Termasuk hari ini sudah seminggu Jane menjauhkan diri dari Ayden.Di bus stop dan dalam bas pun dia dah tak duduk di sebelah Ayden.Di sekolah pun mereka langsung tidak bertegur sapa.Bukan Ayden tak cuba untuk bercakap dengan Jane,tapi gadis itu yang selalu saja mengelak.Asal nampak muka Ayden pasti Jane akan halakan langkahnya ke arah lain.
Puas dah Ayden cuba tapi tetap saja tak berjaya.Dia pun dah buntu,tak tahu nak buat macam mana lagi supaya dapat peluang untuk bercakap dengan gadis itu.
Tak sangka,orang selembut Jane itu rupanya berhati batu.Langsung tak mahu mengalah,langsung tak nak bagi dia peluang.
Dia sendiri pun tak tahu sama ada Jane marahkan dirinya kerana Bell ataupun sebenarnya ada sebab lain.
Jane..
Apa yang patut aku lakukan supaya dapat pulihkan hubungan kita ni?
Ayden termenung sendiri menghadap ke luar tingkap kelas.Dari situ dia dapat lihat kelibat Jane dan Dean sedang berbual ditepi padang.
Huh..
Sekarang ni Jane selalu berdua-duaan dengan Dean,tentu lelaki itu gunakan kesempatan ini untuk lebih rapat dengan Jane.
Ayden tahu Dean serius tentang perasaannya terhadap Jane.Dia juga lelaki,dia dapat rasa yang Dean betul-betul sukakan Jane.Dari cara dia pandang Jane pun Ayden sudah dapat mengagaknya.
Kenapa boleh jadi macam ni?Kita baru saja nak berbaik,tapi sekarang kau makin menjauh dari aku Jane..
"Woi tenung apa tu?" Soal Bell sambil tersengeh.Dia menjenguk keluar tingkap.
Terangguk-angguk kepalanya bila nampak Jane dan Dean dari situ.Tahulah dia apa yang ditenungkan oleh Ayden.
Lelaki itu tayang wajah murung.Sungguh bila tengok muka Bell,Ayden jadi sakit hati.Kalau tak kerana perempuan ini tentu dia yang sedang duduk disebelah Jane sekarang ini.
Bahu Ayden Bell tampar perlahan,dia sebenarnya rasa bersalah dengan apa yang berlaku pada lelaki itu sekarang.
Tak sangka pula niatnya hendak tolong Ayden merubah semuanya jadi begini.
YOU ARE READING
Devil Boy Love Story
Teen FictionAyden si Devil boy yang tak pernah biarkan mangsanya iaitu Jane seorang gadis comel dan periang untuk hidup dengan tenang. Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakat Jane,atau dengan istilah yang lebih tepat ialah membuli Jane. Kenapa hanya Jane? k...