41

2.4K 112 3
                                    

“Aya dah bersedia ke?” Tanya Firdaus.

Dila memandang Firdaus. Berkerut dahinya.

Firdaus senyum. Dia suka melihat Dila berkerut begitu. Dila nampak comel. Kerana itu juga, sewaktu mereka masih belajar, dia suka mengajak Dila untuk mengulangkaji pelajaran bersama walaupun bidang mereka berbeza. Hanya kerana dia suka melihat Dila berkerut.

“Fir dah serahkan sijil nikah kita pada Haikal untuk diserahkan pada bonda. Fir rasa dah tiba masanya untuk kenalkan Dila. Sebagai isteri Fir dan sebagai bonda Adha.” Kata Firdaus tenang.

Terlopong mulut Dila. Dia benar-benar terkejut. Dalam perancangan mereka, perkara ini langsung tidak dibincangkan. Malahan, mereka setuju untuk biarkan Adha duduk dirumah ini sehingga umur Adha 12 tahun. Kemudian, barulah mereka akan menyerahkan keputusan untuk pertimbangan Adha. Sama ada mahu duduk dirumah ini bersama Firdaus atau bersama Dila.

“Tapi kita kan dah setuju untuk rahsiakan semuanya sampai Adha 13 tahun.” Kata Dila.

Firdaus yang tadinya senyum, terus hilang. Dia kecewa dengan jawapan Dila. Nampak sangat yang Dila tak mahu bersamanya. Dila langsung tak nampak gembira dengan keputusan yang sudah dibuatnya. Keputusan yang telah dibincangkan dengan Haikal dan Rayqal.

“Fir kesiankan Adha. Setiap hari dia kata dia rindukan bondanya.” Kata Firdaus cuba mengawal perasaannya.

“Biasalah. Dia memang macam tu. Masa Fir tak ada, dia selalu kata rindu kat Fir. So, normallah kalau dia kata dia rindu Aya.” Balas Dila yang masih terkejut.

Dia sebenarnya lebih pada risau. Dia risaukan penerimaan Engku Da dan tindakan Engku Da seterusnya. Bagaimana dengan keluarganya? Selamatkah? Banyak perkara yang sedang difikirkannya.

“Adha tu orangnya, sentimental. Dia hargai semua benda yang ada padanya. Dia memang macam tu. Jangan hiraukan sangat. Sekarang ni, focus pada pelajaran dia. Itu paling penting.” Sambung Dila setelah diam seketika.

Firdaus senyum segaris.

“Sekurang-kurangnya, bila bonda dah tau tentang Aya, Adha boleh jumpa Aya. Kalau Aya tak nak pindah sini, Adha boleh bergilir-gilir antara Fir dan Aya.” Kendur saja suara Firdaus.

Dila baru tersedar kelanjuran katanya. Dia baru sedar perubahan wajah Firdaus. Rasa bersalah mula menghantui dirinya.

“Fir, Aya minta maaf. Aya bukan maksudkan macam tu.” Pujuk Dila.

“Tak apa. Fir faham Aya tak selesa. Fir minta maaf tak bincangkan perkara ni dengan Aya dulu. Fir minta maaf sangat-sangat. Tapi sijil nikah kita dah sampai kat tangan setiausaha bonda. Mungkin dah diserahkan pada bonda. Fir minta maaf. Tak bagi ruang untuk Aya.” Kata Firdaus. Cuba merasionalkan mindanya. Cuba meletakkan dirinya ditempat Dila.

“Tak. Tak. Fir tak salah. Aya yang salah.” Kata Dila.

“Aya tak salah apa pun. Nanti Fir deal dengan Sue. Kalau dia belum bagi, syukur. Kalau dia dah bagi, Fir minta maaf dengan Aya. Aya kena bersedia.” Balas Firdaus. Suaranya rata.

“Fir…” Dan Dila terus memeluk Firdaus. Dia mahu Firdaus tenang. Dia mahu memujuk Firdaus. Dia tak mahu Firdaus salah tafsir reaksinya tadi.

Adakah dia mula percaya kata-kata Haikal dan Rayqal? Firdaus mencintainya?

Mana mungkin.

Cinta? Semak!Where stories live. Discover now