part 5

3.7K 166 4
                                    


"Hoi!" Sergah Ayden bila dua tiga kali dia panggil Jane buat tak tau sahaja.

Budak ni kuat berangan.

"Ish!Kau ni,terkejut aku." Marah Jane.

Ayden senyum senget."Kau tu yang kuat berangan,sampai aku panggil pun tak dengar."

"Mana ada aku berangan!"

"Alah macam la aku ni tak nampak.Kau mesti tengah berangan pasal aku kan?Kau terpana tengok aku posing tadi kan?" giat Ayden mengusik Jane.

"Eh jangan perasanlah..Tak kuasa aku nak berangan pasal kau.Ee..Geli!"

Ayden koyak senyum.Geli?

Sengaja dia tanggalkan bajunya dihadapan Jane.Maka dengan tiba-tibalah pipi gadis itu merona kemerahan bila nampak badan Ayden yang macam coklat bar tu.Petak-petak dibadan lelaki itu jelas kelihatan.

Sado!

Dia melarikan pandangan bila bertembung mata dengan Ayden.

"Wei!Kau ni tak malu ke tanggal baju depan perempuan?"

"Nak malu apa,bukannya aku bogel pun." Jawabnya selamba.

"Mana baju aku tadi?"

"Baju yang mana?"

"Baju yang aku suruh kau peganglah,baju yang aku pakai tadi masa kita datang sini."

"Oo..Ada..Kejap aku ambilkan."

Jane menghilangkan dirinya ke dalam bilik persalinan yang terdapat didalam studio tersebut.

Huh..

Rasa lembik lutut masa tengok badan ketak-ketak si Devil tu tadi.

Jane pegang dada.Terasa jantungnya berdetak laju bagai nak pecah.Jane..Apa kena dengan kau ni..?

"Wei!Kau ambik baju ke jahit baju?Apasal lama sangat?"Ayden tiba-tiba muncul.

Jane yang terkejut jadi mengelabah." Kau..kau ni..Buat terkejut aku je."

"Dah kenapa tiba-tiba jadi gagap ni?"

Ayden mendekati Jane.Jarak diantara mereka ketika itu hanya beberapa inci saja.

Jane telan air liur.Matanya tepat merenung ke dada bidang Ayden.

"Kau ni kenapa?Jauhlah sikit.." Dia tolak perlahan tubuh Ayden yang tak berbaju tu.

Ayden senyum senget tengok muka Jane yang macam udang kena panggang.Malulah tu!

"Muka kau merah kenapa?Tu,tangan tu pegang dada kenapa?Jantung kau nak terkeluar tengok aku yang hot ni?"

"Ish!kuat perasanlah kau ni." Kali ini tubuh Ayden dia tolak kasar sehingga lelaki itu terundur ke belakang.

"Kau carilah baju kau tu sendiri.Aku nak balik,tak kuasa layan kau."
Jane segera berlari keluar dari bilik tersebut.

"Wei!Tunggulah." Ayden yang masih tidak berbaju tu mengejar Jane sehingga ke luar studio.

Dia tak kesah orang tengok badan dia yang dikesahkan sekarang ni si Jane.

"Wei!Tunggulah." Tangan Jane Ayden sambar dan dipegangnya kemas.

Apalagi makin merahlah muka Jane menahan malu.Mamat devil ni memang gila!

"Woi lepaslah..Aku cakap lepas,lepaskanlah.." Dia meronta-ronta.

Malu sangat dah ni sampai tak tahu mana nak sorok muka ni.Gila tak malu!Orang ramai kat luar ni boleh pulak dia buat tayangan free.Tahulah badan tu sado!

"Aku takkan lepaskan selagi kau tak ikut aku masuk dalam semula."

"Kau ni tak malu ke orang ramai duk tengok badan kau tu?"

"Tak!Aku tak malu,sikit pun tak rasa malu."

"Kau tak malu,tapi aku malu!"

"Kalau malu cepat ikut aku masuk dalam."

"Ee...Kau ni memang suka memaksalah!"

Mahu tak mahu terpaksa jugalah Jane ikut Ayden masuk dalam semula.

Dasar mamat devil!

***

"Aku belanja kau makan sebab nak suruh kau makan kenyang-kenyang,bukanya terkais-kais macam ayam dekat sini.." Ayden bersuara memecah kesunyian diantara mereka.

Jane mencebikkan mulutnya tanda protes."Aku tak ada selera nak makan dengan kau."

Sudu dan garfu Ayden letak dikiri dan kanan pinggan.Dia pun jadi hilang selera tengok perangai Jane begini.

"Kau tak suka ke keluar dengan aku?" Soalnya dalam nada serius.Air mukanya turut serius.

Jane menggeleng lemah."Tak suka.Sangat-sangatlah tak suka."Jawabnya jujur.

"Kenapa?"

"Sebab kau tu.."

"Sebab aku apa?"

Mamat Devil..

Kata-kata itu hanya bermain dibenak Jane.

Dia gigit bibir."Emm..Sebab kau tu suka sangat buli aku.Lepas tu hari ni kau malukan aku pulak!"Laju Jane menutur kata satu nafas.

"Sebab tu je?"

Jane mengangguk laju.

"Oklah..Aku mintak maaf sebab suka buli kau,and maaf jugak sebab buat kau malu tadi."

"Puas hati?"

Jane mengangguk kepala lagi.

"Kalau puas hati cepat makan.Perut kau tu berdondang sayang sampai ke sini aku boleh dengar."

Jane cepat-cepat pegang perutnya dengan kedua-dua belah tangan.

Malunya...

👇

👇

👇

👇

👇


👆

Devil yang rambut warna merah tu

💓💓💓💓💓

Devil Boy Love StoryWhere stories live. Discover now