BAB 10

2.6K 141 1
                                    

"Dik, jom balik kampung." Cadang Dila.

"Kau rindu Adha ke?" Tanya Rayqal.

"Mak mana yang tak rindu anak dia, weh?" Tanya Dila semula.

"Nak balik bila?"

"Sekarang."

"Esok kerjalah weh."

"Macam jauh sangat kampong kita tu."

"Tapi sekarang dah pukul 9 malam. Pukul berapa nak balik?"

Dila memandang Rayqal. Seandainya dia mampu untuk memandu lama, dia akan balik sendiri. Tapi hari ni, kakinya sakit. Entah macam mana, tiba-tiba lututnya meletuk dan kembali sakit. Terhenjut-henjut dia berjalan untuk melakukan tugasnya.

Rasa sakit mencengkam lagi kuat. Air matanya bergenang menahan sakit.

"Okey." Putus Rayqal.

"Tak payahlah. Balik pun, Adha dah tidur. Esok dia nak pergi sekolah lagi." Kata Dila dan berlalu masuk ke biliknya.

Rayqal hanya memandang langkah Dila.

"Kau kenapa?" Tanya Rayqal.

"Biasalah." Balas Dila menghentikan langkahnya sambil memandang Rayqal.

"Operate lah, kak. Berapa lama nak tahan macam ni?"

"Kau bagi duit."

"Esok kau cuti. Aku bawa kau pergi socso. Minta bantuan dorang. Kos operate minta dorang tanggung. Kos hospital, biar aku tanggung. Tak apa. Aku tak kisah duit habis. Asalkan kau sihat." Kata Rayqal. Tegas.

Dila ketawa.

"Kau nak guna duit apa? Duit kahwin kau? Kau nak bagi tunang kau benci aku lagi ke? Sekarang ni pun, dia kata aku beban. Kau nak tambah apa lagi?" Balas Dila.

"Dia tu tunang saja. Kau tu kakak aku. Kau tanggungjawab aku. Dia bukan siapa-siapa selagi aku belum nikah dengan dia." Balas Rayqal pula.

"Dik, jangan bagi aku ramai sangat musuh. Dahlah. Pergi rehat. Aku pun nak kena buat persiapan. Tak lama lagi kau dah nak kahwin. Aku nak kena cari rumah lain. Bakal adik ipar tak suka aku dekat dengan dia." Kata Dila. Selamba masuk ke dalam.

Rayqal geleng.

Kalau ikutkan hatinya, dah lama dia memutuskan pertunangan dengan Asfalila. Sebelum ini, hubungan Asfalila dan Dila, baik dan mesra. Namun, bila Dila berhenti kerja, Asfalila mula berubah. Sentiasa menghasutnya untuk menghalau Dila keluar dari rumah ini. Katanya Dila hanya beban.

Dan kerana sikap Asfalila itu, dia jadi benci. Mula dengan marah, lama-lama benci. Kalau dulu, setiap hari bertelefon. Setiap minggu berjumpa. Kini, sebulan sekali pun belum tentu jumpa. Tarikh kahwin pun tak tetapkan lagi walaupun sudah bertunang selama 2 tahun.

Oleh itu, Asfalila sentiasa menuduh Dila punca hubungan mereka retak. Langsung tidak pernah nampak kesalahan diri sendiri.

Jika tidak kerana Dila, sudah lama dia putuskan pertunangan itu. Dila yang selalu menghalang. Dengan alasan, tak mahu Asfalila lebih membenci. Walhal, Rayqal sendiri sudah muak dan jelak walaupun hanya untuk memandang bayang Asfalila.

Suara Jamal Abdillah memenuhi ruang tamu. Telefonnya berbunyi. Dilihatnya, nama Asfalila terpampam di skrin telefon bimbitnya.

Rayqal Tarik nafas dalam sebelum menjawab panggilan telefon.

"Assalamualaikum, tunang. Sihat?" Mesra sekali suara Asfalila.

"Waalaikummussalam. Alhamdulillah." Balas Rayqal.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now