni.Ayden yang nakal,Ayden yang suka buli dia.Ayden sangat-sangat Devil!
Ayden didepan matanya ini sangat-sangatlah hot!
OMG!
Aku puji mamat Devil ni?
YOU ARE READING
Devil Boy Love Story
Novela JuvenilAyden si Devil boy yang tak pernah biarkan mangsanya iaitu Jane seorang gadis comel dan periang untuk hidup dengan tenang. Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakat Jane,atau dengan istilah yang lebih tepat ialah membuli Jane. Kenapa hanya Jane? k...