Petang itu sebaik saja turun dari bas,tiba-tiba saja hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi.Ayden segera berlari ke arah sebuah bus stop yang berhampiran.Dia duduk berteduh di situ.Keluhan lemah Ayden lepaskan.Macam mana nak balik ke rumah ni?Payung tak ada.
Dia keluarkan henfon dari poket seluar.Mati.Tak ada bateri.
Aduhai..
Tak boleh nak buat apa-apa.Kena duduk sini sampai hujan reda.
"Ayden."
Sayup-sayup suara seorang memanggilnya dalam hujan.Dia pusing ke belakang untuk melihat siapakah gerangannya.
Jane..
Gadis itu berdiri di tepi jalan dalam lebat hujan.Habis kuyup bajunya.
Ayden cepat-cepat tarik tangan Jane supaya berdiri di bawah atap bas stop.Macam manalah dia boleh terlupa pasal gadis ini.
Yang si Jane ni pun satu,berdiri tengah hujan tu kenapa?Kan dah lencun.
Ayden tanggal Jaket sekolahnya kemudian dia sarungkan ke tubuh Jane yang sudah terketar-ketar dek kerana kesejukkan.
"Kau ni dah kenapa,apasal berdiri dalam hujan?Bus stop sebesar-besar alam ni kan ada." Bebel Ayden sambil betulkan rambut Jane yang kusut dan basah tu.
Bibir gadis itu kelihatan pucat,kerana terlalu sejuk.Ayden tarik tangan Jane supaya duduk dikerusi bus stop tersebut bersamanya.Mereka duduk rapat-rapat.
Bukan niat Ayden nak mengambil kesempatan,tapi sebab dia tahu Jane kesejukkan.Duduk rapat-rapat boleh hilangkan rasa sejuk .
"Hish kau ni..Dah besar-besar pun nak main air hujan lagi."
"Mana ada aku main air hujan" Tukas Jane.Dia tunduk menekur merenung jalan raya dihadapannya.
"Dah tu,yang berdiri tengah hujan tu kenapa?Kalau demam macam mana?" Ayden masih belum berhenti membebel.
"Diamlah!Asyik nak marah je."
"Mana ada marah."
"Tu bukan marah ke namanya?"
"Bukanlah..Aku just risaukan kau je.."
"Kau risaukan aku?"
"Yelah.Akulah.Kenapa kau ada nampak orang lain ke selain aku kat sini?"
Pap!
Peha Ayden Jane tampar.
"Kau ni orang serius dia main-main pulak."
"Haih..Aku seriuslah Jane oi..Aku risaukan kau..Kalau kau jatuh sakit macam mana?" Kepala Jane,Ayden usap perlahan.
"Macam mana apa?Dah nak jatuh sakit nak buat macam mana lagi?" Tangan Ayden dia tepis perlahan.
Lelaki itu mengeluh.
"Senang je kau bercakap,kau tahu tak kalau kau sakit kau akan buat semua orang risau,Aunty Maria,uncle James,mama dan papa aku.."
"Kau?" Celah Jane sebelum sempat Ayden menghabiskan kata-katanya.
"Aku?"
"Yelah,kau risau tak kalau aku jatuh sakit?"
"Risaulah!Kan aku dah cakap tadi.Berapa kali kau nak suruh aku ulang."
Memang betul cakap Bell,si Jane suka suruh orang bercakap benda yang sama berulang kali.
"Alah jangan lah marah..Sikit-sikit nak marah."
"Tak marah..Aku cakap je."
"Iyelah tu."
YOU ARE READING
Devil Boy Love Story
Teen FictionAyden si Devil boy yang tak pernah biarkan mangsanya iaitu Jane seorang gadis comel dan periang untuk hidup dengan tenang. Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakat Jane,atau dengan istilah yang lebih tepat ialah membuli Jane. Kenapa hanya Jane? k...