Argh!!!Terlompat-lompat Ayden memegang sebelah kakinya yang sakit dek kerana terpijak sesuatu.
Dia tunduk merenung atas lantai dengan muka yang berkerut menahan sakit.
Sunting?
Aduh.Nasib tak berlubang kaki aku.Mamalah ni,barang perhiasan diri dia di buangnya merata-rata.
Sunting berbentuk D itu Ayden ambil kemudian dia simpan dalam kotak kecil di atas meja dalam bilik tidurnya.
Dia duduk dibirai katil.Niat nak menonton tv tadi dibatalkannya saja.Dah tak kuasa rasanya nak keluar semula ke ruang tamu.
Tv dalam bilik pun ada,tapi tu lah rasa tak ada mood pula nak menonton.
Dia bersandar pada kepala katil sambil membelek henfon.Ruangan galeri dibuka.Membelek satu persatu gambar yang ada sementara nak tunggu mata mengantuk.
Sebaik saja gambar Jane terpampang di skrin fon mata Ayden jadi pegun disitu.Dia renung gambar itu lama.
Dan ketika itu rasa rindu yang menggunung mula menyerbu hatinya.
Tiga tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan gadis itu mau hatinya tak rindu.
Setiap hari,setiap saat dia rindu.Tapi rindu saja tak cukup kalau hati masih belum bersedia.
Ayden picit belakang tengkuk yang terasa lenguh.Aku belum bersedia Jane.Aku masih belum mampu nak berhadapan dengan kau.Sabar sikit ye.Nanti si tarzan ni akan datang bertemu dengan permaisuri hatinya.
****
Cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik membuatkan mata Ayden yang masih terpejam rapat tu berkerut.
Dia tarik selimut sehingga menutupi kedua-dua belah matanya.Ayden memang tak suka kalau bilik dia terang benderang,siang-siang hari pun dibiarnya gelap dengan langsir yang menutupi bahagian sliding door dalam bilik itu.
"Ma..tutuplah balik langsir tu..Ayden nak tidur ni." Gumamnya disebalik selimut.
Diam,tiada sebarang jawapan dari Puan Anne.
YOU ARE READING
Devil Boy Love Story
Teen FictionAyden si Devil boy yang tak pernah biarkan mangsanya iaitu Jane seorang gadis comel dan periang untuk hidup dengan tenang. Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakat Jane,atau dengan istilah yang lebih tepat ialah membuli Jane. Kenapa hanya Jane? k...