part 12

2.5K 140 5
                                    

Puan Maria dan Encik James tak henti-henti ucapkan terima kasih kepada Ayden kerana telah menyelamatkan nyawa Jane

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Puan Maria dan Encik James tak henti-henti ucapkan terima kasih kepada Ayden kerana telah menyelamatkan nyawa Jane.

Kalau Ayden tidak bertindak cepat tadi tentu mereka telah kehilangan Jane.

Puan Maria mengesat air matanya setelah memeluk erat tubuh Ayden.Dalam hatinya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur kerana Tuhan mempertemukan Jane dengan Ayden.Dia yakin Ayden adalah lelaki yang tepat untuk anak tunggalnya.

Wajah pucat lesu Jane yang terbaring tidak sedarkan diri itu Ayden renung.Bila tengok dada Jane yang turun naik bernafas tu,buatkan hatinya rasa lega.

Lega gadis yang dia selamatkan itu masih bernyawa.Tak dapat dia bayangkan bagaimana kalau Jane mati tadi.

Bukan Puan Maria dan Encik James saja yang akan kehilangan anak tunggal mereka,dia juga akan turut kehilangan.Kehilangan seorang gadis yang selama ini telah menjadi tunangnya.

Jane..

Aku bersyukur sebab dapat selamatkan kau.

Aku harap lepas ni kau akan lebih berhati-hati,sebab aku tak nak kehilangan satu-satunya tunang aku.

"Ayden,jom kita balik.Esok kita datang lagi jenguk Jane." Bahu Ayden Puan Anne tepuk lembut.

Ayden sekadar mengangguk.

Jane..

Aku balik dulu..

Esok aku akan datang lagi tengok kau,dan aku harap esok kau dah sedarkan diri.Jangan tidur lama-lama,kesian mama dan papa kau.Mereka risaukan kau..

Aku pun risaukan kau..

****

Malam itu Ayden tak dapat nak lelapkan mata.Fikirannya asyik teringatkan Jane.

Macam manalah keadaan gadis itu,apa dia sudah sedarkan diri?

Ayden bangun dari pembaringan menuju ke jendela.Daun jendela dia buka luas.

Dan menderulah angin malam bertiup masuk ke dalam biliknya.Dia bersandar pada dinding di tepi jendela sambil pejamkan mata.

Serta merta wajah pucat dan lesu Jane singgah di fikirannya.

Ayden buka mata kembali.Dan dia mengeluh.Rasa tak sabar nak tunggu hari siang.Dia nak jumpa Jane cepat,nak tengok bagaimana keadaan gadis itu.

Daun Jendela Ayden tutup kembali.Kemudian dia berjalan malas menuju ke katilnya,setelah itu batang tubuh dia hempas ke atas tilam.Memaksa dirinya untuk tidur juga.

****

"Syukurlah Jane dah sedar.." Tangan Jane puan Anne genggem erat.

Dia rasa lega bila terima khabar Jane sudah sedar diri dari Puan Maria tadi.Justeru itu mereka sekeluarga bergegas ke hospital untuk berjumpa dengan Jane.

Devil Boy Love StoryWhere stories live. Discover now